Thursday, January 17, 2013

Kenapa Anwar tarik balik saman RM100 juta terhadap Khairy?

Hari ini, berita paling sensasi yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim, sudah tentulah berkenaan penarikan balik saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Anwar yang terlebih dahulu membuat kenyataan bahawa Khairy Jamaluddin telah menarik balik kenyataannya dan meminta maaf, sekaligus mengiktirafnya sebagai PEJUANG MELAYU dan bukannya boneka Amerika Syarikat atau Yahudi. 

Itu kata Anwar Ibrahim, sedangkan Anwar yang terkenal dengan pembohongan, bukan kali pertama memutarbelitkan cerita sebenar sepertimana dalam kes samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan 13 September 2012 lalu. Saman fitnah terhadap Saiful Bukhari telah ditarik balik ketika pengurusan kes sedang dilangsungkan.

Anwar bagi alasan, penarikan balik saman tersebut adalah kerana, Mahkamah Tinggi telah membebaskannya daripada tuduhan liwat Januari tahun yang sama. 

Saiful Bukhari Azlan yang sememangnya menantikan kes tersebut, terpinga-pinga dengan keputusan Anwar. Dia sebaliknya sudah bersedia untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim sekali lagi di dalam mahkamah. Bagaimanapun, Anwar memilih untuk tidak meneruskan kes dan kemudian membuat cerita bohong kononnya Saiful sudah menyesal dan meminta maaf kepadanya. 

Walhal apa yang dikatakannya itu, langsung tidak berlaku dan Saiful masih serta bertegas bahawa Anwar Ibrahim memang meliwatnya, manakala kemenangan Anwar Ibrahim dalam kes liwat sebelum itu adalah disebabkan teknikal, bukannya fakta. 

Sememangnya, perbicaraan liwat Anwar itu merupakan perbicaraan yang telah merekodkan tempoh paling lama di Malaysia. Anwar Ibrahim dan pasukan peguambelanya telah membuat 73 kali penangguhan kes tanpa sedikit pun mencabar fakta yang dikemukakan.

Hari ini, keadaan yang sama juga berlaku. Saman RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan oleh Anwar sebagai menjejaskan reputasinya pada tahun 2007, ketika Khairy masih lagi berjawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, tiba-tiba ditarik balik.

Sedangkan semua pihak termasuklah Khairy Jamaluddin, khabarnya, sudah tidak sabar-sabar untuk meneruskan kes tersebut. Sepatutnya hari ini, Ezam Mohd Nor, dan Ibrahim Ali memberikan keterangan sebagai saksi Khairy Jamaluddin. 

Tidak ragu-ragu lagi, Anwar sebenarnya amat gentar dengan Ibrahim Ali dan Ezam Mohd Nor walaupun semasa berceramah, dialah yang paling berani dan dialah yang paling benar sampai tak tercabar oleh sesiapa pun. Namun apabila sepatutnya dia membuktikan kebenaran dirinya di dalam mahkamah, Anwar memilih untuk tidak meneruskannya dan kemudian lari sebelum buat cerita bohong demi menyedapkan hati para pengikutnya.

Khairy Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, Anwar sekadar mahukan penyelesaian dibuat di luar mahkamah. Dia tidak perlu membayar sebarang kos, tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu menarik balik kenyataannya. Pendek kata, Anwar memilih untuk membuang masa mahkamah sebelum melarikan diri, kaedah biasa yang sering dilakukannya.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan satu lagi kes samannya terhadap bekas rakan sekutunya, Dr. Chandra Muzaffar. Perbicaraan tersebut sedang berjalan. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim seperti tidak mahu berita tentang perbicaraannya itu disebarkan, tidak seperti kebiasaan yang diamalkan olehnya.

Kalau di pentas ceramah, Anwar Ibrahim mungkin sangat hebat berceloteh, berbicara dan menghukum orang itu salah, orang ini salah… tetapi nampaknya apabila di dalam mahkamah yang menyediakan bukti, fakta dan saksi, Anwar Ibrahim memilih untuk melarikan diri. 

Mujurlah para pengikut dan pemercaya Pakatan Rakyat terdiri daripada golongan bodoh dan akal pendek. Kalau mereka bijak sedikit, sudah tentu mereka akan dapat melihat bahawa orang yang mereka sangat percaya itu sebenarnya adalah seorang penipu terhebat abad ini!!! - Kedahan69ers

16 comments:

  1. Anwar tau dia takkan menang, jadi tarik balik saman.

    ReplyDelete
  2. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    Pakatan pembangkang tidak layak berkerajaan apatah lagi ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dinobatkan sebagai pemimpin atau Perdana Menteri Malaysia kerana karektornya yang tidak tetap dan sering berubah-ubah.

    ReplyDelete
  3. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose menegaskan biarpun para pemimpin pembangkang termasuklah Anwar, Wan Azizah dan Lim Kit Siang acapkali datang ke Sabah termasuklah bahagian terbabit tetapi mereka tidak akan dapat sokongan daripada rakyat tempatan.

    ReplyDelete
  4. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    “Mereka ini cuba untuk mengelirukan masyarakat tempatan khususnya Kadazan-Dusun-Murut (KDM) dan orang-orang Cina dengan memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) dan strategi kononnya mahu memberikan separuh kerusi di Sabah dan Sarawak sekiranya berjaya ke Putrajaya tetapi rakyat tahu siapa mereka ini,” katanya

    ReplyDelete
  5. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    Ujarnya, cara berkempen pakatan pembangkang apabila datang ke Negeri Sabah penuh dengan taburan janji-janji manis termasuklah mahu memberikan 20 peratus hasil daripada minyak sedangkan realitinya perbincangan dengan Petronas sudah dilakukan mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat tempatan.

    ReplyDelete
  6. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    “Kita mempunyai cara yang lebih diplomatik tanpa perlunya kontroversi kerana kita tahu provokasi dan kontroversi akan memberi kesan buruk kepada Sabah keseluruhannya apatah lagi kerajaan negeri dan kerajaan Pusat di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai idea bagi pembangunan berterusan Sabah.

    ReplyDelete
  7. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    “Kalau Anwar benar-benar hebat, kenapa semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu tetapi Sabah tidak dimajukan dan kenapa hari ini dia kata jika dia jadi Perdana Menteri maka negeri ini akan maju? Saya tak fikir Anwar bercakap benar.”

    ReplyDelete
  8. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    Jelasnya, biarpun beliau yang menjadi pemimpin KDM mempunyai anutan agama berbeza dan bangsa berlainan dengan Perdana Menteri tetapi pendekatan dan karektor pemimpin tersebut amat disenanginya.

    ReplyDelete
  9. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    “Beliau sangat baik berbanding karektor Anwar. Saya tak mahu campur permasalahan peribadi Anwar tetapi saya melihat Perdana Menteri tiada kelemahan apatah lagi apabila beliau bercakap tentang Islam yang bukan menunjukkan Islam sebagai lawan kepada Kristian sebaliknya beliau bercakap berkenaan Islam yang moderate dan tidak radikal.

    ReplyDelete
  10. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    “Inilah yang dimahukan oleh masyarakat termasuklah golongan Kristian di seluruh dunia kerana tiada sesiapa pun yang mahu memusuhi agama,” katanya. Ujarnya, ini amat berbeza dengan pendekatan pembangkang yang mempergunakan agama, bangsa dan budaya dengan mencampur-adukkannya untuk mewujudkan perselisihan dan pergaduhan antara satu sama lain yang jelas akan memberi kesan sangat buruk.

    ReplyDelete
  11. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    “Jika kamu mahu memenangi undi rakyat maka mestilah menunjukkan apa yang kamu boleh lakukan dan BN telah buktikan dengan banyak perubahan dan terbaru telah memberikan RM100 kepada para pelajar tanpa melihat latar belakang selain BR1M berjumlah RM500.

    ReplyDelete
  12. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    “Itu pun sudah jelas, saya fikir Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri telah melihat dan mengkaji kepentingan rakyat sebagaimana slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Ia telah dibuktikan sebagaimana dilaksanakan dan sekarang ini banyak program yang menunjukkan bahawa rakyat memang didahulukan.”

    ReplyDelete
  13. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    Bidasnya lagi, sebelum ini ketika Perdana Menteri mengumumkan berkaitan Bajet dan pemberian wang tunai untuk bantuan kepada rakyat maka Anwar menyebut mana mahu cari duit tetapi sekarang apabila ia telah dilakukan maka macam-macam pula janjinya kepada rakyat dengan pelbagai perkara yang tidak mungkin akan ditunaikan.

    ReplyDelete
  14. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    “Anwar adalah pemimpin yang bercakap perkara berbeza, lain tempat lain yang dia cakap dan ini tidak seperti Datuk Seri Najib yang akan bercakap perkara sama biar pun di Sabah, Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang dan lain-lain tetapi Anwar bercakap hal yang berbeza-beza.

    ReplyDelete
  15. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    “Anwar, apabila bercakap pada orang Kadazan di Sabah dia kata orang kita, apabila bercakap pada orang Iban di Sarawak, orang kita dan apabila bercakap di Pulau Pinang pada orang India pun orang kita, bercakap hal yang berbeza-beza sedangkan Datuk Najib kekal dengan slogan 1Malaysia dan itulah pemimpin yang kita mahukan, sentiasa mendengar sedangkan Anwar selalunya tidak mahu mendengar.”

    ReplyDelete
  16. ANWAR TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

    Tambahnya lagi, kekeliruan pembangkang khususnya PKR semakin terserlah apabila pengerusi badan perhubungannya kerap kali bertukar ganti. “Pemimpin PKR Sabah ditukar serta merta bukannya mereka ini sakit atau cacat tetapi ia ditukar kerana pilihannya tidak tepat. Inilah bukti PKR salah pilih. Saya rasa BN saja yang boleh bantu rakyat berbilang kaum di Malaysia,” tegasnya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.