Saturday, August 24, 2013

Shafie Mengaku Tidak Ada Pemimpin Lebih Afdal Di Sabah Melainkan Dirinya

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan parti itu Oktober ini walaupun terdapat pemimpin dari Sabah yang berminat bertanding jawatan tersebut. Katanya lagi, sekiranya berlaku situasi demikian, maka beliau menyeru supaya ahli memilih pemimpin yang 'afdal'.

"Kalau ada (pemimpin) datang dari Sabah, pilihlah yang lebih afdal. Tapi saya yakin tak ada. Kalau ada, pilihlah yang afdal, kalau tak keberatan," katanya. - Malaysiakini

Shafie nampak semakin tidak keruan bila ramai pemimpin umno menyokong supaya Musa Aman bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.. Dalam masa beliau memainkan nada merendah diri, kononnya beliau reda jika tidak diberikan jawatan tersebut,, namun dalam masa yang sama, Shafie turut membuat desakan supaya beliau terus dikekalkan untuk jawatan itu.. 

Boleh pula Shafie membayangkan tidak ada pilihan yang lebih afdal di Sabah melainkan dirinya.. Tidak cukup dengan "mengangkat bakul sendiri", Shafie juga turut membuat ugutan kononnya jika jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, maka akan berlakulah perpecahan sebagaimana yang berlaku sewaktu pertembungan Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah..

Shafie mungkin lupa bahawa isu terhangat dalam beberapa hari sebelum ini adalah mengenai jawatan Timbalan Presiden Umno, bukannya jawatan Presiden Umno.. Jesteru, kenapa perlu beliau memasukkan sekali isu jawatan Presiden umno dalam ucapan beliau? Ini jelas membuktikan bahawa Shafie cuba menyelamatkan jawatannya dengan menggunakan persetujuan pemimpin-pemimpin umno sebelum ini yang mahukan supaya jawatan Presiden umno tidak perlu dipertandingkan. 

Berdasarkan persetujuan itu, maka Shafie pun mulalah menyalak, merayu, memohon dan mengugut supaya jawatan Timbalan Presiden Umno juga tidak perlu dipertandingkan.. Semua ini terpaksa dilakukan Shafie kerana beliau sedar bahawa dirinya tidak mampu menandingi populariti Musa Aman sekiranya benar Ketua Menteri Sabah itu mahu bertanding jawatan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.