Thursday, October 25, 2012

KHJ - Akronim terbaru pembangkang

Sejak 5 Oktober 2012, entah berapa puluh kenyataan media dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk media tajaan mereka berhubung dengan skandal penggubahan wang haram di Hong Kong. Jangan ingat semua kenyataan-kenyataan itu mampu mempengaruhi minda rakyat Sabah! Jangan ingat rakyat Sabah mudah diperbodohkan oleh pembohongan dan fitnah pembangkang! Dan jangan ingat media asing yang beroperasi di luar negara mampu meruntuhkan kerajaan pimpinan Datuk Musa Aman. 

Maklum balas di dunia maya berkenaan dengan isu ini, walaupun majoriti peminat media alternatif cenderung untuk mempercayai pembohongan pembangkang, namun ulasan-ulasan mereka tidaklah kukuh dan berkredibiliti sangat. Melainkan sekadar "mengejek", mengutuk, maki hamun dan yang seangkatan dengannya. Hujah Datuk Rahman Dahlan berhubung dengan isu ini juga gagal disangkal sepenuhnya oleh mereka. Seperti biasa, kehadiran penyokong-penyokong pembangkang di dunia maya ini bukanlah atas dasar menuntut kerajaan yang telus dan berintegriti, sebaliknya sekadar untuk mendedahkan sikap "double standard" mereka terhadap perjuangan pembangkang yang penuh dengan pelbagai skandal yang belum terjawab.

Bullet juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan isu penggubahan wang haram ini. Bermula dari kenyataan Nazri sehinggalah kepada ulasan laman pembocor maklumat Sarawak Report dan rakan sekutunya Bruno Manser Funds (BMF). Sepanjang mengikuti perkembangan isu ini, tidak ada misteri yang dirungkai dan tidak ada penjelasan yang lebih jelas dari hasil siasatan SPRM dan ICAC. Walaupun banyak pendedahan dari pihak pembangkang, namun semuanya lebih kepada "recycle" dan "reused", hanya ditokok-tambah sedikit supaya skrip pembohongannya nampak lebih "real".

Seperti yang Bullet katakan diatas, fitnah pembangkang terhadap pemimpin kerajaan BN Sabah tidak akan mempengaruhi minda rakyat di negeri ini. Dibawah ini, Bullet sertakan ulasan seorang commentator yang mungkin sudah meluat dengan siri pembohongan pemimpin serta media pembangkang yang tidak henti-henti mengulas isu yang sudahpun selesai.
"What is there to hide? This matter has already been settled out in the open in Parliament. Najib has already said that there is nothing wrong for receiving political contributions so long as it is through proper process and procedure (paraphrasing Najib statement on the matter). Yet somehow there are other alternative news sites has their own take or interpretation on this matter; thus only further prolonging this issue.

After Najib has given his comment on this matter, these opposition proxies have put in word on their take onto what the Prime Minister clarified. Not only they questioned more on his word, but putting a more negative spin to what he had said. Who could blame Najib for not discussing the matter further out in the open? These opposition proxies are vulture scavenging to what they can find that fit their KHJ agenda: KUTUK, HASUT, JANJI.This is an interesting finding and we can see how they have implemented these disgusting tactics:

Kutuk - The word itself speaks for itself. This is not your run of the mill positive criticism, it goes to a whole new level of low: they defamed by attacking ceaselessly the credibility of the person in question. This can be done by twisting whatever statement that these public figure said to suit their own agenda.

Hasut - This ca bee seen rapidly in pro opposition proxies operated sites. They unleashed their "cyber trooper" to create an atmosphere of discontent to the ruling government with intention to created a distorted reality in cyberspace in hopes to influence those whom have visited the sites in question.

JANJI - I need not to elaborate further on this: We have seen the many 'stars and moon' rhetorics.

Having said this begs to ask the question: Can they deliver? Can the follow through? As Far as I can see upto this point: We're heading the right direction. Some say that the developments projects comes too late, but I say "BETTER LATE THAN NEVER" . We're not starving, we still have roofs over our heads, we still have decent income and jobs."

By: Borneo_Bullet_Proof_Vest
Source: MUSA’S SECRET DONORS -We Blow The Whistle On UMNO’s Sabah Kickbacks!

Apa yang menarik dengan ulasan ini bukan setakat isinya, malah jumlah "vote up" yang setakat ini mencecah 72 berbanding dengan "vote down" 15. Apa agaknya perasaan pemilik portal Sarawak Report apabila tulisan beliau tidak lagi mendapat sorakkan dikalangan pelawat-pelawatnya? inilah sebahagian daripada bukti bahawa rakyat semakin muak dengan pembohongan yang kerap  dikitar semula oleh media pembangkang

"Sila klik link di atas dan "vote up".. biar terbeliak mata si Clare Rewcastle Brown"

By: Borneo Bullet

9 comments:

  1. PM Najib telah menjelaskan mengenai wang RM40m dalam parlimen tapi pembangkang telah memperdulikan dan masih lagi mencari jawapan yang pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. banding rm40 juta dengan rm3 bilion milik Anwar, rm40 juta sudah clear berdasarkan siasatan SPRM dan ICAC.. manakala rm3 bilion hanya dinafikan oleh Rafizi seorang..

      Delete
  2. Mungkin pembangkang akan menggunakan isu ini sehingga PRU13 untuk menarik perhatian rakyat kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas PRU mungkin baru reda sikit isu ni.

      Delete
    2. kempen PRU13 Pakatan Rakyat juga bernilai lebih dari RM40 juta.. malah mungkin mencecah angka billion.. lihat saja bagaimana mereka boleh berkempen menggunakan jet mewah, bas mewah, dua buah treler mewah dan terbaru 4wd Chevrolet..

      Delete
  3. jgn mudah trpedaya dgn pembangkang.

    ReplyDelete
  4. itu sajalah yang Pakatan tahu.. Kutuk, Hasut dan Janji.. patutlah negeri2 yang diurus tadbir oleh Pakatan Rakyat hari ini tunggang langgang.. janji2 air percuma pun gagal dilaksanakan..

    ReplyDelete
  5. jika Pakatan Rakyat ikhlas berjuang, tanpa perlu Kutuk dan Hasutpun, Pakatan boleh rampas Puterajaya.. hanya perlu buktikan bahawa Pakatan benar2 mampu menunaikan janji..

    ReplyDelete
  6. ada banyak janji2 mega Pakatan Rakyat yang gagal dijelaskan oleh Anwar bagaimana ianya boleh dilaksanakan.. itu adalah bukti bahawa mereka hanya tahu berjanji tapi tidak tahu bagaimana melaksanakan semua janji2 itu..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.