Kemalangan Keretapi Sabah VS Runtuhan Jambatan P.P |
KOTA KINABALU: Sabah DAP chairman and Kota Kinabalu member of parliament Jimmy Wong has urged Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan to resign as Minister of Infrastructure Development for the latter’s failure to address the safety problems plaguing the railway system in the state.
“Tan Sri Pairin must resign as the Minister of Infrastructure Development for his failure to address the Sabah Railway Department (SRD) system after two train accidents had happened in the same place within two years. - The Borneo Post
Selepas menunggu beberapa hari bermula dari berlakunya kemalangan ngeri antara keretapi dan kenderaan dinaiki empat pelancong Hong Kong, akhirnya parti politik DAP memulakan langkah pertama mempolitikkan insiden tersebut dengan menuding jari kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Walaupun bahasanya lebih kepada mempertikaikan soal tugas menteri pembangunan infrastruktur, namun tindakan pemimpin-pemimpin DAP Sabah ini tetap berbaur politik lebih-lebih lagi apabila tidak ada desakan sama yang dibuat terhadap Lim Guan Eng mengenai dua tragedi runtuhan di negeri itu.
Jika DAP Sabah boleh membuat desakan supaya Pairin meletakkan jawatan ekoran dua kemalangan yang berlaku membabitkan keretapi Sabah dalam tempoh dua tahun, bagaimana pula dengan kemalangan runtuhan di Pulau Pinang yang berlaku dua kali dalam tempoh SEMINGGU?? Walaupun niat DAP itu baik, namun sebagai parti politik yang berhasrat mahu merampas Puterajaya, perhatian mereka perlu juga ditumpukan kepada hal-hal yang berlaku di negeri lain terutamanya negeri yang manjadi kubu kuat parti itu. Jesteru, wajarlah jika DAP Sabah turut mendesak supaya Lim Guan Eng melepaskan jawatan beliau ekoran kegagalan beliau memastikan kemudahan infrastruktur di negeri itu selamat untuk digunakan.
Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelak kemalangan di kawasan persimpangan empat disamping menempatkan pekerja di situ untuk mengawal lalu lintas. Namun, kereta api itu tetap mengambil masa yang lama untuk berhenti. Malah difahamkan, ketika kejadian kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api, kecuali kereta yang dinaiki empat pelancong terbabit. Bukanlah maksud penulis untuk menyalahkan kenderaan yang dinaiki oleh empat pelancong tersebut, tetapi cuma ingin memberikan gambaran jelas bahawa inisiden seperti ini boleh dielakkan jika pengguna jalanraya peka dengan keadaan sekeliling atau isyarat keselamatan.
Sebagaimana DAP Sabah mengambil sikap tidak kisah mengenai insiden runtuhan di negeri yang mereka jajah, begitu jugalah sikap yang mereka perlu ambil apabila mengulas insiden kemalangan keretapi Sabah, iaitu tidak menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi mendesak supaya menteri berkenaan supaya meletakkan jawatan. Sebagai ahli politik, niat atau sikap mereka perlu konsisten dengan apa sahaja yang berlaku dalam negara, bukannya mengambil sikap double standard semata-mata mahu menyelamatkan kepentingan parti masing-masing.
Jika pemimpin-pemimpin DAP dipertanggungjawabkan untuk menjaga laluan keretapi, bagaimana pula mereka menghadapi situasi seperti ini? Dan sekiranya mereka tahu bahawa penghadang automatik di laluan keretapi itu tidak berfungsi sejak 6 bulan lalu, kenapa mereka tidak menjangkakan lebih awal bahawa insiden seperti ini akan berlaku? Bermakna, sebagai pembangkang, DAP juga telah gagal mengingatkan menteri berkenaan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan lebih awal. Atau DAP sengaja membiarkan insiden ini berlaku supaya mereka mempunyai bahan untuk dipolitikkan?? Seperti DAP, menteri yang berkenaan juga tidak menjangkakan insiden ini boleh berlaku setelah langkah-langkah keselamatan telah dilaksanakan.
Sebelum DAP atau pemimpin-pemimpin pembangkang lain mengulas lebih jauh mengenai insiden kemalangan ini, elok juga kita imbas kembali kegagalan DAP dalam memastikan kemudahan infrastruktur di negeri mereka selamat digunakan oleh rakyat. Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, runtuhan struktur jambatan di negeri Pulau Pinang adalah hasil kerja kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd yang dilantik oleh anak syarikat kerajaan Pulau Pinang, PDC yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng. Cergas Murni dianugerahkan kontrak untuk pembinaan tersebut oleh PDC pada tahun 2010. Maka itu, tidak hairanlah sekarang kenapa para pembesar DAP sangat-sangat gelabah bila kejadian ini berlaku. Dan perasaan gelabah itu turut dirasai oleh pemimpin-pemimpin DAP Sabah sehingga puak-puak ini tidak mengambil masa yang lama untuk menyalahkan Pairin atas kejadian di persimpangan empat laluan keretapi. Tujuannya hanya untuk menutup kepincangan pentadbiran Lim Guan Eng disamping manghangatkan lagi suasana rampasan kerajaan oleh Bapa Kemusnahan Negara Anwar Ibrahim.
Melihat kepada insiden ngeri di Pulau Pinang, yang mana ianya turut melibatkan kegagalan kerajaan negeri itu, tidak terlintaskah difikiran pemimpin-pemimpin DAP Sabah supaya mendesakan Ketua Menteri Lim Guan Eng meletakkan jawatan??
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.