PETALING JAYA: Penyakit 'hati angkuh' yang dihidapi pemimpin pakatan pembangkang terutama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan punca mengapa pakatan itu tidak mahu menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 dan menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerana penyakit itu pembangkang sengaja membutakan mata mereka terhadap keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas dan tetap meneruskan perhimpunan itu walaupun tahu ia bakal mengundang keresahan warga kota.
"Orang seperti ini memang sentiasa nak cari kaedah nak jadikan negara ini kucar kacir, kita bagi Stadium Merdeka untuk mereka berhimpun tapi mereka tak mahu kerana penyakit hati angkuh, Stadium Merdeka orang tak nampak mereka nak terpekik sana sini.
"Mereka sengaja mencari kaedah untuk mengucar-kacirkan negara, nak susahkan dan tipu rakyat, inilah penyakit hati mereka. Hati busuk atau sakit hati kita boleh tolong ubat, tetapi sakit hati angkuh ini susah nak cari penawarnya," katanya. - antarapos
Ku Nan silap.. Penyakit pelik Anwar Ibrahim sebenarnya ada penawarnya. Menurut "dukun" yang merawat beliau, Anwar perlu melakukan senam aerobik di Padang Merbok sambil terpekik-pekik memohon jawatan Perdana Menteri. Untuk lebih mujarab, Anwar perlu mengorbankan beberapa pesertanya serta mengundang aktiviti maksiat di Padang Merbok pada malam hari 22 Jun 2013. Jika semua syarat-syarat ini tidak dipenuhi, maka penyakit pelik Anwar bukan sahaja bertambah kritikal menjelang PRU14, malah dikhuatiri akan "diturunkan" kepada anak cucunya. Sebab itu Anwar bersungguh-sungguh siang malam menghabiskan jutaan ringgit melakukan pelbagai aksi pidato di atas pentas semata-mata mahu memenuhi tuntutan "dukun" tersebut agar penyakit peliknya dapat dipulihkan. Siapa "dukun" itu, hanya Anwar dan kenalan rapatnya sahaja yang tahu..
Difahamkan, hari ini agak ramai juga "sukarelawan" yang bersimpati terhadap Anwar turun menemani beliau dengan membawa bersama semangat cintakan Anwar serta sepanduk yang dihias kreatif yang mungkin tujuannya untuk menarik pelancong atau orang sekeliling. Samada usaha tidak bertamadun lagi tidak demokratik ini berjaya memulihkan penyakit Anwar atau tidak, kita tunggu sajalah selepas ini. Namun, yang pasti, lebih ramai rakyat rasa meluat dengan tindak-tanduk Anwar kerana tindakannya itu berjaya menyusahkan orang awam, anggota keselamatan dan menjejaskan imej negara di mata dunia. Mungkin ini juga sebahagian daripada misi Anwar kerana "penawar" yang hendak dimilikinya itu terlalu besar nilainya sehingga menuntut pelbagai kemusnahan di negara ini samada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik..
Kesannya, Perdana Menteri dan para jenteranya terpaksa melipat-gandakan usaha memulihkan keadaan akibat dari penangan senam aeroboik Anwar di Padang Merbok. Walaupun terikat dengan pelbagai komitmen lain, namun kerajaan tetap ambil perhatian terhadap misi memusnahkan negara oleh Anwar dan konco-konconya. Bukanlah maksud kerajaan bersimpati terhadap penyakit pelik Anwar, cuma kasihan dengan "sukarelawan" Anwar yang terpaksa menyedut udara jerebu, serta kasihan dengan para orang awam yang dipaksa menjadi mangsa keadaan. Apabila jumlah "sukarelawan" Anwar berkurangan dari yang dijangkakan, sebagai pemidato tersohor, Anwar lantas memberikan alasan bahawa jerebu menjadi punca kenapa aktiviti "sosialnya" tidak mendapat sambuat.
Akhirnya, semakin jauh kita meninggalkan PRU13, semakin jelas kelihatan wajah sebenar Anwar yang dirundung pelbagai penyakit pelik serta cita-cita yang begitu kejam untuk dicapai. Mahukah rakyat memiliki Perdana Menteri yang berpenyakit? Mahukan rakyat memiliki Perdana Menteri yang rendah moralnya? Mahukah rakyat memiliki Perdana Menteri yang gagal menjelaskan skandal rasuahnya? Mahukah rakyat memiliki Perdana menteri yang kononnya mahu memajukan negara sebaliknya berniat memusnahkan negara? Ada banyak lagi persoalan yang wajib dijawab oleh Anwar sebelum beliau menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri. Malah persoalan-persoalan itu juga perlu diambil-kira sebelum Anwar menyalahkan SPR atas kegagalan beliau merampas kerajaan.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.