KOTA BELUD: Calon Barisan Nasional DUN Kadamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan menyifatkan tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud Saidil Simoi keluar daripada parti itu dan menyertai BN petanda jelas bahawa pembangkang ‘tetap ranap’ pada 5 Mei ini.
Katanya, tindakan mantan ketua cabang PKR Kota Belud itu bersama beberapa ahli majlis pemimpin tertinggi PKR Sabah diterjemahkan bahawa mereka adalah bijak berpolitik tahu siapa pemimpin negara yang layak menjadi Perdana Menteri dan mana parti yang boleh menang pada PRU13.
“Tindakan mereka itu patut diikuti oleh pembangkang lain di negeri ini khususnya di DUN Kadamaian dan amnya di Kota Belud supaya penyokong tegar pembangkang itu tidak akan menyesal di kemudian hari.
“Sesal dahulu pendapatan seperti yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR itu, tetapi sesal kemudian sesudah BN bentuk kerajaan baharu, kemudian anda baru cuba ketuk pintu ‘kapal Noh’ (BN) yang sedang belayar menuju kegemilangannya anda akan hampa untuk selama- lamanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersama calon BN Parlimen Kota Belud, berkempen di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tugusan dan Kampung Koung, dekat sini, pada Jumaat.
Herbert yang juga Pembantu Menteri Pembangunan dan Hal Ehwal Pengguna berkata, masyarakat Kadamaian berhak melakukan penyelidikan secara terbuka dan bebas keatas usaha saya dan, peruntukan Parlimen Datuk Rahman Dahlan yang disalurkan kepada Kadamaian selama lima tahun lalu yang semuanya dinafikan oleh pembangkang
Herbert menjelaskan, Kadamaian mempunyai 84 buah perkampungan juga mempunyai bentuk bumi yang luas berbanding DUN lain, sehingga peruntukan Parlimen berjumlah lebih daripada RM1 bilion itu tidak kelihatan kerana diagih-agihkan kepada tiga kawasan DUN.
Sementara itu, calon BN Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan, menyatakan terima kasihnya kepada masyarkat Kota Belud yang telah menyokongnya sebagai Anggota Parlimen sehingga membolehkan beliau membawa peruntukan kerajaan Persekutuan lebih daripada RM1 bilion hanya dalam tempoh lima tahun, tidak termasuk peruntukan secara kecil-kecilan.
Katanya, projek mega seperti Jelapang Padi, Agropolitan, pembinaan beberapa loji air dan paip, infrasturktur dan prasarana seperti beberapa bangunan sekolah kebangsaan dan menengah di daerah ini adalah sebahagian daripada agihan peruntukan tersebut.
Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah menyifatkan Manifesto Barisan Nasional PRU13 dengan berinti patikan 17 Aku Janji yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menjanjikan masa hadapan rakyat Sabah yang lebih terjamin bagi tempoh lima tahun akan datang lagi.
Sebagai contoh, katanya, sejauh 2,500km jalan raya berturap akan dibina di Sabah dan yakin pembinaan infrastruktur di Kota Belud juga termasuk dalam senarai khususnya di kawasan Kadamaian.
“Manifesto BN itu, sebagai satu perjanjian antara BN dengan rakyat Sabah yang akan membawa lebih banyak kebahagian, nikmat pembangunan dan kemajuan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya Barisan Nasional diberi mandat menarajui kerajaan pada 5 Mei ini,” katanya.
Dalam pada itu, Rahman kagum dengan kepimpinan Presiden PBS yang juga Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bersama Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang telah menyatukan pemimpin agung KDM menerusi Gelombang Tataba.
“Sebagai rakyat Malaysia yang mengutamakan perpaduan, KDM perlu dipuji kerana telah menjadi satu contoh kepada etnik lain di Malaysia, telah bersatu dalam Gelombang Tataba.
“Ini bermakna masyarkat KDM terfikir mereka tidak perlu menunggu bangsa lain untuk menyatukan bangsa mereka kerana apabila etnik itu berpecah dalam Barisan Nasional maknanya “Tataba” yang dibentuk khusus masyarkat itu akan diberalih kepada bangsa lain,” jelasnya.
KB adalah kubu kaut Bn dan BN pasti akan terus kekal menguasai KB
ReplyDeleteSYUKUR SAIDIL KELUAR DAN MASUK UMNO SEMULA.. ADA PENYOKONG PR KATA BAGUS..RASA MAHU TERBERAK DIA KATA
ReplyDelete