Berikut adalah ulasan blogger Taiping Mali berkenaan dengan skandal Scorpena;
"Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata. Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia.Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah 'Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya'.Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.
Suara Anwar Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan. Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya"
Nak tahu apa kaitannya dengan skandal penggubahan wang haram Hong Kong?
Pertama sekali, kita perlu lihat persamaan si pembawa tuduhan. Seperti yang kita sedia maklum, Suaram dan Sarawak Report masing-masing memegang status NGO dan media PRO PEMBANGKANG. Kedua-duanya menjadi jentera pembangkang dalam melaksanakan misi rampasan kuasa.
Jika sebelum ini Suaram sudah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, kemungkinan besar Sarawak Report juga menerima dana dari sumber yang sama memandangkan sehingga hari ini belum ada penafian dibuat oleh pihak Sarawak Report. Selain itu, kedua-dua "jentera" pembangkang ini juga seolah-olah ditugaskan untuk "mensensasikan" kes rasuah yang kononnya berlaku di luar negara. Suaram dengan skandal di Perancis, manakala Sarawak Report pula dengan skandal Hong Kong.
Anwar Report |
Jelas wujud persamaan dengan tuduhan Suaram mengenai skandal Scorpena di Perancis, dimana pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan
rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan
bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya.
Bermakna, semua skrip tuduhan ini samada "penahanan" mahupun "perbicaraan" sengaja di reka oleh "jentera-jentera" pembangkang bagi menimbulkan gambaran kepada masyarakat seluruh dunia bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia terlalu "kotor".
Sekarang anda nilailah sendiri siapa yang paling "kotor" sanggup memudaratkan negara menggunakan pembohongan dan fitnah, semata-mata untuk memuaskan nafsu politik pihak tertentu yang mengidam kerusi empuk di Puterajaya.
"sepandai-pandai tupai melompat, kalau kita ramai-ramai lastik, jatuh juga tu"
By: Borneo Bullet
Rupanya isu kapal selam hanyalah pembohongan pembangkang
ReplyDeletetuduhan yang direka2 oleh pemimpin2 pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan bersekongkol dengan kuasa asing.. lihatlah betapa jijiknya permainan politik mereka..
DeleteIni menunjukan tuduhan2 pembangkang kepada kerajaan yang tipu muslihat semata-mata
ReplyDeletePakatan Rakyat, sejak dari dulu mana pernah ikhlas berjuang.. pemimpin2nya asyik membohong dan memfitnah..
DeletePembangkang ni sanggup buat apa saja untuk jatuhkan kerajaan termasuklah buat dakwaan palsu dengan dokumen yang palsu.
ReplyDeletebukan sahaja sanggup membuat dakwaan palsu, malah sanggup bersekongkol dengan kuasa asing untuk menghancurkan negara semata2 mahu berkuasa..
DeletePandai2lah nilaikan berita2 yang tersebar.
ReplyDeletemana2 berita yang disiarkan oleh media pembangkang, jangan dilayan sangat.. semua itu hanya pembohongan..
Deletepembangkang mmg byk berbohong.
ReplyDeletedengan terdedahnya pembohongan demi pembohongan pemimpin2 pembangkang, jangan haraplah rakyat sabah akan mengundi pembangkang pada PRU akan datang..
Deletesatu perkara yang amat jelas menggambarkan strategi pembohongan pembangkang ialah, mereka asyik menggunakan kes2 di luar negara untuk menegakkan pembohongan mereka.. kenapa?? supaya pihak kerajaan malaysia tidak mampu membuat apa2 tindakan..
ReplyDelete