Pertubuhan bukan kerajaan yang berdiam diri dalam kes pembalakan rakus di kawasan Tasik Pedu dan Gunung Inas di Kedah adalah bacul dan tidak profesional.
Kita boleh lihat NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) bersikap "DOUBLE STANDARD" kerana mereka hanya bising mengulas kes pembalakan di Sarawak dan Sabah sebelum ini tetapi tidak pula mengumumkan kepada dunia dan membuat heboh apabila ia berlaku di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak tegur atau kritik kerajaan (yang dipimpin PAS) Kedah walhal segalanya yang membabitkan kerajaan pusat dipolitikkan, seolah-olah tiada langsung sikap patriotisme mereka.
NGO-NGO ini seperti ada persefahaman dengan pihak-pihak pakatan haram yang hendak melihatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jatuh. Sikap dwi-standard NGO-NGO ini boleh diteka kerana agenda mereka selari dengan agenda NGO asing yang mungkin membiayai pergerakan mereka di Malaysia. Oleh itu, golongan muda harus mengambil peduli dan berfikir panjang terhadap setiap perkembangan yang berlaku supaya tidak mudah dipengaruhi pihak tertentu.
Golongan muda dan pelajar telah lama dipergunakan oleh pemimpin yang mempunyai agenda tersembunyi seperti demonstrasi pelajar di Baling pada 1974. Dalam kes itu sebenarnya tiada pun orang yang mati kelaparan tetapi kerana pelajar dipergunakan oleh Anwar Ibrahim, maka boleh dikatakan hari-hari berlaku demonstrasi di kawasan universiti. Anwar mengajar rakyat membuat demonstrasi sejak lama dulu. Kita sepatutnya bertanya mengapa harus diadakan demonstrasi. Golongan muda hari ini wajib berfikir dengan lebih terbuka.
Pilihan raya umum ke-13 kali ini menyaksi 2.8 juta pengundi baharu. Daripada jumlah itu kira-kira sejuta ialah pengundi bawah umur 25 tahun. Kita amat berharap agar mereka membuat keputusan yang tepat. - Kedahan69ers
Berikut adalah artikel terdahulu yang membuktikan betapa buasnya nafsu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjahanamkan alam sekitar yang "DIHALALKAN" oleh NGO pro pembangkang:
Dengan ramalan Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh terdekat untuk membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan beberapa minggu saja lagi, media massa menyiarkan pelbagai pandangan mengenainya termasuk menerusi internet.
ReplyDeleteMengatakan ia cekap juga meleset sama sekali jika melihat kepada empat kerajaan negeri yang dikuasainya iaitu PAS di Kelantan dan Kedah, DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor. Tidak terdapat bukti menunjukkan pimpinan kerajaan negeri itu cekap. Mungkin cekap bermain politik saja.
ReplyDeleteUMNO sendiri sedar kelemahannya dan sudah memulakan usaha untuk menyegarkan kembali parti itu supaya ia boleh terus relevan demi kepentingan rakyat pelbagai kaum khususnya Melayu dan negara.
ReplyDeleteSememangnya apa yang dilakukan tidak memadai selagi perlakuan kronisme masih wujud. Pemimpin ala warlord yang berjuang untuk diri sendiri yang sudah menjadi seperti barah perlu dihapuskan. UMNO boleh menangani masalah itu dengan menentukan semua calonnya terdiri daripada mereka yang tidak tercemar.
ReplyDeleteApakah sangkaan pengganti BN yang cekap, muda dan bernafas baru sudah wujud? Pembangkang mungkin boleh dikatakan muda tetapi tentunya ia bukan bernafas baru, jauh sekali cekap dilihat dari prestasi empat negeri yang dikuasainya. Tidak ada satu pun kerajaan pembangkang itu yang boleh dikatakan cekap.
ReplyDeleteDemikian juga tentunya kerajaan PAS di Kelantan. Bukan tunas baru kerana sudah memerintah Kelantan sejak 1990 lagi tetapi apakah rakyat Kelantan dapat menikmati kesejahteraan dan keselesaan hidup dalam tempoh itu? Kerajaan PAS di Kedah juga tidak menunjukkan kecekapan yang diharapkan rakyat.
Pendedahan mengenai kegiatan pembalakan hutan yang membabitkan beberapa kawasan di Hulu Kelantan sangat memeranjatkan rakyat di negeri itu.
ReplyDeleteSeorang peniaga, Rizduan Ibrahim, 34, berkata, dia bagaikan tidak percaya keadaan itu boleh berlaku di Kelantan kerana pandangan dari luar menunjukkan sumber alam itu kelihatan terjaga.
Saya amat terkejut dengan pendedahan ini. Kerajaan negeri sepatutnya menjaga ekosistem alam bagi mengekalkan keindahan semulajadi landskap bumi.
ReplyDelete"Kalaulah ini realitinya Kerajaan Pas memerintah negeri ini sejak 22 tahun lalu, memang jelas mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Senario itu cukup bagi menggambarkan kerakusan dan kezaliman kerajaan negeri yang ada sekarang.
Persoalannya, adakah mereka pernah mengisytiharkan hasil yang diperoleh daripada pembangunan ini, jika benar projek yang dilaksanakan itu memberi manfaat kepada negeri dan rakyat," katanya ketika ditemui di sini semalam.
ReplyDeleteDia mendakwa, tindakan tersebut membuatkan sistem tadahan hujan mengalami kerosakan sekali gus menyebabkan sumber atau bekalan air bersih kepada rakyat selamanya tidak akan sempurna.
kelmarin mendedahkan aktiviti penerokaan tanah dilakukan tanpa belas kasihan apabila puluhan bukit yang kaya dengan flora dan fauna berubah menjadi kawasan tandus, malah ada yang kelihatan seperti pergunungan padang pasir.
ReplyDeletePendedahan tersebut dibuat berdasarkan tinjauan udara yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) di kawasan Hulu Kelantan
Antara kawasan yang dikenal pasti sudah menjadi mangsa kerakusan itu ialah Temangan di Machang; Kampung Mambong (Kuala Krai), Bertam dan Kuala Betis (Gua Musang) selain Sungai Perolak di Lojing dan Sungai Berok di sempadan Pahang.
ReplyDeleteAffendy Mohd. Zain, 40, pula, menyifatkan tindakan Kerajaan Pas negeri itu sebagai rakus dan zalim apabila kawasan hutan simpan kekal digondol tanpa perikemanusiaan.
Katanya, kerajaan negeri sepatutnya bertanggungjawab melindungi kawasan hutan simpan kekal demi kestabilan ekosistem di samping menjaga khazanah hutan untuk generasi akan datang.
pembangkang mmg dilihat dwi standard.
ReplyDeletebila penyelewengan melibatkan pemimpin pembangkang, mereka akan tutup mata.
ReplyDelete