"Justeru saya berharap semua pengundi muda di Sabah dapat berfikiran terbuka dalam memilih pemimpin yang boleh memberi jaminan kepada masa depan mereka dan bukannya mempertaruhkan sokongan kepada pihak yang boleh merosakkan bangsa dan negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno di sini, pada Jumaat.
Masidi, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata para pemimpin di negeri itu tidak mempunyai masalah dengan pengundi muda berikutan sikap keterbukaan yang diamalkan selama ini.
"Sikap keterbukaan merupakan kunci utama pemimpin untuk mendekati golongan muda dan sikap seperti itu sudah tertanam dalam diri semua pemimpin di Sabah sejak dulu. Kita seringkali menganjurkan acara melibatkan semua golongan muda," katanya.
Masidi berkata pengundi muda Sabah seharusnya tidak mempunyai masalah menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 kerana kerajaan yang ada sentiasa menjaga hak mereka dengan baik.
Mengulas ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai penglibatan golongan muda dalam pilihan raya umum ke-13, Masidi berkata golongan muda perlu diberi peluang menonjolkan bakat untuk menjadi pemimpin kerana ia adalah proses meremajakan parti.
"Perkara itu perlu dilakukan kerana golongan muda merupakan pelapis untuk masa depan parti," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata parti perlu mendidik pemimpin muda secara sistematik dan memilih golongan muda yang mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin.
"Kita perlu melihat apa yang dilakukan di beberapa negara, contohnya China. Mereka mendidik pemimpin muda secara sistematik untuk dijadikan pengganti pemimpin yang sudah berumur...oleh itu proses untuk menggantikan pemimpin yang sudah tua dapat dijalankan dengan senang," katanya. (Bernama)
Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang pada
ReplyDeletePilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.
pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non-partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.
ReplyDeletemajoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti,
ReplyDeleteteruskan usaha menarik pengundi muda.
ReplyDeleteBukan saja terbuka. Tapi perlu berhati-hati dengan pelbagai info yang tidak benar.
ReplyDeleteTeruskan memberikan yang terbaik kepada pengundi muda supaya mereka tidak rasa tersisih.
ReplyDeleteKerajaan BN adalah kerajaan yang terbaik untuk dipilih sebagai kerajaan Malaysia. Ia sudah terbukti sebelum ini.
ReplyDeleteSarawak dan Sabah, dua negeri di seberang Laut China Selatan, tetap menjadi kubu kuat BN sejak dulu hingga kini, sebagaimana dibuktikan ketika pilihan raya umum tahun lepas.
ReplyDeleteKemenangan di Batu Sapi membuktikan bahawa rakyat semakin bertambah yakin dengan hala tuju parti.
ReplyDeleteRakyat masih setia bersama BN
ReplyDeleteRakyat tahu kemampuan kerajaan BN yang selama ini lebih tertumpu kepada perjuangan membela nasib rakyat terutamanya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangkan oleh BN dengan pembangunannya dibuat secara teliti dan rapi
ReplyDeletekerajaan mahu supaya rakyat tahu yang BN tidak bercakap bohong sebaliknya setiap apa yang dijanji akan di kota, selari dengan aspirasi kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
ReplyDeleteKajian pergerakan Pemuda Umno 48 selepas pembentangan Bajet 2013 menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali..
ReplyDeletesebelum ini, kajian yang dilakukan secara konsisten dan berskala itu, mendapati 60 peratus pengundi muda adalah berkecuali dan 40 peratus kepada BN dan pembangkang.
ReplyDeleteKajian terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa membabitkan 1,000 responden dari seluruh negara.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai insentif untuk golongan belia yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 jelas membuktikan kerajaan BN sentiasa prihatin dan mendengar suara dan isi hati golongan muda.
ReplyDeleteBeliau berkata sebanyak RM51.7 bilion yang diperuntukan dalam belanjawan untuk golongan muda menunjukkan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak ambil peduli suara orang muda terbukti tidak benar.
ReplyDelete"Belanjawan yang dbentangkan memperlihatkan keprihatinan dan suara generasi muda diambil kira oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
ReplyDeleteAhmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata golongan muda mula menunjukkan dokongan terhadap BN setelah mereka melihat kerajaan berjaya menepati semua yang dijanjikan.
ReplyDeleteIni dapat diterjemahkan dengan kehadiran mereka yang menggalakkan pada setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh BN, katanya.
Sokongan pengundi muda, sebagai tunjang negara untuk mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020, kini dilihat sudah memihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.
ReplyDelete“Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda… tadi saya nampak poster “Orang Muda sokong BN”... mereka mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
ReplyDeleteKatanya, BN memberi jaminan tidak akan ada kumpulan rakyat sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak yang tertinggal ataupun tercicir daripada perhatian kerajaan jika BN kekal memerintah menjelang tahun 2020.
ReplyDeleteKatanya, dalam melaksanakan amanah itu kerajaan sentiasa memastikan ekonomi negara berkembang, peluang kerja bertambah, industri bertambah maju, kemudahan sosisal seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan lebih baik.
ReplyDelete“Dalam lapan tahun lagi janji kita kepada rakyat adalah untuk menjadi negara maju…setiap peringkat rakyat … tua muda semua kaum…Semenanjung Sabah dan Sarawak akan dapat diberikan perhatian dan pembelaan secukupnya,” katanya.
ReplyDelete