Friday, September 14, 2012

Sumazau hanya tarian tradisional

Sebagai warga Sabah, BB rasa terpanggil untuk memperbetulkan persepsi masyarakat Malaysia berkenaan dengan status tarian Sumazau yang kini digunakan oleh pihak-pihak pro Pakatan dalam usaha mereka meluaskan empayar jajahan mereka.

Dakwaan Suara Pakatan Rakyat bahawa kononnya tarian Sumazau berunsur pemujaan adalah sangat tidak tepat, kerana Sumazau hanya sebuah tarian tradisional masyarakat KadazanDusun, dan tidak ada kena-mengena langsung dengan unsur keagamaan. Terdapat 21 jenis agama di dunia dan tidak ada satupun agama ini menyenaraikan tarian Sumazau sebagai sebahagian daripada amalan agama itu. Malah, penari juga tidak perlu membaca mantera sebelum mempersembahkan tarian ini.

 
Untuk pengetahuan SPR, tarian Sumazau sudah sekian lama dipersembahkan di kebanyakan majlis keramaian seperti perkahwinan, keraian menyambut ketibaan orang kenamaan, di mana ia turut ditarikan semua hadirin tanpa mengira suku kaum, agama dan peringkat umur bagi memeriahkan sesuatu majlis. Jesteru, memandangkan tarian ini sudah lama dipraktikkan di negeri ini, kenapa penulis blog SPR tidak bangkitkan saja isu ini sejak dulu? kenapa perlu tunggu Datuk Seri Najib menari tarian ini? bukankah ini menunjukkan bahawa SPR dengan bermotifkan politik, cuba mencemarkan imej Datuk Seri Najib tetapi dalam masa yang sama cuba memangsakan kebudayaan masyarakat KDM di Sabah?.

Berlainan pula dipihak Pakatan Rakyat dimana pemimpin serta penyokong-penyokongnya sibuk menafikan bahawa blog ini bukan milik mereka dan bukan dipihak mereka, sebaliknya mereka menuduh bahawa blog ini milik umno yang kononnya menggunakan nama Pakatan. Jika benarlah tuduhan mereka ini bahawa blog SPR dikendalikan oleh pihak pro umno atau kerajaan, bagaimana boleh wujud pautan(link) dengan blog PR yang lain seperti Keadilan Daily, Suara Keadilan, Roket kini dan sebagainya?? malah blog ini telah beroperasi setahun, tetapi tidak ada pula pemimpin-pemimpin Pakatan menafikan bahawa blog ini bukan milik mereka.

Walaupun penulis SPR telah memohon maaf dan menarik semula artikel penghinaan tersebut, kerajaan melalui pihak polis perlu juga menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas sekiranya perlu.

Syabas kepada Gerakan, KDCA, PBS, UPKO dan UMNO Sabah kerana tegas memperjuangkan serta mempertahankan maruah, keharmonian dan kebudayaan rakyat di negeri ini.

By: Borneo Bullet

15 comments:

  1. Memang tidak patut isu tarian sumazau ni dipersendakan dan secara langsung ia menghina masyarakat KDM Sabah. pihak yang terlibat patut dikenakan tindakan. kalau cara politik seperti ni berleluasa, negara kita tidak akan kekal aman. harus faham bahawa di negara ni bukan hanya terdapat satu atau dua saja kaum yang hidup berkomuniti. sekali perpaduan goyah pasti sukar untuk kembali kepada keadaan yang asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat.. oleh itu, marilah kita tolak politik perkauman seperti SPR.. sudah terbukti bahawa Pakatan Rakyat gemar menggunakan politik perkauman untuk memburuk2kan parti lawan..

      Delete
  2. tindakan undang2 juga patut dikenakan ke atas penulis artikel tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya setuju jika penulis artikel tersebut dikenakan tindakan undang-undang.

      Delete
  3. setiap kebudayaan mempunyai identitinya tersendiri, penuh dengan tradisi dan sejarah, dan tarian Sumazau juga tidak terkecuali mempunyai makna tersendiri.

    ReplyDelete
  4. each individual should respect other's cultures

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, setiap kita harus menghormati kebudayaan orang lain.

      Delete
  5. so that racial harmony and peace can be preserved all the time

    ReplyDelete
  6. tambahan pula, adat ini telah lama diamalkan oleh masyarakat tempatan sehingga kini

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari dulu orang menarikan tarian sumazau, tapi tiada isu pun, tiba2 pula sekarang ada pihak yang pandai2 tulis fakta yang salah.

      Delete
  7. tarian sumazau adalah untuk semua majlis dan semua orang

    ReplyDelete
  8. mereka yang menghina budaya sesuatu masyrakat harus meminta maaf secara terbuka.

    ReplyDelete
  9. orang yang menghina budaya orang lain harus dikenakan tindakan agar pekara seperti ini tidak berlaku lagi.

    ReplyDelete
  10. agaknya Pakatan lupa bahawa kaum di sabah juga adalah pengundi.. disebabkan terlalu gairah menyerang parti lawan, mereka terlupa bahawa mereka telah menghina kaum majoriti di sabah..

    ReplyDelete
  11. bagi melegakan perasaan rakyat sabah, permohonan maaf tidak akan mencukupi.. sebaliknya tindakan tegas perlu juga dikenakan sebagai pengajaran kepada pihak lain agar tidak sewenang2nya melakukan provokasi kaum..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.