Tuesday, June 11, 2013

Ahli Parlimen DAP Tuduh Rakyat Tidak Puas Hati Dengan Keputusan PRU13

Walaupun baru sebulan lebih bergelar Ahli Parlimen Sandakan, namun Stephen Wong sudahpun menunjukkan wajah sebenar beliau yang boleh dikatakan sangat mirip dengan Anwar Ibrahim. Tanpa melakukan kerja-kerja sebagai Ahli Parlimen, Wong lebih gemar menyalak diatas pentas menuduh SPR melakukan penipuan pilihanraya sedangkan realitinya beliau berjaya merampas kerusi Parlimen Sandakan dari Datuk V.K Liew.. Adakah kemenangan itu menggambarkan wujud penipuan sebagaimana yang dimomokkan beliau??

Berucap pada majlis Himpunan Blackout 505 yang diadakan di dewan Hakka Batu 6 Jalan Labuk Sandakan, Wong dengan bangga menuduh SPR sengaja menghilangkan undi dan juga salah kira undi. Namun seperkara yang agaknya lupa disentuh atau diulas oleh Wong dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain ialah mengenai peranan wakil atau agen yang dilantik mereka untuk memantau dan memerhati proses pilihanraya. Malah setakat ini tidak adapun wakil atau agen pembangkang yang ditugaskan untuk memantau dan memerhati proses mengundi pada 5 Mei lalu tampil membuat laporan polis mengenai penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR. Ini kerana, jika benar berlaku penipuan, agen-agen pembangkang inilah yang lebih dulu menyedarinya dan seterusnya membuat laporan polis.

Dalam majlis itu juga, Wong tidak menjelaskan kepada para hadirin tentang kewujudan pemerhati luar negara yang sebelum ini telah mengesahkan bahawa proses pilihanraya negara ini berjalan mengikut prosedur. Semua perkara yang baik tentang SPR akan disembunyikan dari pengetahuan rakyat agar pembangkang boleh terus memperbodohkan rakyat untuk kepentingan mereka dan juga insan yang bernama Anwar Ibrahim. Malahan hujah-hujah Wong juga lebih kepada teori tanpa ada sebarang bukti dari pihak beliau, sekaligus menunjukkan niat sebenar Ahli Parlimen baru ini seiring dengan niat Anwar yang mahu menghasut rakyat supaya turun ke jalanraya bagi menggulingkan kerajaan.

Wong berkata, rakyat juga ingin melihat peranan sebenar sebuah organisasi yang dapat mengendalikan pilihan raya bebas dan telus tidak memihak mana-mana badan pertubuhan politik sama ada pembangkang, mahupun parti pro kerajaan. Namun, apakah makna istilah BEBAS dan TELUS jika pembangkang sendiri menyimpulkan bahawa hanya jika Pakatan Haram menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri, barulah proses pilihanraya itu disifatkan sebagai BEBAS dan TELUS...?? dan adakah tindakan menyembunyikan fakta-fakta sebenar mengenai proses pilihanraya oleh pemimpin-pemimpin Pakatan boleh dianggap sebagai BEBAS dan TELUS??

Dalam hujah Wong juga, beliau sempat meremehkan kemenangan Barisan Nasional dengan mengatakan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan minoriti dengan undi popular sebanyak 47 peratus berbanding dengan parti Pakatan Rakyat seluruh Malaysia meraih 51 peratus undi. Jesteru, jika keputusan undi popular itu benar belaka dan Wong berbangga dengan keputusan itu, kenapa beliau masih menuduh SPR melakukan penipuan??? Bersetujukah beliau jika Bullet dan pemimpin-pemimpin BN yang lain mengatakan bahawa jumlah undi popular itu tidak benar???

Lebih menimbulkan rasa meluat apabila Wong mengatakan bahawa ""..Kerajaan BN yang mendapat mandat minoriti mudah harus mengkaji semula kenapa rakyat rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum (PRU 13) lalu.."" Persoalannya, siapakah yang tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya lalu?? rakyat atau ANWAR IBRAHIM?? Jika benar rakyat tidak puas hati, tanpa hasutan Anwar dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Haram, rakyat dengan sendirinya turun ke jalanraya bagi melancarkan protes. Namun peliknya, dalam kes ini, pihak yang kalah lebih dulu melakukan pelbagai tindakan yang membelakangkan undang-undang bagi membantah keputusan PRU13.

Tidak malukah Wong menuduh rakyat tidak puas hati dengan keputusan PRU13 sedangkan pemimpin-pemimpin Pakatan yang memulakan protes tersebut?? Yang memulakan huru-hara ialah Pakatan Haram, namun yang dituduhnya pula adalah rakyat?? Kenapa Wong tidak tukar saja ayat itu kepada ""...Kerajaan BN yang mendapat mandat minoriti mudah harus mengkaji semula kenapa ANWAR IBRAHIM rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum (PRU 13) lalu..""

Mengulas tindakan Kerajaan Negeri Sabah menyekat kemasukan Nurul Izzah ke negeri ini, Bullet ingin memohon penjelasan dari Wong mengenai maksud ayat dibawah ini:

"Mungkin Musa takut kerana para pemimin Pakatan Rakyat hebat-hebat belaka sehingga berjaya merampas 12 kerusi di DUN di Sabah. Jika dibenarkan lebih ramai masuk, mungkin mereka akan hilang lebih banyak kerusi sekalipun PRU-13 sudah tamat,".

Apakah maksud ayat yang bertanda hitam diatas?? Apakah benar tujuan Nurul Izzah ke Sabah adalah untuk menggerakkan demonstrasi jalanan atau Blackout 505?? Adakah ayat itu membawa maksud, mana-mana kerusi yang menyaksikan Pakatan Rakyat kalah akan dirampas semula melalui jalanraya?? Jika benar jawapannya, maka tindakan Datuk Seri Musa Aman menyekat kemasukan Nurul Izzah adalah tepat belaka.. Bukan menjadi bahan ejekan, sebaliknya menjadi kebanggan rakyat di negeri ini kerana memiliki pemimpin yang berani bertindak tanpa perlu khuatir dengan kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh puak-puak pembangkang sehingga boleh menjejaskan kredibiliti beliau.

Mengenai Sahar Saka, beliau telahpun dipecat dari UMNO kerana sikap tamak dan dasar pembelot. Beliau tergamak bertanding atas tiket bebas hanya kerana tidak dicalonkan oleh pucuk pimpinan. Inikah ciri-ciri pemimpin yang hendak diketengahkan oleh Pakatan Rakyat?? Sudah tentu Sahar Saka akan mencari platform lain untuk meneruskan kerjaya politik beliau selepas dipecat, dan pilihan yang ada hanya Pakatan Haram..

RUJUK KENYATAAN STEPHEN WONG DISINI

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.