Friday, April 5, 2013

LDP mahu Mykad di Sabah diproses semula

SANDAKAN : Presiden Liberal Democratic Party (LDP) Datuk Liew Vui Keong menyambut baik saranan Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dumpok yang mencadangkan agar semua pemegang Mykad di Sabah yang diragui ditarik balik kemudian diproses semula dan berikan kepada yang benar-benar layak sahaja. 

Katanya cadangan Dumpok itu memang baik sekiranya pemegang kad pengenalan biru 'IC Projek' meragukan wajar ditarik balik dan buat semula dengan mengikut tatacara dan prosedur yang betul. 

Apapun kata V.K Liew, untuk menarik balik kad kad pengenalan tersebut harus mengambil kira beberapa sudut dan perlu diperhalusi dan bukan mudah untuk menyelesaikan masalah pemegang kad pengenalan yang kini sudah berjumlah 1.3 juta di negeri ini. 

Datuk V.K Liew berkata demikian dalam satu temubual eksklusif dengan Sabahkini.Net sejurus selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Undian Projek PIA-PIAS Daerah Sandakan kelmarin. 

"Saya amat setuju dan menyokong cadangan mahupun saranan Dompok mengenai masalah Kad Pengenaan tersebut yang kini telah menjadi isu besar; tetapi untuk melaksanakan perlu mendapat sokongan padu daripada semua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak melanggar tatatusila dalam perkongsian kuasa dalam pentadbiran kerajaan BN,” ujarnya. - Sabahkini

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.