Wednesday, June 12, 2013

Pandikar Dijangka Kekal Sebagai Speaker Dewan Rakyat

PETALING JAYA: Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijangka akan kekal sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang bagi sesi Parlimen ke-13, menurut sumber.

Pandikar, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai Speaker pada 2008.

Kedua-dua dewan memerlukan seorang pemimpin yang tegas serta dihormati oleh kedua-dua belah pihak, kerana pada sesi kali ini terdapat lebih ramai ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat memperoleh 89 kerusi, tujuh kerusi lebih banyak berbanding pilihan raya umum 2008, ia merupakan jumlah wakil rakyat pembangkang paling ramai pernah dicatatkan di Parlimen setakat ini.

Barisan Nasional pula memiliki 133 kerusi.

Sidang Parlimen akan bermula pada 24 Jun dan dijangka lebih dinamik dan kecoh dengan kehadiran wakil Pembangkang yang lebih ramai.

Beberapa nama lain yang turut dikhabarkan akan memegang jawatan Speaker, ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh dan bekas Menteri Penerangan, Konukasi dan Kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.