Friday, June 14, 2013

Pembangkang Hadapi Masalah Memilih Ketua Pembangkang Sabah

MANA SATU PILIHAN ANWAR UNTUK KETUA PEMBANGKANG SABAH??
KOTA KINABALU: Persoalan mengenai siapa yang akan menjadi ketua pembangkang Sabah masih berterusan meskipun 60 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Salleh Tun Said pada Khamis.

Seramai 12 anggota pembangkang masih tidak membuat persetujuan mengenai siapakah yang akan mengetuai mereka walaupun terdapat pilihan antara Datuk Lajim Ukin (PKR-Klias) dan Datuk Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli). Lajim yang ditemui selepas majlis itu berkata, PKR negeri telah mencadangkan beliau yang seharusnya untuk mengambil jawatan itu.

Menurut Lajim, beliau akan menerima tanggungjawab itu sekiranya diberikan peluang, sambil menambah Adun pembangkang akan mengadakan mesyuarat lagi dan menyerahkan satu nama pada Isnin. Adun DAP-Sri Tanjung, Chan Foong Yin berkata, parti beliau memilih Wilfred untuk menjadi sebagai ketua tetapi menghormati pendirian PKR.

Lajim dan Bumburing, walaupun bukan sebagai anggota PKR tetapi memenangi kerusi mereka atas tiket parti itu. Mereka merupakan antara tujuh Adun PKR manakala DAP mempunyai lima dan satu daripada Parti Reformasi Negeri (STAR).


JIKA ANWAR MEMILIH MANA-MANA SATU DARI DUA EKOR RAJA KATAK DIATAS, SUDAH PASTI AHLI-AHLI PAKATAN RAKYAT SABAH YANG LAIN AKAN RASA IRI HATI KERANA KEDUA-DUANYA BUKAN AHLI MANA-MANA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT. MALAH, LAJIM DAN WILFRED HANYA MEMINJAM TIKET PKR KETIKA PILIHANRAYA UMUM KE-13 LALU. JESTERU, KONFLIK DALAMAN PASTI AKAN BERLAKU SEBAGAIMANA KRISIS ANTARA WILFRED BUMBURING DAN ANSARI ABDULLAH EKORAN TINDAKAN ANWAR MENCALONKAN "ORANG ASING" BAGI KERUSI PARLIMEN TUARAN.

JIKA ANWAR MASIH DENGAN SIKAP LAMA BELIAU, IAITU GEMAR MENDAHULUKAN KRONI BERBANDING DENGAN SUARA AKAR UMBI, TIDAK MUSTAHIL FENOMENA AHLI KELUAR BERAMAI-RAMAI AKAN BERLAKU LAGI DALAM MASA TERDEKAT INI. CABARAN REMEH YANG SEPATUTNYA BOLEH DITEMPUHI OLEH ANWAR TANPA SEBARANG MASALAH KINI MENJADI RUMIT EKORAN SIKAPNYA YANG SUKA MENJANJIKAN "SESUATU" KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK YANG BERJAYA "DIPANCINGNYA".

SAMADA PEMILIHAN KETUA PEMBANGKANG SABAH INI BERJALAN DENGAN LANCAR ATAU SEBALIKNYA, SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU. YANG PASTI ANWAR JARANG SEKALI MENGIKUT RENTAK DEMOKRASI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN..

9 comments:

  1. Anwar Ibrahim kini terpaksa menumpukan tenaganya untuk terus berpaut sekuat mungkin pada gelaran ‘Ketua Pembangkang’. Sedikit kesilapan, akan menyebabkan beliau tertendang keluar dari jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  2. Tidak keterlaluan dikatakan, bahawa jawatan ‘Ketua Pembangkang’ itulah ‘maruahnya’ yang tinggal kerana pada hakikatnya, tiada siapa lagi yang mendengar arahan atau kata-katanya.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya, sesiapa sahaja yang bercakap berbelit, sering U-Turn dan ‘flip-flop’ tidak akan dihormati dan seorang ketua yang bersikap sedemikian akan akhirnya dipandang rendah atau sepi oleh orang bawahannya. Begitulah yang terjadi kepada Anwar kerana sering bercakap tidak serupa bikin.

    ReplyDelete
  4. Paling terkini, Anwar telah beria-ia membayangkan yang beliau akan memboikot Dewan Rakyat tetapi akhirnya bayangan hanya tinggal bayangan apabila rakan-rakan sekutunya mempersoalkan saranan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Apabila Anwar sendiri kemudiannya menghadiri Dewan malah beria-ia mencadangkan nama Speaker, segala kebobrokannya terserlah lagi.

    ReplyDelete
  6. Oleh itu, jika Anwar tertanya-tanya kenapa beliau masih lagi tidak berjaya mencapai cita-citanya menjadi pemimpin negara, maka beliau harus sedar bahawa selain petah berpidato, beliau sebenarnya tidak punya sifat kepimpinan pun.

    ReplyDelete
  7. Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pendirian yang teguh serta konsisten dalam kata-kata dan tindakannya tetapi Anwar sering mencadangkan sesuatu tetapi berbuat sebaliknya. Bagaimana orang boleh menghormatinya?

    ReplyDelete
  8. Kerana itu, Anwar perlu memanipulasi pemilihan partinya setiap kali kerana beliau sendiri sebenarnya kurang keyakinan yang beliau boleh menang secara adil.

    ReplyDelete
  9. Malang bagi pembangkang kerana mempunyai ketua yang tidak layak menjadi ketua. Jika menjadi Ketua Pembangkang pun tidak layak, bagaimana boleh berangan menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.