Pemimpin-pemimpin pembangkang sibuk mempertikaikan hasil siasatan SPRM dan ICAC berkenaan dengan skandal penggubahan wang haram Hong Kong yang sudahpun selesai. Ada yang mempersoalkan kredibiliti SPRM, ada yang membuat laporan polis, ada yang mahu berdebat,,, pendek kata dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya hendak dipertikaikan. Namun Bullet ucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin BN kerana mampu menjawab persoalan-persoalan pembangkang dengan jujur, telus dan profesional tanpa perlu menengking wartawan dan tanpa perlu menganjurkan demonstrasi sebagaimana yang kerap dilakukan oleh Anwar Ibrahim bila beliau tidak mampu menjawab soalan wartawan.
Ingin Bullet tekankan sekali lagi bahawa skandal penggubahan wang haram Hong Kong ini sudah selesai. Kedua-dua badan pencegahan rasuah iaitu SPRM dan ICAC sudah menjalankan siasatan mereka secara terperinci berdasarkan prosedur-prosedur siasatan yang lazimnya diguna pakai oleh kedua-dua badan ini untuk menyiasat mana-mana kes berkaitan dengan rasuah. Jika pembangkang mengatakan bahawa ICAC tidak terlibat dengan siasatan dan hanya bergantung kepada siasatan di pihak SPRM, bagaimana pegawai-pegawainya boleh sampai ke Sabah bagi menyiasat Micheal Chia dan Richard Barnes?
Pendek kata, kes ini sudah selesai. Tidak seperti isu kemewahan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mana sehingga kini masih banyak persoalan-persoalan yang belum terjawab. Untuk pengetahuan umum, Jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar dan konco-konconya lebih tinggi nilainya berbanding dengan sumbangan politik umno Sabah, iaitu USD39 juta.
Jet Description |
Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan
cara hidup mewah mengatasi kedudukan mereka sebagai pembangkang di negara ini, lengkap dengan bas dan
jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki
tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya
pada satu-satu masa. Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat
gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di
laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan
teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan
sempena menyambut Hari Malaysia.
Anwar and the gang "tersengih-sengih" |
Ketika diasak dengan pelbagai persoalan, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberikan jawapan yang
berbeza. Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’. Sementara Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan, tetapi Tian Chua pula dengan otak separuh bingai terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa. Namun kenyataan Tian Chua lebih tepat apabila Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat
beliau telah menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu
kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan. Kos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun si otak bingai Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’
tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci
seperti invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya
tidak dibentangkan.
Samalah seperti situasi yang cuba disensasikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini. Mereka pertikaikan kenyataan Nazri yang bertentangan dengan kenyataan awal beliau, sedangkan mereka sendiri memberikan jawapan yang berbeza berhubung dengan isu Jet mewah ini. Tidak cukup dengan itu, mereka minta pula sumber kewangan (dana politik RM40 juta) itu didedahkan, sedangkan mereka sendiri merahsiakan butiran terperinci berkenaan dengan jet peribadi mereka.
Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu
menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak sedangkan beliau hanya bergaji seringgit. Jika dari poket
kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa
wang rakyat Selangor digunakan untuk kepentingan parti politik PKR. Dan Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata
Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan
penajanya sebagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan mendesak pemimpin-pemimpin BN untuk mendedahkan penaja sumbangan politik RM40 juta ini.
Tabung derma Pakatan Rakyat |
Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet
berkenaan juga wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian
tentang sumber penajaan jet tersebut. Sudah tentu rakyat juga ingin tahu dan ingin pastikan yang ianya
bukan diambil dari Soros atau derma ikhlas yang
disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS yang terpedaya dengan ungkapan pemimpin-pemimpin PR kononnya parti mereka miskin dan tidak ada sumber dana. Begitu juga jika ianya
dipinjamkan, dedahkan siapakah yang begitu
baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah
kepada Anwar.
Bullet tidak faham kenapa begitu sukar bagi pemimpin-pemimpin PR untuk menangani persoalan
mudah mengenai jet ini ketika mereka bersungguh-sungguh cuba memperlihatkan ketelusan pimpinan mereka dengan mempolitikkan hasil siasatan ICAC dan SPRM. Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet
berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan
halal, kenapa PR begitu sukar untuk bersikap telus?
Apakah yang ingin mereka sembunyikan sehingga begitu gelabah dalam memberikan jawapan kepada umum?
Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara TERPERINCI? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak dipihak PR? Jika pemimpin BN menerima dana dari pihak yang perihatin tehadap perjuangan BN, bukan main lagi dikutuk mereka, macam-macam persoalan dan pertikaian ditimbulkan, tetapi
apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau
diragui, tidak pula menjadi masalah kepada mereka. Seharusnya, penyokong-penyokong
PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysia menuntut PR
menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan
dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan
yang bersih, telus, adil dan berintegriti.
By: Borneo Bullet
Mengenai jet private Anwar tu memang meragukan sumber kewangannya
ReplyDeletetidak ada seorang pun pemimpin2 pembangkang yang tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan jet Anwar.. sebaliknya cuba menutup isu itu dengan membangkit isu rm40 juta yang sudahpun selesai..
DeletePakatan hanya mendiamkan saja hal tu, biar pun diragui
ReplyDeleteitu tandanya pembangkang lebih teruk dari perasuah.. mereka bukan sahaja terlibat dengan rasuah malah melindungi aktiviti rasuah yang dilakukan oleh pemimpin2 mereka..
Deletejika Pakatan Rakyat bersih sangat dan telus sangat, kenapa tidak jelaskan sumber dana Pakatan hingga boleh menaiki jet mewah dan membeli bas mewah??
ReplyDeletejika Pakatan memerintah negara, mereka akan merompak harta rakyat dan melakukan rasuah secara besar2an.. pada waktu itu, semua badan berkuasa seperti polis, sprm dan mahkamah tidak lagi berfungsi melainkkan ada kes2 jenayah yang dilakukan pemimpin2 dari parti lawan..
ReplyDeletebelumpun Pakatan memerintah negara, tapi Khalid Ibrahim sudah berani tunjuk belang dengan menggunakan dana awam sesuka hati bagi membiayai kos guaman adun seri muda, dan rafizi.. jika hari ini mereka membela penjenayah menggunakan dana awam, esok2 mereka akan kawal undang2 supaya penjenayah2 Pakatan Rakyat akan bebas melakukan jenayah..
ReplyDelete