Monday, August 5, 2013

Naib Presiden Umno: Media Pembangkang Cuba Perangkap Musa Aman

Apa yang kecoh sangat bila Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno? kenapa perlu timbul soal pertelagahan antara pemimpin Umno Sabah sedangkan soal bertanding jawatan itu adalah perkara lumrah dalam arena politik? Bertelagah atau tidak, terperangkap atau sebaliknya, hanya individu yang berada dalam gelanggang politik sahaja yang tahu situasinya.. Sementara media-media pro pembangkang hanya diperalatkan untuk merancakkan spekulasi mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin pembangkang dengan harapan apa yang dispekulasikan itu benar-benar berlaku.

Media-media pembangkang sepatutnya menasihati pemimpin-pemimpin mereka supaya tidak terlalu menjaga tepi kain orang lain.. Sedangkan konflik dikalangan pemimpin sendiri gagal diselesaikan, inikan pula mencampuri urusan parti lain. Di Sabah misalnya, pemilihan Ketua Pembangkang bagi negeri ini masih dalam pertikaian ekoran calon yang dikedepankan bukan dikalangan mana-mana ahli parti pembangkang Sabah. Penulis melihat, situasi yang dihadapi pembangkang jauh lebih kritikal daripada soal calon Naib Presiden Umno. Malahan, pertelagahan dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang juga lebih dulu muncul berbanding dengan spekulasi yang cuba dimainkan media pro pembangkang.

Secara jujurnya, penulis juga menyokong penuh jika Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Keyakinan penulis adalah berdasarkan sumbangan Musa dalam membangunkan negeri ini dalam pelbagai aspek. Malah, jika bukan kerana keberkesanan dan kebijaksanaan Musa dalam memimpin negeri dan parti yang diwakili, mana mungkin BN boleh kekal mempertahankan Puterajaya. Jesteru, beliau layak bertanding jawatan itu sebagai menghargai sumbangan-sumbangan maha besar beliau bukan sahaja kepada rakyat Sabah malah kepada Barisan Nasional.

Berbanding dengan Shafie, peranan Musa Aman jauh lebih besar dalam memastikan BN kekal memerintah negara ini. Malahan Shafie juga dilihat gagal membangunkan daerahnya sendiri dan gagal melaksanakan projek-projek luar bandar dibawah kementeriannya. Selain menyumbang kepada reputasi buruk kerajaan BN, Shafie juga lebih gemar menimbulkan masalah-masalah yang beliau sendiri gagal memberikan penjelasan secara konkrit. Jesteru, tidak patut timbul soal pertelagahan lebih-lebih lagi apabila sokongan supaya Musa Aman bertanding bagi jawatan itu adalah datang daripada pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.