GOD of the Gambler, Datuk Lajim Haji Ukin mungkin terpaksa berputih mata sekali lagi kerana terdengar desas desus Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong akan mengumumkan sendiri siapa Ketua 'Menteri' Pembangkang di DUN Sabah setelah terdapat pertelingkahan di kalangan PKR dan sekutunya APS dan PPPS.
Lajim yang kini berada di luar negara kecewa dengan berita berkenaan setelah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan beliau akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pembangkang di Sabah sekalipun 'Parti'nya PPPS yang menyewa lambang PKR hanya memenangi satu kerusi; setaraf dengan APS pimpinan Bumburing.
Dengan kedudukan PKR yang mempunyai kerusi terbanyak di Sabah iaitu tujuh kerusi (termasuk yang dipinjam Lajim dan Bumburing) dan diikuti rapat oleh DAP dengan empat kerusi; dan STAR hanya mendapat satu kerusi tunggal; maka kelebihan ada pada PKR untuk menamakan calon Ketua 'Menteri' Pembangkang.
Memandangkan STAR tidak menyertai Pakatan Rakyat, maka Ketuanya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya untuk tidak merebut jawatan tersebut.
"Kasi sama Lajimlah," kata Dr Jeffrey yang ingin menumpukan usaha membangunkan kembali Bingkor yang pernah diwakilinya ketika dalam PBS.
Jika DAP diberi peluang menamakan calon, sudah pasti calon paling senior ialah Hiew King Chiew; tetapi hubungannya dengan Jimmy Wong tidak begitu baik, maka kemungkinan besar ADUN Kepayan, Dr Edwin @ Jack Bosi yang akan dilantik; apatah lagi ADUN Likas, Junz Wong Hong Jun serta ADUN Sri Tanjung, Chan Foong Hin masih terlalu muda.
Dalam keadaan DAP merancang untuk menambah kerusi pada PRU-14 di Sabah, tidak mungkin mereka membenarkan ADUN Api-Api, Christina Liew Chin Jin memegang teraju arah sokongan masyarakat Cina di bansar menjadi Ketua Mentari Pembangkang. Begitu juga dengan ADUN Inanam, Dr Roland Chia Ming Shen yang sudah pasti akan mengubah haluan sokongan masyarakat Cina kepada PKR.
Sebelum ini Paparazzi meramalkan Jelani akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pembangkang, namun penentangannya terhadap perlantikan Lajim membuatkan Anwar terpaksa menerima cadangan Jimmy Wong bagi memastikan Pakatan Rakyat bertambah kukuh di DUN Sabah.
Untuk Rekod, PKR diwakili Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan (MATUNGGONG); Ukoh @ Jeremmy Bin Malajad @ Malazad (KADAMAIAN); Roland Chia Ming Shen (INANAM); Christina Liew Chin Jin (API-API); Terrence Siambun (MOYOG); Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred (TAMPARULI-APS) dan Lajim Bin Hj Ukin (KLIAS-PPPS).
Manakala DAP pula diwakili oleh Junz Wong Hong Jun (LIKAS); Hiew King Cheu (LUYANG); Dr Edwin @ Jack Bosi (KAPAYAN) dan CHAN FOONG HIN (SRI TANJONG)
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.