BACHOK:Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak boleh menyebabkan syarikat itu lumpuh untuk beroperasi di luar negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata, tuntutan itu tidak munasabah dan tidak bertanggung jawab.
“Jika (royalti) dinaikkan, syarikat itu tidak mampu untuk beroperasi mencari minyak di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup secara tunai kepada nelayan kawasan Bachok di Pejabat Pendidikan Daerah Bachok di sini kelmarin.
Beliau mengulas cadangan pembangkang yang mahu memberi royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak jika dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
Katanya, Petronas perlu mempunyai simpanan modal untuk mencari sumber dan pendapatan baharu di negara-negara baharu yang memerlukan jumlah modal yang sangat besar.
Awang Adek berkata jika usaha itu dihalang ia tidak mungkin dapat menyumbang dividen yang tinggi kepada negara yang kini berjumlah RM30 bilion setahun yang tidak termasuk pelbagai cukai.
“Pembangkang kena ingat separuh dari keuntungan Petronas datangnya dari operasi di luar negara,” kata Ketua Umno Bahagian Bachok itu.
Katanya dengan pendapatan itu kerajaan dapat menguruskan ekonomi negara dengan cemerlang terutama merangka projek-projek ekonomi, pelbagai bentuk subsidi dan kemudahan asas kepada rakyat.
“Petronas kini paling berjaya meneroka minyak di 36 buah negara. Kenapa kita harus menyekat masa depannya dengan tindakan yang tidak bertanggung jawab?
“Jangan mudah percaya dengan janji manis pembangkang,” katanya. New Sabah Times
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.
ReplyDeleteMusa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.
ReplyDelete"Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagia infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya.
ReplyDelete"Itu belum lagi dicampur dengan kos pertahanan dan kesealamatan negeri yangmemakan belanja besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh kerajana pusat melalui pelbagai kaedah, kita perlu lihat dari skop yang lebih luas," katanya.
ReplyDeleteJanji pembangkang memang tidak boleh dipercayai.
ReplyDeleteHarap Petronas juga telus dalam setiap operasinya di negeri2 pengeluar minyak.
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk
ReplyDeletemeningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20
peratus merupakan janji yang tidak logik.
Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.
ReplyDeleteKita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh
ReplyDeletekerajana pusat melalui pelbagai kaedah, kita perlu lihat dari skop yang
lebih luas
Lima
ReplyDeleteprojek utama Petronas di Sabah, yang diumumkan pada 2011, akan mula
beroperasi tahun ini, menandakan satu lagi kejayaan penting bagi
industri minyak dan gas negeri.
Projek-projek itu ialah Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), Saluran
ReplyDeletePaip Gas Sabah-Sarawak (SSGP), Stesen Janakuasa Kimanis (KPP), Pusat
latihan Petroleum Kimanis (KTC), dan pembangunan huluan Bukan Berkaitan
Gas Kinabalu (NAG).
projek-projek tersebut berjalan dengan lancar, mencapai sasaran dalam pelaksanaan masing-masing.
ReplyDeleteProjek-projek ini, kebanyakannya bertaraf
ReplyDeletedunia, merupakan sebahagian daripada rancangan keseluruhan Petronas
untuk mengoptimumkan nilai sumber minyak dan gas yang ditemui di luar
pesisir pantai Saba
Petronas pada 2011 mengumumkan pelbagai
ReplyDeleteprojek, huluan dan juga hiliran, melibatkan gabungan perbelanjaan modal
sebanyak RM45 bilion.
Pelan ini juga termasuk Loji Urea Ammonia Sabah (SAMUR) di Sipitang dan Terminal Pengegasan Semula Lahad Datu.
ReplyDeleteSeorang tokoh akademik berkata sebarang cadangan mengenai kenaikan royalti minyak kepada Sabah harus diukur secara realistik, bukan dengan janji palsu.
ReplyDeletePensyarah Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Asmady Idris percaya kerajaan Barisan Nasional mempunyai formula terbaik untuk menambahbaik sasaran peratus royalti minyak negeri.
ReplyDelete"Pihak pembangkang meletakkan sasaran peratus kenaikan royalti minyak sewenang-wenangnya tetapi rakyat bijak mengukurnya secara realistik," katanya
ReplyDeleteBeliau mengulas kenyataan Setiausaha BN Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengingatkan rakyat bahawa janji pembangkang untuk menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah akan akhirnya menjejaskan kewangan Petronas dan boleh membawa kepada muflis.
ReplyDeleteAbdul Rahman menegaskan bahawa berdasarkan formula semasa, bagi setiap RM100 hasil yang diraih daripada minyak Sabah, lima peratus akan ke tabung negeri manakala lima peratus lagi kepada tabung Persekutuan.
ReplyDeleteKira-kira 45 peratus masuk ke dalam kos penemuan dan baki 45 peratus kepada keuntungan kasar usaha sama. Akhirnya, keuntungan Petronas, selepas mengasingkan hasil dengan yang lain dan selepas membayar cukai, hanya kira-kira 16.74 peratus, katanya
ReplyDeleteDr Asmady berkata penambahan peratusan ke atas royalti minyak kepada Sabah bukan menjadi ukuran, sebaliknya penilaian rapi keperluan semasa dan pemantauan bekalan minyak itu kepada perkembangan sektor ekonomi negeri Sabah.
ReplyDeleteBeliau berpendapat bahawa cadangan pembangkang menaikkan 15 peratus royalti minyak kepada Sabah hanya sebagai bahan kempen pilihan raya dengan menjanjikan sesuatu yang belum pasti dapat ditunaikan.
ReplyDeleteDalam musim menghadapi pilihan raya, pihak pembangkang boleh berkata apa sahaja sebagai landasan mencapai hasrat mereka tetapi pada akhirnya tiada apa-apa (berlaku), katanya.
ReplyDeleteDr Asmady berkata kerajaan hari ini cukup bijak menangani isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk soal royalti minyak selain prihatin memikirkan kebaikan rakyat dan membangunkan ekonomi negeri ini ke tahap lebih baik, katanya.
ReplyDeleteBeliau mencadangkan semua pihak duduk berbincang termasuk Petronas, kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan bagi mengenal pasti segala faktor berkaitan, termasuk pemantauan domestik kepada prestasi eksport dan import semasa.
ReplyDeleteSementara itu, bekas ahli akademik Program Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial UMS Prof Madya Dr P. Balakrishnan pula berkata sebarang perubahan ke atas penambahbaikan peratusan royalti minyak harus dibincang secara rapi demi manfaat rakyat. "Penambahbaikan untuk naik royalti minyak kalau memberi kebaikan kepada rakyat boleh diambil kira," katanya.
ReplyDeleteBalakrishnan yang kini pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata Petronas perlu membuka lebih peluang ke atas pelaburan dalam pelbagai sektor bagi membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.
ReplyDeleteJanji menaikkan royalti minyak antara 15 hingga 20 peratus kepada Sabah yang ditabur pakatan pembangkang sekiranya mereka memerintah menunjukkan pembangkang tidak memahami selok-belok industri petroleum.
ReplyDeleteSambil menyifatkan ia sebagai janji bohong, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sebagai jurutera yang pernah berkerja dengan syarikat petroleum antarabangsa, beliau mengetahui bahawa industri petroleum berisiko tinggi dan memerlukan modal pelaburan yang amat besar.
ReplyDeleteSetiap hasil daripada 100 tong minyak Sabah yang dikeluarkan, lima peratus pergi kepada negeri Sabah dan lima peratus lagi kepada kerajaan persekutuan. Sebanyak 45 peratus untuk mencari gali minyak dan 45 peratus lagi adalah keuntungan (kasar) yang dikongsi Petronas dengan rakan syarikat cari gali seperti Shell dan Esso.
ReplyDelete"(Selepas pembahagian hasil dan membayar cukai) Hasil yang diperoleh Petronas kira-kira 16 peratus. Sekiranya (royalti Sabah) diberi lagi 10 peratus, Petronas akan tutup," katanya
ReplyDeleteTawfiq berkata sebagai sebuah daripada syarikat petroleum terbaik di dunia, Petronas perlu terus kukuh kerana ia amat penting kepada Malaysia untuk masa depan negara.
ReplyDelete