Saturday, November 10, 2012

Dana Politik: Realitinya

APABILA Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan di Parlimen mengenai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong yang membersihkan Datuk Seri Musa Aman daripada dakwaan rasuah, saya pantas tersenyum sinis: sewajarnya pembangkang berada dalam keadaan serba salah ketika ini. 

Jika sebelum ini mereka rancak `menyerang' Musa atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, pengumuman itu nyata mengubah strategi mereka kepada `serangan melampaui prasangka'. 

Beberapa hari selepas pengumuman itu, pembangkang dengan mudah mengalih serangan daripada Musa kepada sumbangan politik bagi UMNO. Kali ini, antara kutukan kedengaran ialah menyifatkan sumbangan itu sebagai tidak munasabah, tidak boleh diterima dan Suruhajaya Siasatan Diraja (RCI) mesti dibentuk serta-merta. 

Sementara saya tinggalkan pembangkang dengan agenda mereka, mari kita kupas satu persatu kebenaran di bawah lapisan politik Malaysia. Rakyat Malaysia dibenarkan menyumbang wang kepada parti politik pilihannya, malah kepada sesiapapun yang dimahukan. Jika penyumbang enggan identitinya didedahkan, permintaan itu mesti dipenuhi selagi sumbangannya tidak menyalahi undang-undang. 
 
Bagaimanapun, dunia pembangkang berpusat kepada suasana ketidakadilan dan pilih kasih. Izinkan saya jelaskan. Apabila UMNO menerima sumbangan, identiti penyumbangnya mesti didedahkan segera. Bagaimanapun, pernahkah anda mendengar pembangkang mengumumkan sumber derma yang diterima sekata ini? Kita tahu mereka juga menerima sumbangan politik daripada pelbagai pihak. Anda lihat ironinya?

Sebagai contoh, kita ambil ibu pejabat baru DAP bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang. DAP membinanya dua tahun selepas memerintah Pulau Mutiara. Ibu pejabat DAP itu dilapor bernilai kira-kira RM3.5 juta. Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang, duit berkenaan adalah hasil sumbangan dan jutaan ringgit sudah dikumpul setakat ini.

Apabila saya tanya seorang pemimpin kanan DAP di laman Twitter mengenai pembiayaan bangunan itu, beliau menjelaskan ia dikumpul daripada penyokong setiap DAP. Agak menarik juga apabila individu memberi wang kepada DAP, ia dinamakan `sumbangan ikhlas' tetapi apabila sumbangan sama dilakukan terhadap UMNO, pembangkang pantas menuduh UMNO mengamalkan kronisme, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ironinya, ketika pembangkang menuduh Musa menjarah dan merampas kawasan kaya dengan balak di Sabah, ketegasan Ketua Menteri Sabah itu dalam melindungi balak dan hutan daripada diceroboh pihak tidak bertanggungjawab menjadikan Musa jaguh di kalangan kumpulan pencinta alam sekitar di seluruh dunia. Semua pertubuhan berkenaan terus-menerus memuji program dilaksanakan Musa dalam melindungi hutan. Kawasan hutan yang ditanam semua dengan pantas di bawah pentadbiran Musa, membolehkan kawasan yang dibalak kembali subur dengan hutan baru dalam tempoh 30 tahun. 

Malah, sepanjang menjadi Ketua Menteri, Musa mewartakan lebih banyak kawasan hutan yang kaya dengan balak dan meletakkannya di bawah perlindungan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan tiada Ketua Menteri termasuk dirinya sendiri, memberi kebenaran secara peribadi untuk membalak di kawasan dilindungi tanpa kebenaran DUN! 

Ketegasan sama ketara dilihat menerusi cara Musa menangani simpanan besar negeri merangkumi arang batu, silika, emas dan batu kapur yang berpotensi menghasilkan pendapatan berbilion ringgit jika dilombong.

Apabila ditanya mengapa beliau menghabiskan tenaga dan wang melaksanakan agenda pemuliharaan dan tidak memanfaatkan sumber berkenaan yang boleh meningkatkan pendapatan negeri, Musa menjawab: "Tak apalah, sekarang ini, Sabah dilimpahi dengan pendapatan hasil daripada minyak. Biarlah kita pelihara hutan dan sumber galian bagi masa depan anak cucu kita." 

Jika anda mempercayai segala dakwaan pembangkang di Parlimen, anda akan beranggapan sumber kewangan Sabah berada dalam genting - dikendalikan oleh pemimpin yang menyeleweng dan menyebabkan jutaan rakyatnya merempat manakala masyarakatnya kucar-kacir. 

Gambaran itu jelas jauh menyimpang daripada kebenaran. Hakikatnya ialah menerusi kepemimpinan Musa sebagai Ketua Menteri, pertumbuhan Sabah melonjak dengan ketara. Simpanan tunai negeri berada di kedudukan paling tinggi dalam sejarah, melepasi dua negeri paling maju di Malaysia (Selangor dan Pulau Pinang) dan berkembang dengan konsisten. Jika Ketua Menterinya mengamalkan rasuah seperti dakwaan pembangkang, sudah lama Sabah menjadi papa kedana. Ini kerana bukan sukar mengaut kekayaan negeri jika anda memiliki sikap sebagai `penyedut hampagas' seperti didakwa pembangkang. 
 
Selain daripada simpanan tetap, Sabah turut mencatat sejarah tersendiri apabila Musa membentangkan Bajet Negeri bagi 2012 berjumlah RM4 bilion. Ia adalah angka terbesar dalam aspek pendatangan dan peruntukan, sekali lagi mengatasi Bajet Selagor dan Pulau Pinang. Bagi menambah pencapaian cemerlangnya, Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Musa sebagai negeri yang memiliki asas dan pengurusan kewangan terbaik buat kali ke-12 berturut-turut. Dalam hal ini, sudah tentu pembangkang mengabaikan fakta berkenaan. 

Walaupun tiada undang-undang khusus melarang penyokong memberi sumbangan kepada parti politik, SPRM dengan jelas menegaskan kepada semua parti politik bahawa sumbangan tunai yang diterima sebagai derma mesti direkodkan, dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti dan disertakan dalam proses audit, termasuk oleh SPRM. Itulah yang dilakukan oleh UMNO Sabah. 

Sudah kerap saya dengar pembangkang memuji ICAC Hong Kong di Parlimen sebagai agensi membanteras rasuah terbaik di dunia. Malah, mereka turut mendesak SPRM mencontohi kaedah ICAC dalam menjalankan siasatan antirasuah. Malangnya, apabila ICAC sama membebaskan Musa, pembangkang dengan lantang menyifatkan keputusan itu sebagai `meragukan' dan `di luar kebiasaan'. Itu lancang namanya! 

Harus diakui semua parti politik termasuk pembangkang, menerima derma dan sumbangan daripada penyokong. Jika tidak, bagaimana mereka boleh melaksanakan pelbagai kegiatan parti di seluruh negara yang perlu dilakukan secara berterusan sepanjang 5 tahun selang pilihan raya? 

Mari kita bermain dengan angka. Andaikan PKR mempunyai cawangan di semua 222 kawasan Parlimen dan menghabiskan minimum RM10,000 bagi setiap cawangan untuk sewa pejabat, gaji kakitangan, utiliti, bekalan pejabat dan aktiviti. Ia bermakna pimpinan atasan PKR perlu membelanjakan RM2.22 juta sebulan atau RM26.6 juta setahun. Ia membawa kepada RM133.2 juta bagi 5 tahun untuk membiayai kos cawangannya di seluruh negara! 

Kalau pun PKR hanya mempunyai separuh daripada cawangan itu, jumlah yang diperlukan bagi urusan pentadbirannya ialah RM66.6 juta untuk tempoh 5 tahun! Angka besar ini tidak termasuk perbelanjaan PAS dan DAP bagi cawangan masing-masing. 

Oh, saya hampir terlupa. Apa yang kecohnya mengenai sumbangan RM40 juta itu? 
 

12 comments:

  1. Inilah kalau yang berlaku dengan cara pembangkang sekarang ini. Mereka menghalal apa sahaja yang salah dilakukan oleh mereka dan akan mengharamkan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hancurlah negara jika Pakatan ambil alih Puterajaya.. tambah berleluasa lah gejala rasuah di negara ini..

      Delete
  2. Kita memang hairan kenapa Pembangkang berperangai sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua tuduhan pembangkang terhadap kerajaan hari ini lebih dulu dilakukan oleh mereka sendiri.. tapi peliknya, tidak pula Tian Chua, Rafizi, Sam ketot atau Anwar mempersoalkan atau membawa kes2 rasuah Pakatan Rakyat ke SPRM atau balai polis..

      Delete
  3. PR pun menerima dana politi jg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat menerima dana politik dari kuasa asing, malah Pakatan juga menerima dana dari rakyat miskin dengan alasan untuk tabung parti.. tidak cukup itu, mereka rompak pula dana awam kerajaan negeri pimpinan mereka untuk membeli bas mewah, membiayai kos guaman pemimpin2 PR dan sebagainya..

      Delete
  4. nasihat kepada rakyat Malaysia, jika pemimpin2 Pakatan Rakyat masih menyediakan tabung tin milo setiap kali berkempen, jangan sekali2 memasukkan hasil titik peluh anda ke tabung berkenaan..

    fikir2kanlah bagaimana parti yang kononnya miskin mampu tersengih2 dalam jet mewah, membeli bas mewah, membeli dua buah treler yang telah diubah suai dan sebuah 4wd Chevrolet khas untuk jelajah kempen di sabah..

    ReplyDelete
  5. sehingga hari ini, Pakatan Rakyat masih gagal menjelaskan darimana datangnya sumber kemewahan mereka..

    ReplyDelete
  6. jika pemimpin2 Pakatan sendiri menyembunyikan penyumbang dana serta penyelewengan mereka, untuk apa mereka mendesak kerajaan mendedahkan itu ini sedangkan mereka sendiri jauh lebih teruk dari BN?

    ReplyDelete
  7. hanya dalam masa 4 tahun, pelbagai kemewahan yang ditunjukkan oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat.. bagaimana pula jika mereka memerintah negara??? tidak mustahil setiap pemimpin2 Pakatan akan memiliki falcon jet sendiri..

    ReplyDelete
  8. Rafizi hanya cakap besar saja

    ReplyDelete
  9. Pembangkang lebih gemar membuat publisiti

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.