Tuesday, June 25, 2013

Sabah miliki kawasan pemuliharaan hutan hampir 15 kali ganda saiz Pulau Pinang

Dasar pengurusan hutan yang dirancang oleh kerajaan negeri Sabah merupakan satu kebanggaan walaupun mendapat pelbagai kritikan daripada pihak dalam dan luar negara yang kerap memandang negatif dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri ini. 

Pengurusan hutan yang lestari bukan sahaja berjaya menjadikan Sabah sebagai ‘hotspot’ biodiversiti utama dunia malah mendapat pelbagai pengiktirafan daripada badan-badan pengurusan hutan di peringkat antarabangsa seperti Badan-Badan Bersatu, World Wildlife Fund Malaysia, Forest Stewardship Council (FCS) dan Prince Charles Charity.

Atas kejayaan itu, beberapa mesyuarat dan persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan pemuliharaan hutan telah diadakan di negeri ini sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, Wakil Residen Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Kamal Malhotra, mengakui Sabah sebagai model pengurusan hutan yang mampan bukan sahaja bagi Asia Tenggara, tetapi juga DUNIA.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius SK Sharma turut memuji kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman atas kesungguhan beliau dalam menunaikan tanggungjawabnya bagi melaksanakan pelbagai program dan inisiatif dalam usaha melindungi dan memulihara alam sekitar.

Lebih membanggakan apabila usaha pemuliharaan hutan Sabah turut menarik perhatian Putera Charles dan isterinya untuk berkunjung ke negeri ini bagi melihat sendiri keaslian hutan hujan Sabah sekaligus memberikan penghormatan kepada Pengarah Perhutanan Negeri Sabah, Datuk Sam Mannan untuk berkongsi kejayaan Sabah dalam pengurusan hutan secara mampan di Ulangtahun Forum WWF Global Forest Trade Network (GFTN) yang diadakan di London.

Kini, hasil usaha berterusan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman berjaya meletakkan Sabah dihadapan sebagai negeri yang memiliki kawasan pemuliharaan hutan TERBESAR di negara ini. Keluasannya adalah hampir 15 kali ganda saiz Pulau Pinang, dimana kawasan yang berkeluasan lebih daripada 400,000 hektar itu merangkumi tiga usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar di Sabah - Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon.

Menurut laporan MSTAR, khazanah ini akan terus dipulihara apabila Dewan Undangan Negeri meluluskan pindaan Enakmen Hutan 1984 pada Khamis lalu di mana 23,135 hektar hutan diklasifikasikan semula sebagai kawasan perlindungan, sekaligus menjadikan khazanah ini benar-benar dilindungi dan tidak boleh diambil, dimusnahkan atau diterokai.

1 comments:

  1. hutan2 di Sabah dipelihara dgn baik sekali

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.