Monday, June 17, 2013

Apa lagi Anwar Ibrahim mahu?

SATU fenomena menarik yang saya amati sejak kebelakangan ini ialah suara-suara ‘lantang’ yang berkumandang dari lubuk pembangkang. Boleh dikatakan saban hari, ada saja yang tidak kena. Apa lagi yang pakatan pembangkang mahu agaknya? Pilihan raya sudah lama berakhir. Kerajaan sudah ditubuhkan, dan Parlimen sudah hampir bersidang.

Tidak sampai seminggu selepas pilihan raya umum lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan ‘kecohnya’. Bermula dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, dia kemudiannya merantau ke setiap pelosok negara di bawah sepanduk Black 505, menyuarakan ketidakpuasan hati atas keputusan pilihan raya umum yang tidak memihak kepada pakatan pembangkang.

Anwar menganggap kekalahan pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN), walaupun pembangkang secara keseluruhannya menerima undi popular yang lebih besar, adalah tidak mencerminkan demokrasi sebenar. Dia mendakwa keputusan pilihan raya telah dicuri oleh BN menerusi penipuan dan manipulasi.

Yang terbaru, desakan keras supaya anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, walaupun mereka memikul tugas besar untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihan raya yang berdasarkan jadual yang ditetapkan mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, saya kira semua ini hanyalah smokescreen Anwar untuk menarik perhatian umum daripada hakikat sebenar, bahawa kekalahan pakatan pembangkang adalah disebabkan oleh kelemahan strategi beliau di Sabah. Anwar sebenarnya gagal memahami suasana politik di Sabah dan ini menyumbang kepada kegagalan pakatan memenangi kerusi-kerusi Parlimen penting yang boleh membantu mewujudkan Kerajaan Pusat.

Sebagai contoh, pemimpin PKR Sabah tidak memahami apakah keuntungan strategi Anwar dalam membawa masuk Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, dan membenarkan kedua-duanya mempengaruhi senarai calon pilihan raya di negeri itu. Ini kerana PKR Sabah sudah pun mempunyai senarai calon tersendiri yang sudah lama membanting tulang untuk parti sejak ditubuhkan 15 tahun lalu. Mereka ini diketepikan begitu saja.

Menghadiahkan

Jelas sekali, Anwar terlalu yakin bahawa Sabah boleh membantu ‘menghadiahkan’ kerusi-kerusi Parlimen yang diperlukan, sehingga beliau mengabaikan negeri itu apabila pilihan raya menjelang tiba dan memberi tumpuan hebat kepada kerusi-kerusi panas di Semenanjung. 

Kerana kegagalan percaturan itu, pakatan kehilangan Sabah, dan sekali gus tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Masanya sudah tiba bagi pakatan pembangkang untuk meletakkan pilihan raya sebagai sejarah silam dan merintis jalan untuk membina negara. Dalam konteks ini, biarlah saya menjadi orang pertama yang membuka jalan kerjasama. Sebagai Menteri, saya sendiri sudah menjemput Anwar untuk menamakan pemimpin pakatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai isu semasa berhubung kementerian saya. Sehingga kini, pelawaan saya masih tidak berjawab. Saya kira rakyat berhak bertanya, kenapa?

Anwar juga mengembar-gemburkan isu undi popular dalam ucapannya. Jika dikaji, kelebihan undi popular pakatan pembangkang adalah kira-kira 380,000 undi. Bagaimanapun, undi popular itu sebenarnya adalah ihsan DAP kepada Anwar, yang boleh dilihat menerusi kawasan bandar seperti Seputeh yang mencatatkan majoriti 51,000 undi, PJ Utara (45,000), Cheras (37,000), Serdang (42,000), Puchong (32,000) dan Bukit Gelugor (41,000). Jelas sekali, majoriti itu datang dari kawasan DAP.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, ialah mungkin Anwar lupa walaupun secara statistiknya pakatan rakyat memenangi undi popular, tetapi BN menerima sokongan ‘takdir’ yang membantu gagasan itu memenangi PRU-13 baru-baru ini. Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya.

Oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Ahli Parlimen Kota Belud

30 comments:

  1. Apabila cita-cita tidak tercapai, disebabkan ketaksuban yang melampau maka mudah untuk menghanyut penyokong-penyokong yang tidak tahu apa-apa ke kancah pergolakan yang tiada arah tuju.

    ReplyDelete
  2. Itulah yang cuba diterangkan Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengingatkan para pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Itulah yang cuba diterangkan Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengingatkan para pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Sampai hari ini belum ada buktipun bahawa kononnya kita bawa 40,000 warga Bangladesh (untuk mengundi), ini satu fitnah dan pembohongan yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini.

    ReplyDelete
  5. Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir, saya dapat tahu peguampun tak boleh fikir. Apa sudah berlaku ke atas mereka, apa yang terjadi dengan tahap kecerdikan dan rasional yang tak boleh fikir soal ini

    ReplyDelete
  6. Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir, saya dapat tahu peguampun tak boleh fikir. Apa sudah berlaku ke atas mereka, apa yang terjadi dengan tahap kecerdikan dan rasional yang tak boleh fikir soal ini

    ReplyDelete
  7. Perdana Menteri meminta para pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana BN kononnya boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi kerana ia memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal dan memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi pada hari mengundi.

    ReplyDelete
  8. Berbeza dengan Pakatan Pembangkang, Kerajaan BN yang secara sah dipilih rakyat kini sedang menumpukan kepada pembangunan ekonomi negara termasuk menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  9. Atas sebab itu BN tidak menghiraukan perhimpunan haram yang dianjurkan Pakatan Pembangkang di seluruh negara dengan cubaan untuk mengheret orang ramai untuk ikut serta tanpa sebarang tujuan.

    ReplyDelete
  10. Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan sistem pilihan raya yang sama telah digunakan semasa Anwar di dalam BN.

    ReplyDelete
  11. Sistem pilihan raya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  12. Sistem pilihan raya yang sama yang menjunjung Anwar selama 16 tahun di dalam BN sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!

    ReplyDelete
  13. Mengapa selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem pilihan raya Malaysia, mahupun SPR?

    Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan sistem pilihan raya Malaysia?

    ReplyDelete
  14. Populariti Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dalam kalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia, malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan. Ini adalah jelas apabila Majlis Syura' PAS menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU13 tempoh hari.

    ReplyDelete
  15. Malah Muktamar Agung PAS 2012 jelas kedengaran suara akar umbi PAS yang menolak Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!

    ReplyDelete
  16. Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya pembangkang yang memenangi PRU13 dan sekali gus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.

    ReplyDelete
  17. Pertama, sistem pilihan raya Malaysia menggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk kerajaan.

    ReplyDelete
  18. Dalam konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  19. Kedua, Malaysia, seperti juga negara maju lain di dunia, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi.

    ReplyDelete
  20. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihan raya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  21. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihan raya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  22. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihan raya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  23. Keempat, undi popular Najib makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popular Anwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum sejak terkeluar daripada BN.

    ReplyDelete
  24. Kelima, sistem pilihan raya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya makin lama makin jauh!

    ReplyDelete
  25. Keenam, parti tunggak dan komponen terbesar pembangkang PAS sendiri menolak Anwar sebagai bala Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggirkan.

    ReplyDelete
  26. Apa yang berbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit.

    ReplyDelete
  27. Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini! Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit dan jijik ini.

    ReplyDelete
  28. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin di bawah BN. Saya hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini:

    ReplyDelete
  29. Anwar memang seorang pembohong bersiri yang tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!

    Pembohong — Anwar berjanji akan berundur daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!

    ReplyDelete
  30. Putar belit — Anwar memutar-belit fakta dengan menggunakan isu “undi popular” sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang menang dalam PRU13; sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi!

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.