KOTA KINABALU: Satu kumpulan dianggotai 50 orang yang mahu dikenali sebagai ‘The Silent Walk’ telah melakukan perarakan sejauh 5 kilometer dari bangunan pusat beli belah Suria Sabah sebagai simbolik protes kepada sistem kelangsungan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Kumpulan terbabit dipercayai melakukan perarakan menuju ke bangunan Umno Negeri Sabah yang terletak di Karamunsing di sini kira-kira jam 6 petang kelmarin. Perarakan itu sedikit terganggu apabila berlaku kekecohan di bawah perkarangan pejabat Umno Kota Kinabalu, berhampiran Kinabalu Emporium di sini namun berjaya dileraikan anggota polis yang berada di tempat kejadian.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu keadaan adalah terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini. Beliau turut menasihatkan kumpulan terbabit untuk tidak berbuat demikian di masa hadapan tanpa sebarang kebenaran daripada pihak berkuasa berikutan ianya adalah salah di sisi undang-undang.
“Tiada tangkapan dilakukan kerana mereka (kumpulan kecil) ini hanya bertindak melakukan perarakan. “Namun begitu, saya ingin menasihatkan mereka sekali lagi agar terus mematuhi undang-undang dan tidak sesuka hati membuat perarakan tanpa meminta kebenaran atau permit daripada pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan,” katanya.
Semua 50 orang dalam gambar di atas ada turun mengundi ka? Adakah mereka tahu bagaimana proses pengundian yang dilaksanakan SPR? Adakah mereka tahu apa pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan SPR? Adakah mereka tahu beberapa nama besar atau calon berstatus menteri dalam BN, kalah pada PRU13 kali ini?
Seperkara lagi yang perlu dipersoalkan, adakah semua pendemo dalam gambar di atas adalah Sabahan? Tidak nampak pun wajah KDM????... Atau mereka hanya sebahagian dari "tentera" Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang ditugaskan untuk menimbulkan keadaan huru-hara semasa dan selepas pilihanraya?
Tomahan pembangkang mengenai wujudnya penipuan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 adalah tidak berasas dan bersifat politik kerana SPR telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi membuktikan ketelusan dalam proses pemilihan. Satu bukti yang kukuh selain dari penggunaan dakwat kekal adalah dengan kehadiran pemerhati antarabangsa, bukankah itu menunjukkan ketelusan SPR? Apa lagi yang perlu dipersoalkan?
Kawasan yang pembangkang menang seperti Parlimen Penampang, tidak pula dijadikan isu, sebaliknya kawasan yang mereka kalah, dituduhnya berlaku penipuan.
Tan Sri Bernard Dompok dengan rasa rendah diri sanggup menerima kekalahan beliau walaupun pada mulanya beliau yakin Penampang mampu dipertahankan selepas melihat kepada respon rakyat dan tranformasi pembangunan daerah itu.
Sepatutnya perhimpunan untuk membantah keputusan Pilihanraya lebih layak dianjurkan di Penampang memandangkan kemenangan calon PKR, Darell Leiking sangat tidak bersesuaian dengan kredibiliti beliau sebagai pemimpin masyarakat. Beliau bukan sahaja tidak lantang dalam membangkitkan masalah-masalah rakyat, malah pernah terbang ke Manila sebelum insiden pencerobohan berlaku.
Rakyat tulen Sabahan mengamalkan proses demokrasi secara bertanggungjawab untuk melakukan perubahan melalui undi dan tidak secara demonstrasi atau perhimpunan haram. Justeru, keputusan yang dibuat oleh pengundi di negeri ini haruslah dihormati lebih-lebih lagi apabila ianya adalah saluran yang betul, tepat dan sah dalam proses demokrasi negara.
**MEMANDANGKAN MEREKA BERANI MENIMBULKAN SUASANA TEGANG, DAN BERANI BERHADAPAN DENGAN KEKECOHAN, APA KATA JIKA KESEMUA 50 PESERTA PERHIMPUNAN INI DIHANTAR KE KAMPUNG TANDUO ATAU KE SULU UNTUK BERHADAPAN DENGAN TENTERA-TENTERA TIDAK BERTAMADUN MILIK NUR MISUARI?
dorang ni buang masa saja berarak mcm tu..
ReplyDeleteDiaorang pun ada hak juga sebagai rakyat malaysia. Jika pihak yg ditujukan oleh pihak yg memprotes ini MATANG dan dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik...pasti kematangannya itu akan memberikan KREDIT kepadanya. Bukannya membenci ataupun tidak mempedulikan atau..tidak bijak menyelesaikan perkara-perkara seperti ini. Jgn pula nanti dikatakan sbg rejim zionis.
ReplyDelete