Friday, November 23, 2012

Pairin menegaskan sokongan kepada BN

Puak-puak pengusaha gelombang lompat parti di Sabah sedang berusaha untuk jajakan bahawa masyarakat Kadazan Dusunmurut (KDM) sudah berubah sokongan dari PBS kepada UPKO.

Kata mereka, akhirnya nanti Presiden PBS, Tan Sri Pairin Kitingan pun akan turut serta untuk lompat keluar dari BN dan bersama mereka.

Bagi mereka yang hanya melihat di hadapan saja, mereka pasti termakan dengan konon ada sentimen negatif terhadap Ketua Menteri Dato Musa Aman sebab dia dikatakan membantu kroni belah keluarga asal usul dari kaum Pushtun dari Pakistan.

Mereka tidak tahu di belah lain. Musa Aman ada kaitan dengan masyarakat KDM dan dikatakan ada hubungan keluarga dengan Pairin.

Dalam satu majlis di baru-baru ini, Pairin telah menyuarakan beberapa perkara menyokong kepimpinan Sabha yang ada.

Katanya, isu penggiliran KM tidak lagi releven kerana ia melibatkan kemajuan ekonomi dan pentadbiran. Biarlah YAB Perdana Menteri yang menentukan kelak.

Pairin turut menempelak Pakatan Rakyat khususnya PAS yang masih mahu memainkan isu hukum hudud yang mereka tidak laksanakan. Dia menyuarakan pandangan bahawa hukum hudud PAS tidak selari denga pentadbiran negara kerana tidak sesuai dan relevem.

Bagaimana agaknya reaksi Pakatan memandangkan Anwar pasti tidak mahu mengkritik Pairin yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat KDM?

Pairin turut menyentuh mengenai pengunduran kepimpinannya dari PBS yang akan dibuat pada masa yang sesuai.

Dalam amanatnya kepada Ketua-Ketua Bahagian PBS, dia mahu mesej yang disampaikan ke[ada rakyat adalah berhubung kemajuan yang dibawa oleh BN.

Sumber: The Unspinners

10 comments:

  1. Isu hukum hudud ni pun salah satu yang memperlihatkan ketidaksepakatan dalam PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang satu kaya "ya", dan yang satu pula kata "tidak".. bila rakyat tanya kenapa pandangan berbeza? mereka akan jawab, itu tandanya wujud demokrasi dalam pakatan.. pehhh!

      Delete
  2. Benarkah PRU-13 ni akan jadi pilihanraya terakhir buat Pairin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika benar itu keputusan beliau, hormat saja la.. Anwar pun patut mengotakan janji beliau.. sekiranya Pakatan gagal merampas Puterajaya, beliau wajib bersara dari politik..

      Delete
  3. sokongan terhadap Bn akan tetap kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan sokongan kita kepada BN

      Delete
    2. sokongan terhadap BN akan tetap kukuh lebih2 lagi ketika pembangkang di Sabah berpecah belah.. langsung tidak ada kesepakatan antara parti2 pembangkang di negeri ini bagi mengadakan pertandingan satu lawan satu dengan BN..

      Delete
  4. Masih ramai rakyat Sabah yang masih menyokong kuat parti konponen BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Sabah tidak akan menyokong parti yang gemar menimbulkan huru hara dalam negara.. dan rakyat Sabah juga tidak akan menyokong parti yang mana ketuanya sudah terpalit dengan skandal rasuah, liwat dan video seks..

      Delete
  5. keluarnya Lajim dan Bumburing untuk membantu PR, masih belum cukup untuk memenangkan PR di Sabah.. kedua2 pemimpin katak ini bukan sahaja gagal melaksanakan tanggungjawab ketika mereka masih bersama2 BN, malah tidak mempunyai pendirian dan mudah dipancing oleh Anwar..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.