Tuesday, January 1, 2013

Rakyat Sabah perlu waspada pendirian politik sesumpah

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu rakyat Sabah berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

Beliau berkata semasa memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan negeri dan negara serta memuji keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang.

“Kini kita lihat mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

“Sebenarnya ada di kalangan pemimpin pembangkang ini yang pernah menjadi pembantu menteri, menteri dan timbalan ketua menteri dalam barisan kabinet negeri Sabah selama bertahun-tahun sebelum menyeberang ke pakatan pembangkang. Bolehkah rakyat mempercayai “political chameleon” (pendirian politik berubah wajah) ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Salleh berharap rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan, sebaliknya menilai kualiti kepemimpinan tokoh politik yang menyokong pakatan pembangkang sewaktu mereka masih berkuasa dan “bukan sewaktu mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan”.

Sambil mengetepikan dakwaan pakatan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ada membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat Sabah, Salleh berkata pemimpin pakatan rakyat sudah ketandusan isu, dan kini hanya bersandarkan kepada janji manis dan pembohongan untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya yang ke-13.

“Saya percaya rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor pembangkang,” katanya.

29 comments:

  1. mereka yang mengamalkan politik sesumpah adalah mereka yang tiada pendirian.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita lihat memang tidak patut untuk kita menyokong mereka seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Jangan mudah terpedaya dengan permainan yang cuba digunakan oleh pihak pembangkang ini.

    ReplyDelete
  4. Janji yang mereka berikan hanyalah janji politik untuk PRU13.

    ReplyDelete
  5. Janji hanya untuk mendapat undian daripada rakyat tapi yang pasti janji itu tidak akan ditunaikan. Ambil contoh di Negeri Selangor sendiri. Memang kewangan mereka baik, tapi sayangnya janji kepada rakyat tidak dibayar.

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya berfikir sebelum menukar kerajaan. Benarkah mereka mampu mentadbir? Itulah yang kita perlu tahu. Lihat sendiri di Negeri yang mereka duduki. Kewangan baik kata orang, tapi kepentingan rakyat terabai.

    ReplyDelete
  7. Perubahan yang dibuat belum tentu ke arah yang lebih baik. jadi fikir semasak-masaknya.

    ReplyDelete
  8. Manusia memang mudah berubah. hari ni berpendirian lain esok pula sudah berubah. kadang2 sukar untuk dijangka. kalau semua pemimpin macam ni, memang susahlah negeri nak maju.

    ReplyDelete
  9. Janji pakatan di 4buah negeri yang ditadbirnya pun masih lagi belum dipenuhi.

    ReplyDelete
  10. Pendekatan politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermuka-muka disifatkan sebagai satu pendekatan yang boleh mengundang ketidakstabilan politik di negara ini, ekoran sikapnya yang suka bercakap dan menabur janji mengikut dengan siapa yang beliau berhadapan, biarpun dalam isu-isu menyentuh sensitiviti sesetengah kaum atau bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiausaha Gabungan NGO, Ramli Mat Jurit menjelaskan, pendekatan politik sesumpah yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ini amat merbahaya, kerana ia boleh memecah belahkan rakyat serta boleh membawa kepada perkara yang lebih serius seumpamanya konflik di antara kaum.

      Delete
    2. “Saya katakan begini kerana, jika dilihat hari ini Anwar terlalu banyak menabur janji. Bila di depan kaum Cina dan India, dia akan mengatakan bahawa negara ini bukan Melayu yang punya, tetapi negara ini kaum Cina dan India yang punya.

      “Tapi bila beliau berhadapan dengan penyokong dan pengundi-pengundi Melayu, dia mengatakan yang sebaliknya, seolah-olah hanya beliaulah satu-satunya pemimpin Melayu yang boleh membela kepentingan orang-orang Melayu.

      Delete
    3. “Dan kita tahu, apa yang beliau lakukan serta janji-janji yang ditaburkan itu hanyalah semata-mata untuk mencapai matlamat politiknya untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Itu saja.. ” katanya

      Delete
    4. Di sebabkan janji-janji yang ditabur Anwar selama ini, sekiranya ditakdirkan Pakatan Pembangkang berjaya menguasai negara dalam PRU 13 ini, maka kesemua kaum-kaum yang dijanjikan atau digula-gulakan Anwar ini akan menuntut setiap satu patah perkataan yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim.

      Delete
    5. Seperti yang kita tahu, sekiranya ini berlaku, maka akan ada di antara golongan tertentu yang akan mendesak untuk menghapuskan isu-isu sensitif bagi orang Melayu sepertimana hak-hak istimewa orang Melayu, menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu, termasuklah menggubal perlembagaan untuk tidak lagi menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara.

      Delete
    6. “Dan sekiranya ini berlaku, maka Anwar pastinya akan terpaksa mengikut kehendak mereka dan sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai kerusi parlimen secara majoriti, maka mereka sudah tentu boleh untuk menggubal undang-undang negara. Sekiranya ini berlaku, maka sudah tentulah orang-orang Melayu yang menjadi suara majoriti di negara ini tidak akan berdiam diri,” tegasnya.

      Delete
    7. Maka jika berlakunya ketidakstabilan politik di negara ini kata beliau lagi, ia juga boleh menjadi penyebab untuk berlakunya konflik di antara kaum dalam negara yang bakal mengundang situasi yang lebih parah.

      Delete
    8. Sebab itu saya katakan, pendekatan politik Anwar Ibrahim yang bermuka-muka serta menabur janji secara semberono terhadap kaum-kaum tertentu seolah-olah tidak ada batasan yang perlu dijaga, adalah satu tindakan yang amat merbahaya kepada situasi politik di tanah air kita.

      Delete
    9. “Kita harus sedar, bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan amat-amat perlu kita menjaga silaturrahim dan toleransi di antara kaum untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di negara ini,” akhiri beliau.

      Delete
  11. rakyat Sabah semakin matang pasti dapat menilai sebaik mungkin

    ReplyDelete
  12. berhati-hati dalam membuang undi untuk pemimpin macam tu

    ReplyDelete
  13. The 1Malaysia concept is an idea mooted following discussions with various groups to create a new instrument to strengthen national solidarity, said Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  14. The prime minister said the allegation that 1Malaysia was purportedly derived from foreign countries, including Israel, was a total lie by the opposition.

    ReplyDelete
  15. Najib said he had discussed with several friends after realising that it was most important for a new initiative aimed at uniting the people.

    ReplyDelete
  16. "I frequently invite various groups for discussion and exchange of ideas and when I outlined the idea, when we had a brainstorming, the idea of the 1Malaysia concept had come up," he said in a special interview broadcast by Bernama TV in conjunction with his first anniversary as prime minister.

    ReplyDelete

  17. Najib said the allegation by the opposition was aimed at destroying or tarnishing the concept after the idea received growing acceptance by the people.

    ReplyDelete
  18. "They (the opposition) dare not attack the 1Malaysia concept, they could not dispute it, so they try to destroy, tarnish the concept by alleging that the idea purportedly came from another country.

    ReplyDelete

  19. "This is slander, completely unfounded," he said referring to the allegation by Opposition Leader Anwar Ibrahim in Parliament recently.


    ReplyDelete
  20. "What is most important is that we can capitalise on this racial diversity to turn it into a national asset," he said.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.