Friday, February 15, 2013

KDCA desak PKR mohon maaf

PKR Sabah jangan terlalu sombong, bongkak dan angkuh hanya kerana "Anugerah Tuhan" Anwar Ibrahim ada bersama mereka. Setakat ini semua pihak termasuk pembangkang tempatan menuding jari kepada PKR atas kesilapan mereka menganugerahkan gelaran Huguan Siou kepada pihak yang tidak layak. Pemimpin-pemimpin KDM dalam PKR juga sepatutnya menyebelahi KDCA dan rakyat di negeri ini dan sama-sama mendesak pihak yang berkenaan supaya tampil membuat permohonan maaf secara rasmi dan terbuka.

Jangan hanya kerana kepentingan politik, maka pemimpin-pemimpin KDM yang berpayungkan lambang PKR terpaksa jadi kerbau dicucuk hidung dan rela diusung kehulu-kehilir mempertahankan pemimpin yang hari ini dianggap sebagai "penjenayah" kepada institusi kebudayaan di negeri ini.

Tidak cukup lagikah blogger Suara Pakatan Rakyat menghina tarian Sumazau yang sebelum ini pernah menjadi kontroversi di laman-laman sosial? kini PKR Sabah pula cuba menghina gelaran Huguan Siou dengan memberikan gelaran itu secara suka hati tanpa merujuk kepada KDCA. Kedua-dua penghinaan ini datang daripada PKR yang selama ini gemar mendabik dada kononnya akan mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini dan dalam masa yang sama menuduh kerajaan BN bersikap rasis dan suka melaga-lagakan kaum???

Walaupun ada beberapa kenyataan sumbang dari penyokong-penyokong PKR negeri ini yang cuba mempertahankan Huguan Siou palsu ciptaan PKR Sabah dengan mengandaikan bahawa maksud Huguan Siou itu sendiri melayakkan anugerah itu disandang oleh sesiapa sahaja, namun Bullet tetap tidak bersetuju dengan penjelasan itu memandangkan CARA menganugerahkan gelaran itu sama dengan CARA yang dilakukan oleh KDCA. 

Penyokong-penyokong PKR Sabah patut melihat tanjak (sigar) dan selendang bertulis Huguan Siou yang dipakai oleh Anwar Ibrahim. Jika benar PKR Sabah tidak berniat mencemarkan atau meremehkan gelaran itu, kenapa perlu mereka menggunakan protokol yang hampir sama ditambah pula dengan istilah gelaran yang 100% sama? kenapa tidak guna saja istilah "Pemimpin Agung" atau apa sahaja yang membawa maksud yang sama dengan istilah "Huguan Siou"?
KOTA KINABALU : Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) mendesak permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ranau dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah. 
Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun berkata gelaran 'Huguan Siou' yang bermaksud 'Pemimpin Agung' secara eksklusif dikhaskan dan diberi kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut. 
Oleh itu, katanya jika benar seperti dilaporkan media baru-baru ini bahawa PKR Ranau memberi atau mengisytiharkan Anwar sebagai Huguan Siou Malaysia, tindakan itu menyalahi budaya dan tersasar daripada amalan serta tradisi lazim Kadazandusun.  
"Ia menghina dan menyinggung perasaan kaum Kadazandusun. Hakikatnya ini adalah tindakan yang akan menguatkuasakan hukum ''solupi'', iaitu membawa sumpahan terhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalam lingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusi Huguan Siou," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.  
Suman berkata ''Huguan Siou'' adalah institusi yang merangkumkan semangat perpaduan, keberanian dan keazaman KDM. 
"Beliau adalah penjaga adat, norma, artifak dan tradisi KDM yang dirayakan setiap tahun menerusi Hari Kaamatan," katanya. - Sabahkini

19 comments:

  1. Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ranau memberikan gelaran
    Huguan Siou kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
    disifatkan sebagai penghinaan kepada masyarakat Kadazandusun Murut (KDM)
    di negeri ini.

    ReplyDelete
  2. Ahli seumur hidup Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Datuk
    Eric Majimbun, berkata gelaran Huguon Siou yang diberi kepada Anwar
    jelas tidak menghormati budaya dan adat resam masyarakat KDM

    ReplyDelete
  3. Anwar sebagai pemimpin yang diagungkan pengikutnya, konon bakal menjadi Perdana Menteri sepatutnya tidak menerima anugerah itu.

    ReplyDelete
  4. “Bagi masyarakat KDM, penerimaan Anwar itu adalah penghinaan besar
    kerana ia hanya khusus untuk masyarakat KDM dan bukan diberi
    sewenang-wenangnya

    ReplyDelete
  5. Eric berkata, tindakan itu mencerminkan seolah-oleh PKR terdesak meraih undi.

    ReplyDelete
  6. Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan
    Sri Bernard Dompok menyifatkan tindakan PKR Cabang Ranau itu sebagai
    satu jenaka.

    ReplyDelete
  7. tindakan mengangkat Anwar sebagai Huguan Siou disifatkan sebagai polemik politik parti berkenaan.

    ReplyDelete
  8. bagaimana seorang yang bukan berbangsa KDM boleh menerima gelaran yang hanya dikhususkan untuk pemimpin etnik berkenaan.

    ReplyDelete
  9. bila Anwar jadi KDM. Apa perjuangan dia untuk mendaulatkan masyarakat KDM di Sabah,

    ReplyDelete
  10. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin membidas tindakan
    Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Ranau, Jonathan Thayasin yang
    menganugerahkan gelaran Huguan Siou kerana Anwar bukanlah individu yang
    layak untuk menerima anugerah tersebut.

    ReplyDelete
  11. Menurut beliau, anugerah Huguan Siou yang bermaksud pemimpin agung itu
    tidak layak untuk diberikan kepada Ketua Pembangkang tersebut
    memandangkan beliau bukanlah individu yang dilihat banyak berjasa
    kepada etnik Kadazan, Dusun dan Murut (KDM).

    ReplyDelete
  12. Jelas mereka dari PKR membuat sesuatu ikut sesuka hati mereka tanpa
    memikirkan sensitiviti orang lain. Anugerah tersebut boleh dianugerahkan
    kepada seorang individu dalam satu-satu masa saja. Apabila pemegang
    anugerah ini sudah meninggal, barulah ianya digantikan dengan orang
    lain.

    ReplyDelete
  13. Anwar juga sepatutnya tidak berbangga dengan anugerah tersebut kerana
    ianya bukanlah anugerah yang diiktiraf oleh etnik KDM dan beliau
    bukanlah orang yang benar-benar layak itu anugerah tersebut.

    ReplyDelete
  14. Seseorang yang ingin diberikan anugerah tersebut, perlu melalui pelbagai
    proses yang melibatkan pemimpin-pemimpin kanan KDM dan bukan hanya
    boleh dianugerahkan secara semberono begitu saja yang dilakukan oleh
    ahli dan kepimpinan PKR di Ranau itu.

    ReplyDelete
  15. Malah, ahli-ahli dan penyokong Pakatan di Sabah juga turut
    mempertikaikan tindakan Cabang PKR Ranau yang memberikan anugerah
    tersebut kepada Anwar dan menyifatkannya satu tindakan yang seolah-olah
    memperlekehkan martabat anugerah tersebut dengan sewenang-wenangnya
    diberikan kepada orang luar dari etnik KDM

    ReplyDelete
  16. Anwar tak layak mendapat gelaran huguan siou.

    ReplyDelete
  17. tindakan ini satu penghinaan kepda KDM

    ReplyDelete
  18. hnya seorang saja Huguan Siou iaitu Pairin.

    ReplyDelete
  19. anwar ibrahim adalah bayang2 syaitan kehancuran dan kesengsaran mitos "heades" kerana menghasut mana2 rakyat dan pelajar "uni" untuk membuat rusuhan jalanan yg mendatangkan kesengsaraan kerugiaan. tidak patut diberi gelaran huguan siou. hanya 1 HUGUAN SIOU KDM ia itu tan sri joseph pairin kitingan.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.