Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 pada Sabtu lalu yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’. Ianya disambut baik oleh semua golongan dan lapisan masyarakat sekaligus menidakkan manifesto pembangkang yang semakin menjadi bahan jenaka selepas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menyifatkan manifesto pilihanraya mereka adalah "BUKAN JANJI".
Berlainan dengan kerajaan Barisan Nasional, setiap janji manifesto yang dibentangkan pasti bertepatan atau selari dengan slogan yang dilaungkan. Tidak pernah terlintas difikiran pemimpin-pemimpin kerajaan BN untuk mendifinisikan manifesto itu sebagai BUKAN JANJI. Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien. 1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju, 2004 - Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 – Selamat, Aman dan Makmur. Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia. Malah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman turut mengakui bahawa manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) yang dibentang Perdana Menteri sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kali ini sebagai hebat dan terbaik kepada seluruh lapisan rakyat.
Manifesto BN kali ini bukan sahaja berpijak di bumi nyata atau realistik menurut Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik. Inti pati manifesto tersebut merupakan usaha dan janji kepada rakyat di mana ia akan dijalankan sebagai tanda terima kasih daripada parti Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.
Jom layan apa kata pemimpin Sabah mengenai manifesto BN yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak:
Manifesto BN hebat dan terbaik kepada rakyat jelata: Musa Aman
TAWAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman menyifatkan manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) yang dibentang Perdana Menteri sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kali ini sebagai hebat dan terbaik kepada seluruh lapisan rakyat.
Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, seluruh lapisan rakyat tidak kira berada di bandar atau di luar bandar, orang muda atau lama mahupun golongan wanita semuanya mendapat manfaat daripada akujanji itu.
“Satu manifesto yang tepat, lengkap kepada kita semua. Saya percaya ini yang dikehendaki rakyat yang mana mengambil kira semua lapisan dan semua sektor dan rakyat menyambut baik manifesto ini,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Roadshow Yayasan Sabah (YS) Bersama Rakyat-Program Transformasi Kumpulan YS peringkat Zon Pantai Timur Selatan di Dewan Masyarakat di sini.
Katanya, melalui akujanji itu rakyat akan lebih bersemangat dan kukuh serta kuat menyokong BN bagi meneruskan perjuangan kerana BN sentiasa menepati janji yang dilakukan.
“Saya minta kepada rakyat untuk menyokong BN, pemimpin dan parti-parti komponen BN bagi meneruskan perjuangan kita kerana rakyat tetap terbela dalam kerajaan BN dan hidup dalam keadaan aman dan damai,’’ katanya. - New Sabah Times
Manifesto BN berlandaskan bumi nyata: Abdul Rahman
KOTA BELUD: Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan manifesto BN yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu adalah sebuah manifesto yang berlandaskan pada bumi yang nyata.
Katanya, inti pati manifesto tersebut merupakan usaha dan janji kepada rakyat di mana ia akan dijalankan sebagai tanda terima kasih daripada parti Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.
“Manifesto berkenaan ada menyebut mengenai peluang pekerjaan untuk golongan muda pada masa kini selain pertambahan nilai pada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan penurunan harga kenderaan nasional.”
“Seiring dengan itu, sebagai salah satu usaha untuk melaksanakannya saya akan memohon pembinaan sebuah Pusat Sokongan Minyak dan Gas di Kota Belud yang akan membuka peluang pekerjaan sebanyak 1200 bagi membantu golongan muda di sini untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya semasa merasmikan Majlis Perasmian Karnival Mini Koperasi Peringkat Parlimen Kota Belud, di sini, kelmarin (hari ini). - New Sabah Times
Manifesto BN bertepatan aspirasi rakyat: Liew Vui Keong
SANDAKAN: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada malam Sabtu lepas sesungguhnya amat bertepatan dengan aspirasi rakyat.
Ini katanya, keperluan dan kebajikan rakyat akan dapat ditunaikan kerana Mohd Najib adalah merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap apa jua keperluan tanpa mengira latar belakang.
Menurutnya, manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bertemakan ‘1Malaysia, Janji Ditepati Membawa Harapan’ itu juga dilihat begitu signifikan dalam terus membantu golongan sasar.
“Selain itu, ia juga dilihat akan meningkatkan lagi pelbagai prasarana dan kemudahan untuk rakyat,” jelasnya semasa berucap pada Program Perjumpaan Bersama Wargatua Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat, Parlimen Sandakan di Balairaya Rumah Murah Sim-Sim, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Sandakan, Datuk Awang Sham Haji Amit dan Ketua Kampung, Kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim, Haji Kahar Arbain.
Liew berkata, antara manifesto itu penambahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan. - New Sabah Times
mmg terbaik
ReplyDeletePRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDeleteManifesto Barisan Nasional (BN) mencakupi 17 aku janji kepada rakyat adalah kesinambungan kepada proses transformasi negara yang sudah dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang empat tahun mentadbir negara. Malah, ia disifatkan sebagai manifesto yang komprehensif dengan memberi keutamaan kepada peningkatan kualiti hidup rakyat untuk semua peringkat tanpa mengira kaum, termasuk memberi perhatian kepada penduduk luar bandar seperti di Sarawak dan Sabah.
PRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDeleteLangkah mengurangkan harga kereta secara berperingkat dilihat sebagai munasabah, dan bukan secara drastik seperti dicadangkan pembangkang yang boleh menjejaskan struktur ekonomi negara. Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor, berkata janji dalam manifesto BN itu sebenarnya adalah usaha berterusan yang sentiasa dilakukan sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara.
PRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDeleteBeliau berkata, usaha mengurangkan harga kereta adalah sebahagian langkah menyemak semula Dasar Automotif Nasional (DAN) dalam usaha mengurangkan beban membayar hutang pembelian kereta yang dianggap antara beban kewangan utama yang ditanggung rakyat. “Kedua-dua pihak menjanjikan penurunan harga kereta iaitu suatu usaha yang baik untuk rakyat. Namun, persoalan paling penting ialah sama ada janji itu dapat ditunaikan serta kesannya secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
PRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDeleteAntara aku janji dalam Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat bagi tempoh lima tahun akan datang. Pakatan pembangkang dalam manifestonya turut menjanjikan perkara sama, tetapi ‘janji’ mereka lebih manis, menurunkan harga kereta sehingga serendah RM25,000 selain menghapuskan cukai eksais kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
PRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDeleteKomitmen BN dilihat lebih munasabah berbanding janji pakatan pembangkang yang belum menjelaskan secara khusus bagaimana mahu melaksanakan prosedur penurunan harga kereta yang dijanjikan.
PRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDeleteTimbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata apa yang ditawarkan dalam manifesto itu adalah berdasarkan kepada kemampuan BN dalam mentadbir urus negara. “Ia ditambah baik untuk kepentingan rakyat. Misalnya penurunan harga kereta, ia dilakukan secara berperingkat dan bukannya secara drastik seperti ditawarkan pakatan pembangkang. BN mengambil kira pelbagai aspek, sebelum membuat sebarang keputusan, bukannya tawaran bersifat populis,” katanya.
PRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDeleteMalah katanya, dakwaan bahawa manifesto BN diciplak daripada manifesto pakatan pembangkang adalah tidak berasas kerana apa yang ditawarkan parti itu bersifat realistik dan mampu ditunaikan berdasarkan pengalaman tadbir urus negara.
PRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDeleteBagi Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, tidak timbul soal menciplak idea sesiapa seperti dibangkitkan pakatan pembangkang kerana setiap parti politik akan saling mempengaruhi bagi memenangi undi rakyat. “Bagi saya tidak timbul soal ciplak, parti mana-mana pun pada masa ini akan saling mempengaruhi sokongan rakyat. Cuma bezanya, manifesto BN ini adalah aku janji yang boleh ditunaikan dan berpaksikan kepada realiti negara.
PRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDelete“Misalnya, pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dinaikkan secara berperingkat sehingga mencecah RM1,200, mampu dilaksanakan kerana hasil pendapatan negara kita sentiasa meningkat setiap tahun. Berbeza dengan pihak pembangkang apabila menguasai beberapa negeri, apa yang dijanjikan kepada rakyat sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan dan sekarang mereka mengadakan manifesto baru pula,” katanya.
PRESTASI CEMERLANG NAJIB MEYAKINKAN LAGI RAKYAT BAHAWA MANIFESTO BN LEBIH MUNASABAH BERBANDING DENGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
ReplyDeletePakar Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin, berkata langkah untuk memperkenalkan kementerian baru dapat memberi tumpuan penuh kepada masalah yang sedang berlaku dalam bandar. “Sebelum ini, setiap masalah yang berlaku diaju dan diselesaikan oleh Datuk Bandar tanpa di koordinasi oleh Pusat. Apabila satu kementerian baru wujud dan fokusnya kepada bandar, maka segala masalah yang berlaku dalam setiap bandar di negara ini akan dikumpul dan diselesaikan secara selaras dan seragam.” katanya.