Thursday, November 22, 2012

Rafizi ke Hong Kong hanya untuk makan angin



Delegasi PKR yang diketuai oleh Rafizi Ramli telah terbang ke Hong Kong berjumpa dengan pegawai-pegawai ICAC bagi menyerahkan bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman. Tiga bukti yang diserahkan oleh Rafizi Ramli kepada pihak ICAC adalah seperti berikut:
1. Kenyataan Dato’ Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

2. Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

3. Pendedahan bahawa anak Dato’ Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC

Menurut delegasi PKR, mereka percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar, dan mereka berharap ICAC dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman. Selain itu, delegasi PKR juga telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.

Bullet ingatkan Rafizi benar-benar dedahkan bukti dalam bentuk dokumen, resit, bank statement, gambar, video atau sebagainya, rupanya dia hanya petik kenyataan Lajim dan Bumburing dan menggambarkan kenyataan itu adalah bukti yang mewajarkan pihak ICAC membuka semula kes RM40 juta? Belum reda lagi isu Rafizi terkantoi dalam sidang media beliau sendiri dimana beliau membuat pendedahan video Hummer yang tidak nampakpun kelibat pihak tertuduh berada dalam Hummer berkenaan. Selepas beliau gagal memperbodohkan wartawan, kini beliau ke Hong Kong pula untuk memperbodohkan pegawai-pegawai ICAC.

Jauh-jauh dia datang, dari Malaysia ke Hong Kong, hanya 3 "bukti" itu saja yang dia bawa? Dia ke Hong Kong semata-mata untuk makan angin ka? Boleh percaya ka bila Rafizi cakap akan menyerahkan lebih banyak bahan bukti dalam tempoh 3 minggu? jika benar bukti-bukti itu ada dalam simpanan beliau, kenapa tidak serahkan saja hari ini? Sepatutnya Rafizi berterus terang kepada pihak ICAC bahawa buat masa ini beliau tidak mempunyai apa-apa bukti selain dari kenyataan dua ekor katak dan video Hummer yang telah gagal menarik minat wartawan di negara ini.

Kenyataan Lajim dan Bumburing tidak boleh dianggap sebagai bahan bukti, lebih-lebih lagi ketika kedua-dua ahli politik ini mempunyai kepentingan dengan parti politik Pakatan Rakyat. Sudah tentulah Lajim dan Bumbring akan membuat kenyataan yang memburuk-burukkan kerajaan BN. Malah, kedua-dua katak ini juga tidak pernah mendedahkan bukti bahawa wang itu dimasukkan ke akaun peribadi menteri. Jesteru, Bagaimana Rafizi boleh anggap kenyataan itu sebagai bukti?

Nampaknya Rafizi begitu obses dengan kerja yang direka oleh parti beliau sendiri sehinggakan saban hari tidak ada perkara lain yang difikirkannya selain dari berusaha untuk mencari kesalahan UMNO dan Barisan Nasional. Namun sesuatu yang amat-amat perlu rakyat ketahui adalah dalam kesibukan Rafizi berusaha mencari dan mendedahkan kepincangan ataupun apa yang beliau faham sebagai penyelewengan pernahkah anda semua terfikir mengapa agaknya Rafizi berbuat demikian?

Apa motif utama Rafizi berbuat demikian? Dalam bahasa mudahnya Rafizi mahu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO hari ini adalah kerajaan yang tidak baik dan merupakan kerajaan yang di penuhi dengan gejala rasuah yang harus rakyat tolak dalam pilihan raya yang akan datang. Tetapi Rafizi sebenarnya terlupa rakyat juga sedang melihat kepada perkembangan Pakatan Rakyat yang kononnya merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan kerajaan sedia ada.

Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga ingin mengetahui berapa nilai sewaan jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar? Jika harga jet itu sudah mencecah USD39 juta, sudah tentu nilai sewaannya juga berlipat kali ganda lebih tinggi dari harga tiket MAS atau Airasia. Dari mana datangnya dana untuk membiayai kos penerbangan jet itu?

Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga mahu mengetahui dari mana datangnya dana untuk membeli sebuah bas mewah yang didaftarkan dibawah nama Khalid Ibrahim? Dan turut menjadi persoalan, kenapa tandas dalam bas tersebut perlu mempunyai ruang yang besar hingga boleh memuatkan dua orang dalam satu-satu masa?

Tahukah Rafizi bahawa pembelian lori sampah yang menjadi pertikaian di Selangor kini masih gagal dijawab oleh Pakatan Rakyat? dan apa sebenarnya hubungan pembelian lori sampah tersebut dengan kewujudan bas mewah khalid Ibrahim?

Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga ingin tahu berkenaan isu KCB ladang ternakan lembu di Papua New Guinea yang melibatkan kerajaan negeri Kedah di bawah PAS? Bagaimana pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) ini boleh ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengarah? Malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding berserta yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan?

Bagaimana pula agaknya dengan status tanah Taman Manggis yang kini diberitakan sudah dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat lain, sedangkan proses pembelian tanah tersebut sedang berjalan diantara Pemuda BN dan kerajaan negeri?

Agaknya apa yang berlaku dengan Ladang Rakyat kerajaan negeri Kelantan yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah? Siapa individu/kroni yang mendapat manfaat dari hasil balak tanah tersebut?

Itu belum masuk dana asing yang diturunkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO-NGO pro pembangkang? dalam pendedahan Bullet sebelum ini, dari tahun 2005 hingga 2011, NGO dan media pro pembangkang di negara ini telah disuapkan dengan dana yang mencecah hampir RM20 juta dari National Endowment for Democracy (NED) bagi membantu misi rampasan kuasa Pakatan Rakyat. Kenapa Rafizi tidak siasat motif serta kaitan antara Pakatan Rakyat dengan NED?

Dalam isu Hummer, Rafizi sedang berusaha untuk mencari setiap titik kesalahan yang ada sehingga sanggup mengendap keluarga menteri semata-mata untuk mencari bahan yang boleh dipolitikkan. Namun Rafizi barangkali terlupa sesuatu yang sedang bermain di fikiran rakyat..
 
Bagimana dengan kereta Ferrari milik Azmin Ali? Azmin sendiri pernah mengaku bahawa kemewahan beliau datangnya dari Tauke Wong, tauke balak dari Sarawak. Namun itu dahulu. Kini, Azmin lebih “advance” kerana memiliki sumber dana dari luar negara. Khabarnya dari puak-puak Yahudi dan Zionis yang menyokong Anwar.
 
Dan satu lagi pendedahan terbaru oleh blogger pro BN berkenaan dengan kekayaan luar biasa seorang ahli parlimen PKR iaitu Zuraida Kamaruddin yang mampu memiliki koleksi kereta seperti VOLVO XC90 2.5 T, Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT, Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT dan Mercedes Benz E240. jika harga keempat-empat kereta ini disatukan, nilainya lebih tinggi dari Hummer.

Apa yang ingin dikongsikan disini ialah mengapa agaknya Rafizi langsung tidak berusaha untuk mencari serta mendedahkan isu-isu yang melanda Pakatan Rakyat? Adakah ketelusan itu hanya perlu dipihak BN, tapi tidak dipihak Pakatan Rakyat?

Atau ianya hanya untuk kepentingan Rafizi dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya semata-mata?

By: Borneo Bullet

20 comments:

  1. 13Apr2012
    8:12 PG
    Memalukan... @rafiziramli Kantoi Beradab Tipu Pasal PTPTN !!!


    Kisah kejayaan dua orang gadis ini cuba ditutup pembangkang

    PTPTN telah berjasa membantu dua orang anak Melayu ini berjaya dalam hidup. Kisah ini MyMassa petik dari akhbar Metro, kisah bagaimana PTPTN membantu mereka seperti dalam artikel di bawah.


    Apa yang cuba disorokkan oleh pembangkang adalah jasa-jasa PTPTN membantu ribuan malah jutaan anak Melayu untuk berjaya dalam hidup.

    Anwar Ibrahim dan barisan pemimpin pembangkang cuba menampilkan pemimpin-pemimpin mahasiswa yang tidak berjaya dalam pelajaran di universiti seperti Adam Adli dan Safwan Anang sebagai barisan hadapan gerakan anti PTPTN.

    Dan salah seorang pemimpin muda pembangkang yang lantang mahu memansuhkan PTPTN adalah Rafizi Ramli. Pada 10 April 2012, bertempat di Shah Alam, Rafizi mengadakan Rundingcara "PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi. Persoalannya, layakkah Rafizi bercakap mengenainya berdasarkan pencapaian akademiknya? Mari kita lihat apa yang Rafizi capai di universiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rafizi ni kalau bercakap mana pernah guna otak.. sebab itu banyak kali kantoi.. siap didakwa dibawah akta BAFIA pula tu.. belajar tinggi2 pasal akaun, tapi bodoh juga.. perkara basic pun dia tidak tahu..

      Delete
  2. Walaupun berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara dengan mendapat biasiswa Petronas, Rafizi menghabiskan pelajarannya di luar negeri dengan KELAS KEDUA RENDAH. Jika diikut standard pinjaman PTPTN, Rafizi tidak layak mendapat biasiswa. Kita selusuri kenapa pelajar bijak seperti Rafizi yang sentiasa cemerlang dari sekolah rendah sehingga ke tahun pertama dan kedua dalam universiti boleh menamatkan pelajarannya dengan hanya mendapat KELAS KEDUA RENDAH?

    ReplyDelete
  3. Pada tahun pertama dan kedua di universiti, Rafizi menghabiskan dua tahun tersebut dengan kelas pertama. Namun apabila masuk tahun ketiga, Rafizi mula aktif dalam persatuan pelajar. Dan Rafizi juga telah mula melibatkan diri dengan politik apabila Anwar Ibrahim, idola Rafizi dipecat dari Kerajaan. Rafizi mula menghabiskan masa dengan menyertai aktiviti anti Kerajaan di luar negara sejak dari itu. Akibatnya, pelajarannya mula merosot dan dia hampir-hampir gagal dalam pelajarannya.

    ReplyDelete
  4. Namun Rafizi bernasib baik kerana dia ditawarkan biasiswa, bukannya pinjaman boleh ubah sebagaimana yang ditawarkan oleh banyak GLC sekarang selepas ramai di antara pelajar yang ditaja mereka seperti Rafizi menamatkan pelajaran mereka dengan sekadar cukup makan.

    ReplyDelete
  5. bezakan rahsia dua gadis di atas (Nur Izzati dan Siti Zulaika) dengan rahsia Rafizi. Walaupun kurang bernasib baik seperti Rafizi, tidak mendapat biasiswa, namun kerana bantuan pinjaman PTPTN dan keazaman yang jitu, kedua-duanya menghabiskan pelajaran dengan KELAS PERTAMA. Tidak seperti Rafizi, walaupun mendapat PENDIDIKAN PERCUMA DI LUAR NEGARA (tajaan duit rakyat Malaysia), hanya menghabiskan pelajaran dengan kelas kedua rendah.

    ReplyDelete
  6. *Jika anda rasa pendidikan tinggi percuma lebih baik, anda dah lihat hasilnya. Lebih ramai mahasiswa akan menghabiskan pelajaran dengan keputusan cukup makan seperti Rafizi Ramli!

    ReplyDelete
  7. TALK ABOUT PTPTN?

    Para pelajar khususnya memang mengharapkan sistem pendidikan yang berbentuk percuma, kerana apa-apa kos pendidikan yang digunakan seperti yuran khususnya akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Namun, sejauh mana perkara ini boleh membantu para pelajar? Bagi sesiapa yang berfikiran ke hadapan, jika pendidikan di negara Malaysia juga mengamalkan sistem pendidikan percuma ia merupakan sesuatu yang akan mendatangkan keburukan pada masa akan datang. Seperti yang kita sedia maklum, majoriti pelajar di IPTA dan IPTS menyambung pengajian mereka dengan menggunakan bantuan wang pinjaman PTPTN ini.

    ReplyDelete
  8. Sekiranya pendidikan percuma diberikan kepada para pelajar, dengan erti kata lain ia merupakan jaminan untuk meringankan beban para pelajar tersebut. Namun, apabila difikirkan semula, ia adalah lebih membebankan para pelajar khususnya pelajar yang menyambung pengajian yang merupakan pelajar yang tergolong dalam golongan miskin atau sederhana. Hal ini menunjukkan, sekiranya diberi pendidikan percuma, ia hanya menampung kos yuran atau kos pendidikan di sesebuah institut pengajian. Ini bermakna kos sara hidup sama ada perbelanjaan harian iaitu makanan dan peralatan untuk belajar terutamanya, adalah ditanggung seratus peratus oleh pelajar tersebut bersama-sama dengan keluarga mereka. Hal ini nampak begitu mudah jika ia melibatkan pelajar daripada golongan berada, namun ia nyata merupakan bebanan kepada rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Kesan yang lebih dahsyat lagi yang kita akan nampak sekiranya sistem pendidikan di negara ini diberikan secara percuma, ia akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi Malaysia. Seperti yang kita tahu, negara ini merupakan negara membangun dan ekonomi Malaysia juga tidak dianggap begitu stabil lagi. Ini dapat dibuktikan dengan Dasar Ekonomi Baru Malaysia yang mana belum mampu untuk menghapuskan kadar kemiskinan rakyat. Sewajarnya, pihak yang berkenaan perlu menitikberatkan ekonomi rakyat terlebih dahulu dengan berpaksikan ekonomi negara. Walhal, ekonomi negara tidak begitu stabil, maka adakah relevan untuk memberikan pendidikan secara percuma? Adalah lebih baik sekiranya wang bayaran daripada peminjam PTPTN digunakan untuk sesuatu yang lebih menghasilkan faedah contohnya dengan memajukan kawasan pedalaman atau mengatasi masalah kemiskinan rakyat.

    ReplyDelete
  10. Selain itu, kesan lain yang dapat kita lihat daripada pemansuhan PTPTN adalah akan menutup ruang kepada generasi akan datang khususnya Bumiputera untuk melanjutkan pendidikan. Seperti mana yang diulas oleh Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohd Helmy Din berkata, “Pemansuhan PTPTN sebenarnya akan menutup ruang kepada generasi akan datang khususnya Orang Melayu untuk melanjutkan pendidikan,” pada 15 April 2012 di sebuah akhbar tempatan. Hal ini terjadi mungkin disebabkan beban tanggungan negara ke atas sistem pendidikan yang diberikan percuma sehingga menutup peluang untuk melahirkan ramai graduan Bumiputera khususnya untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi.

    ReplyDelete
  11. Banyak kebaikan yang kita dapat sekiranya PTPTN tidak dimansuhkan kerana ia merupakan inisiatif bagi membantu para pelajar melanjutkan pendidikan di universiti di samping meringankan beban mereka dalam menyara kehidupan di alam kampus tanpa mereka perlu mengalihkan fokus ke arah kerja sambilan semata-mata untuk mendapatkan wang saku untuk perbelanjaan mereka. Selain itu, sistem ujrah yang dijalankan juga merupakan langkah yang tepat untuk membantu peminjam dalam melunaskan hutang pinjaman mereka seiring dengan kehendak syariah. Kesimpulannya, sekiranya pemansuhan PTPTN dilakukan, ia bukanlah jalan terbaik dalam meringankan beban rakyat bahkan juga tidak meringankan beban negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan PKR di Selangor disama oleh ibu tunggal kerana tidak menepati janji meberi elaun. Ni pula mahu beri pendidikan percuma pada seluruh rakyat..

      Delete
  12. Rafizi pergi Hong Kong guna wang sendiri atau wang rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos Rafizi boleh kasi sponsor. Banyak duit Anwar

      Delete
    2. selagi pakatan memerintah 4 buah negeri, selagi itu Rafizi boleh ulang alik ke Hong Kong.. semuanya ditanggung oleh Khalid Ibrahim menggunakan dana awam..

      Delete
  13. satu kali bohong, entah berapa juta Rafizi ni dapat dari Anwar.. belajar tinggi2, kebodohan pun semakin tinggi.

    ReplyDelete
  14. banding dengan kenyataan Lajim dan Bumburing, pengakuan bersumpah Abdul Murad berkenaan dengan rm3 bilion Anwar lebih berfakta dan meyakinkan.. kenapa rafizi tidak korek?

    ReplyDelete
  15. memalukan Malaysia saja si Rafizi Lembu ni.. jauh dia terbang ke Hong Kong hanya membawa 3 bukti "olok2".. minta tempoh 3 minggu pula tu..

    ReplyDelete
  16. jika benar rafizi mempunyai bukti2 kukuh, kenapa tidak serahkan saja sekaligus kepada ICAC? nampak sangat Rafizi cuba menipu rakyat semata2 mahu dilihat sebagai hero..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.