Sekumpulan 80 orang peserta yang menamatkan perjalanan terakhir dalam perarakan jalan kaki 'Tidak Berdiam Diri' disambut meriah oleh ratusan individu dalam satu acara simbolik di Pagansakan, Penampang petang ini (24/02/2013). Seorang aktivis yang menganjurkan acara tersebut Andrew Ambrose berkata peserta berkenaan menyerahkan skrol mengandungi kenyataan yang antara lainnya menggariskan mengenai pilihan raya bersih dan adil. Tuntutan berkenaan juga menyenaraikan komitmen untuk meningkatkan urus tadbir baik kerajaan, penjagaan alam sekitar, pemeliharaan hak Orang Asal, serta tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. - Malaysiakini
Apa lagi yang si Atama (Andrew Ambrose) tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di negara ini? Dia bertanding ka? Atas tiket parti mana? Kadang-kadang, Bullet rasa meluat dan menyampah bila tengok aktivis seperti Atama yang suka menghuru-harakan negeri Sabah sedangkan masih banyak saluran yang boleh beliau gunakan untuk membuat tuntutan. Kalau setakat mahu dapat publisiti murahan, baik tidak payah la bro..
Kalau pilihanraya tidak bebas dan adil, berpeluangkah Atama melihat empat buah negeri ditadbir oleh pembangkang? Lagipun pilihanraya kali ini telahpun melalui banyak proses pembaharuan termasuklah penggunaan dakwat kekal. Dari segi kebebasan media pula, bukankah Kabinet telah putuskan bahawa parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)? Bagaimana dengan media pembangkang? Adakah sumber media pembangkang seperti suratkhabar Harakah, website PKR dan DAP, Akhbar roket turut memuatkan manisfesto BN?
Mengenai urus tadbir kerajaan, adakah bagi Atama masih tidak cukup baik apabila Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan? Tidak cukup baik kah apabila negeri Sabah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) selama 12 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila RAM Rating Services Berhad memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila Moody International pada tahun 2012 telah memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut? Tidak cukup baik kah apabila akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan negeri Sabah adalah yang kedua tinggi di Malaysia dengan RM2.66 bilion? Tidak cukup baik kah apabila statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sabah menduduki tempat kedua dengan RM4.4 bilion jauh mengatasi Selangor dan Pulau Pinang? Dan yang terkini, masih tidak cukup baik kah apabila kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, yang juga merupakan penurunan TERTINGGI kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara?
Dari segi penjagaan alam sekitar, baik Atama bandingkan keadaan hutan di Sabah yang sebelum ini berjaya menarik minat rombongan Diraja Britain, William dan Kate, dengan hutan di negeri-negeri Pakatan Rakyat terutamanya di Kelantan dan Kedah. Apa sudah jadi dengan hutan di negeri-negeri itu? Kenapa pengerusi himpunan Hijau, Wong Teck tidak anjurkan saja perhimpunan di negeri Kedah yang mana Menteri Besarnya semakin terdesak menjana pendapatan negeri melalui pemusnahan alam sekitar? Rakyat di negeri-negeri jajahan Pakatan juga sangat memerlukan pembelaan dari aktivis seperti Atama dan Wong Teck.. Kenapa perlu bersikap double standard?
Sebelum ini Atama ada membidas Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun mengenai pendapatan industri pelancongan Sabah bagi tahun 2012. Kononnya, bagi Atama peningkatan 1.1 peratus itu tidak memuaskan. Namun, adakah apa yang dilakukan oleh Atama melalui penganjuran perarakan jalan kaki 'Tidak Berdiam Diri' ini selari dengan hasrat murni beliau yang kononnya mahu melihat industri pelancongan Sabah berkembang maju? Inilah yang Bullet maksudkan bahawa Atama lebih sinonim dengan DEMONSTRASI JALANAN berbanding dengan mengetahui program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan negeri Sabah (Baca DISINI).
Akhir kata dari Bullet, perarakan yang bertemakan "Tidak Berdiam Diri" ini sangat tepat menggambarkan sifat semulajadi Atama sebagai seorang perusuh, pemberontak dan pencetus huru-hara ketika masih ada alternatif lain yang boleh dijadikan platform oleh Atama untuk menyuarakan tuntutan beliau. Walaupun perarakan itu berjalan dengan lancar dan aman, namun tindakan itu boleh diibaratkan sebagai langkah pertama kepada pengwujudan situasi "Arab Spring" di negeri ini.
Atama minta puji ja.
ReplyDeleteBulet memberi contoh 4 negeri pembangkang di Semenanjung padahal Sabah adalah negeri paling banyak pengundi hantu, warga tiruan dan penipuan pilihanraya yang jelas melanggar undang2 antarabangsa. Kini impak RCI sudah buktikan pegawai kerajaan terlibat dan buat sindiket jual IC dan mencemar negara kita. Dalam berita wilayah, saya belum melihat pembangkang diberi ruang. Ini adalah perlangarran hak asas untukbebebasanbersuara. Yang ada hanya berita lapuk tentang pembangunan yang lapuk. Sabah ada 'Clean Bill' tapi jalanraya kampung buruk, barang mahal, kos sara hidup meningkat, harga petrol meningkat padahal negeri pengeluar minyak. Ini adalah kerana salah guna kuasa oleh kerajaan. Kemiskinan tegar dan rampasan tanah adat berlaku keatas golongan yang tidak ada perlindungan hak asasi di ambil kesempatan oleh pegawai2 kerajaan yang kaki rasuah. Mengenai alam sekitar, 14 gajah pygmy yang mati diracun oleh mafia kelapasawit membuktikan kerajaan tidak mampu menjaga haiwan yang semakin pupus. Data mengenai kenaikan industri pelancongan yang meningkat adalah tipu. Data tipu kerna 60% dari rekod data imigresen adalah warga pemegang working visa, pemastautin indon dan filipina. Pelancongan sabah sudah kantoi hasil dari informasi blogger vidal yudin weil membidas statistik penerbangan versa laporan persatuan matta. Memberi keterangan palsu tidak akan menaikkan industri pelancongan kerana pemain industri banyak sudah tutup kedai hasil dari pentadbiran dan penyelengaraan yang buruk. Apa Atama buat itu adalah hak dia sendiri - apa yang dia buat saya sokong. Dia berani bercakap benar dan bercakap benar itulah yang kita perlukan semasa di dalam pemerintahan yang berasakan penipuan, salah guna kuasa, kekerasan dan oppresi serta kerajaan yang korup dan tidak sedar diri. Jadi marilah kita bangkit dan jangan berdiam lagi!!
ReplyDelete