PKR TENOM SEMAKIN BERGOLAK?
(28 January 2013)
KEMABONG: Beberapa pemimpin cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom terkilan dengan sikap keterlaluan segelintir pemimpin cabang parti itu di sini yang mempertikaikan kehadiran bekas Setpol Ketua Menteri semasa kerajaan Parti Berjaya, Datuk Douglas Lind yang dilabelkan mereka sebagai pencetus perbalahan parti itu.
Malahan mereka menganggap Douglas sebagai tidak beradab kerana memasuki kawasan Tenom tidak memaklumkan cabang PKR terlebih dahulu yang boleh disifatkan sebagai membelakangi kuasa cabang parti itu.
Demikian dinyatakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang PKR Tenom, Jamain Kalasang, 39, ketika memberitahu Sabahkini.net kelmarin sebagai mengulas beberapa kenyataan kumpulan itu khususnya Masdin Tumas di laman sosial FB, baru-baru ini. Sabahkini
MASUK TANDAS PUN KENA IZIN PKR JUGA?
(27 January 2013)
MESKIPUN beberapa penjelasan telah dibuat oleh bekas Setpol Mantan Ketua Menteri Sabah era kerajaan Parti Berjaya, Datuk Douglas Lind berhubung kunjungannya ke Tenom; namun niatnya masih disangsikan oleh 'Macai-Macai Politik' PKR Tenom, dengan bertindak melemparkan berbagai andaian yang tidak masuk akal.
Apa tidaknya jika kunjungan Datuk Douglas Lind ke Tenom dan Kemabong sejak awal lagi, beliau sudah mengatakan bahawa kunjungannya adalah berbentuk 'Peribadi' dan tiada kaitan dengan politik atau melobi sokongan untuk dicalonkan, tetapi masih juga disangsikan dengan berbagai andaian.
Sampai bila kematangan berpolitik 'macai-macai' ini boleh berubah ke suatu tahap yang boleh diterima oleh rakyat Tenom? Atau mungkinkah setiap pergerakan Douglas ke mana sahaja; walaupun ke tandas tetapi terpaksa juga meminta keizinan daripada PKR Tenom? Apakah ini yang dimaksudkan 'macai-macai' ini mesti melalui PKR demi mengelak dari membelakanginya? - Sabahkini
Seperti tahun-tahun sebelumnya, PKR Sabah sentiasa diabaikan oleh Anwar Ibrahim.. kehulu-kehilir berkempen minta rakyat sokong PR supaya dia jadi Perdana Menteri selepas PRU-13, tapi parti sendiri tidak terjaga.. kalau parti sendiri tidak terjaga, bagaimana dia mahu jaga Sabah? bagaimana dia mahu jaga Negara Malaysia? Hancur Malaysia kalau parti yang dipimpin oleh macai-macai kurang matang berpolitik ini memimpin negara..






















