Saturday, December 29, 2012

Parti tidak pernah berdiam diri jawab pembohongan pembangkang

Datuk Abdul Rahman Dahlan
SANDAKAN: Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata parti tidak pernah berdiam diri dalam menjawab segala pembohongan pembangkang malahan sentiasa turun padang untuk memberi penjelasan yang lebih konkrit terhadap setiap isu cuba mereka putarbelitkan.

Menurut beliau, usaha ini bagi memastikan rakyat terutamanya di peringkat akar umbi tidak tertipu memandangkan dakyah dan tohmahan yang dilemparkan adalah tidak berasas sama sekali.

Ini katanya, pembangkang masuk kawasan untuk berkempen dengan mengutarakan sesuatu isu yang berbeza-beza dan lebih malang lagi mereka memutar belitkan fakta seolah-olah kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

“Banyak contoh yang kita boleh buktikan di mana pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan melempar pelbagai tuduhan tanpa usul periksa. Seperti isu 20 Perkara dan isu Borneosasi yang dibangkitkan pembangkang.

“Kita kena jawab balik kerana kalau tidak takut nanti rakyat keliru. Pembangkang ini tahu cakap saja … oleh sebab itulah, kita dalam Umno bersama-sama dengan rakan komponen BN yang lain sentiasa turun padang bagi memberi penjelasan tepat supaya rakyat tidak terpengaruh.

“Apa yang kita bimbangkan ialah masa depan rakyat di negara ini amnya Sabah apabila tertipu dengan segala pembohongan pembangkang itu,” jelasnya sewaktu berucap pada Majlis Ceramah Isu Semasa Fakta Benar anjuran Umno Bahagian Sandakan di Kelab Rekreasi Indah Jaya, Batu 4, Jalan Utara, di sini, malam Rabu.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Au Kam Wah; Ketua Parti Liberal Demokratik (LDP) Karamunting, Lim Kai Ming; Ketua Wanita Gerakan Sabah, Lili Au; Setiausaha Umno Sandakan, Haji Hamdan Dikong; Ketua Penerangan, Abdul Hamid Sabal dan Ketua Puteri, Siti Haiba Majid.

Sehubungan dengan itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud meminta rakan-rakan komponen BN di seluruh negeri ini mempergiatkan usaha memperkukuhkan jentera parti bagi memastikan kekuatan khususnya peringkat akar umbi tidak mudah digugat.

Tambahnya, pembangkang akan menggunakan bermacam bentuk cara untuk menggugat termasuk dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas semata-mata demi mempengaruhi rakyat.

Katanya, rakyat tidak perlu terpengaruh dengan apa jua tuduhan pembangkang kerana sudah terbukti ia hanya gimik politik kerana dilakukan tanpa usul periksa sedangkan BN terus bekerja keras membela nasib rakyat.

“Kita akan perbetulkan segala pembohongan pembangkang ini melalui usaha yang dilaksanakan jentera Penerangan di mana pendekatan itu digerakkan bersama rakan-rakan komponen BN dalam usaha menangkis dakwaan pembangkang.

“Majlis ceramah pada malam ini amat penting yang membolehkan pimpinan BN dapat memberi penjelasan kepada setiap pemimpin BN khususnya di peringkat akar umbi berhubung sikap pembangkang yang suka mengadu domba … padahal kerajaan hari ini benar-benar melaksanakan tanggungjawab bukan seperti diperkatakan.

“Sebenarnya, pembangkang silap. Jangan beranggapan bahawa mereka mampu mempengaruhi rakyat … rakyat kini sudah matang dan tidak semudah untuk diperkotak-katikkan. Saya yakin usaha-usaha ini mampu memperkukuhkan lagi kekuatan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti,” kata beliau.

36 comments:

  1. segala pembohongan pembangkang harus ditepis.

    ReplyDelete
  2. I think they are simply making big fuss about it.

    ReplyDelete
  3. Memang suka buat cerita tu.

    ReplyDelete
  4. Of course, BN has never listen to the opposition.

    ReplyDelete
  5. Jawapan pembangkang mengelirukan.

    ReplyDelete
  6. Dan usaha mereka memang sia2 belaka.

    ReplyDelete
  7. Kaum pembangkang tak layak lawan BN la.

    ReplyDelete
  8. Apa la pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas

    ReplyDelete
  10. "Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu.

    ReplyDelete
  11. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara.

    ReplyDelete
  12. Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  13. kerajaan BN akan terus membangunkan negeri ini demi kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  14. meminta rakyat Sabah menyokong sesiapa sahaja calon yang dikemukakan pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  15. Kalau wakil rakyat BN, Perdana Menteri ialah Pengerusi BN dan Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri...senang berbincang. Jadi ini penting kita pastikan wakil rakyat BN supaya pembangunan dapat diteruskan di seluruh Sabah.

    ReplyDelete
  16. pakatan pembangkang yang memerintah di empat buah negeri kini ketakutan kerajaan BN akan mengambil alih kuasa di negeri-negeri berkenaan.

    ReplyDelete
  17. Sekarang mereka datang ke Sabah berlagak umpama mengajar itik berenang.

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya rekod pencapaian kerajaan BN di Sabah jauh lebih baik.

    ReplyDelete
  19. Keadaan politik di tempat mereka kini terumbang-ambing dan kucar-kacir. Misalnya di Selangor...di sana sini ada masalah termasuk masalah air.

    ReplyDelete
  20. Mereka juga menabur pelbagai janji yang tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  21. Saya sebagai Menteri Kewangan Negeri tahu Malaysia akan muflis jika semua diberi secara percuma. Ini satu pembohongan besar pembangkang...ini tidak betul.

    ReplyDelete
  22. Kalau semua diberikan percuma, mana untuk pembangunan? Sebagai contoh, di Sabah sahaja kerajaan negeri membayar emolumen atau gaji penjawat awam negeri sekitar RM700 juta setahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tandanya pembangkang semakin hilang kewarasan kerana terlalu mengidam jawatan kabinet persekutuan.. besok2 Anwar akan umumkan pula bahawa rakyat malaysia tidak perlu lagi bekerja dan kerajaan anugerah tuhan pakatan rakyat akan masukkan 1 juta setiap bulan ke akaun rakyat secara PERCUMA..

      Delete
  23. Berharap rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang terdesak meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehingga kini masih banyak janji2 Pakatan Rakyat yang belum dilaksanakan.. bila ditanya, macam2 jawapan diberikan..

      Delete
  24. pakatan pembangkang kini semakin ketandusan modal untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dan hanya bersandarkan "fitnah dan pembohongan" bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  25. saya yakin rakyat terutama di Sabah tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor pembangkang, sebaliknya menyokong kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terbukti kemampuannya untuk membangunkan negara ini.

    ReplyDelete
  26. Rakyat Sabah tahu menilai kerajaan yang boleh membawa pembangunan untuk rakyat. Ada di kalangan pemimpin pembangkang yang pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri, timbalan ketua menteri atau menteri...apa yang mereka buat untuk rakyat?

    ReplyDelete
  27. Pemimpin pembangkang kata tiada apa-apa pembangunan di Sabah di bawah kerajaan BN. Ini satu pembohongan untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Apakah mereka tidak sedar jalan raya yang digunakan oleh pemimpin pembangkang pun adalah hasil usaha kerajaan BN.

    ReplyDelete
  28. Rakyat sendiri boleh melihat pembangunan termasuk kemudahan sekolah, hospital dan jalan raya...hanya orang buta sahaja yang tidak boleh melihatnya..

    ReplyDelete
  29. kerjasama dalam pakatan pembangkang sebenarnya tidak ikhlas dan hanya bertujuan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  30. pakatan pembangkang hanya mempunyai perasaan hasad dengki untuk menjatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang dan bukan bertujuan menubuhkan kerajaan untuk menguruskan hal-hal rakyat.

    ReplyDelete
  31. Pakatan yang dimaksudkan mereka ini sebenarnya bukan pakatan yang kukuh...malah mereka hanya berpakat untuk menjatuhkan BN dan mereka bukan mahu meletakkan kepentingan dalam memajukan rakyat,..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.