Sempena lawatan di-raja Britain, tidak ketinggalan Raja Katak Malaysia turut menyelitkan sepatah dua kata pandangannya di media antarabangsa dalam usaha beliau meletakkan namanya sebaris dengan Bruno Manser, seorang Pejuang palsu yang berselindung disebalik isu alam sekitar. Berikut adalah kenyataan ringkas beliau:
"Opposition politicians called on the royals to reconsider the meeting.
One, Jeffrey Kitingan, said: "We urge William and Catherine to avoid
meeting Musa as it will give the wrong message to the world."
Tidak
perlulah Jeffrey menghalang rombongan di-raja William dan Catherine
samada untuk melawat negeri ini mahupun berjumpa dengan Datuk Musa Aman.
Pasangan di-raja ini tidaklah sebodoh yang disangkakan oleh Jeffrey
kerana mereka sendiri boleh melihat usaha-usaha kerajaan dalam
melindungi hutan di negeri ini samada melalui pengembaraan mereka
mahupun melalui penjelasan dari The Royal Society yang telah banyak
melakukan kajian dan penyelidikan berkenaan dengan hutan hujan Tropika di
Lembah Danum.
Apa yang ditakutkan sangat oleh Jeffrey hingga tanpa segan-silu meminta William dan Catherine untuk tidak berjumpa dengan Datuk Musa Aman? Sedarkah Jeffrey bahawa dia hanya ahli politik pembangkang yang bercita-cita mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah? beliau tidak layak membuat gesaan itu kepada rombongan di-raja ini kerana motif beliau bukan atas dasar perjuangan terhadap alam sekitar, sebaliknya atas perjuangan politik semata-mata.
Jeffrey Kitingan yang sinonim dengan gelaran "Raja Katak" sepatutnya faham dengan situasi yang dihadapi oleh Datuk Musa Aman kerana beliau sendiri pernah melalui situasi itu. Jeffrey pernah menjadi Pengarah Yayasan Sabah pada tahun 1984-1994. Sepanjang memegang jawatan itu, beliau pernah berhadapan dengan tuduhan terlibat dengan skandal RM4 Bilion, malah pernah dihadapkan ke makamah atas tuduhan itu. Jeffrey agak bernasib baik kerana mahkamah membebaskan beliau tanpa syarat ekoran kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti melampaui keraguan munasabah.
Selepas dibebaskan, Jeffrey dengan bangga mengumumkan bahawa beliau menjadi mangsa fitnah oleh pihak-pihak yang cuba memusnahkan kerjaya politik beliau. Tapi bukankah apa yang dia lakukan hari ini juga sama dengan "pihak-pihak" yang dikatanya memfitnah beliau? Jeffrey juga sebenarnya sedang memfitnah Datuk Musa Aman kononnya terlibat dengan skandal pembalakan besar-besaran di Sabah sedangkan sehingga hari ini belum ada tindakan dipihak mahkamah terhadap Datuk Musa Aman, malah ICAC dan pegawai pendakwa Swiss juga masih belum membuktikan bahawa Datuk Musa Aman bersalah dalam kes ini.
By: Borneo Bullet
Jeffrey Kitingan yang sinonim dengan gelaran "Raja Katak" sepatutnya faham dengan situasi yang dihadapi oleh Datuk Musa Aman kerana beliau sendiri pernah melalui situasi itu. Jeffrey pernah menjadi Pengarah Yayasan Sabah pada tahun 1984-1994. Sepanjang memegang jawatan itu, beliau pernah berhadapan dengan tuduhan terlibat dengan skandal RM4 Bilion, malah pernah dihadapkan ke makamah atas tuduhan itu. Jeffrey agak bernasib baik kerana mahkamah membebaskan beliau tanpa syarat ekoran kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti melampaui keraguan munasabah.
Selepas dibebaskan, Jeffrey dengan bangga mengumumkan bahawa beliau menjadi mangsa fitnah oleh pihak-pihak yang cuba memusnahkan kerjaya politik beliau. Tapi bukankah apa yang dia lakukan hari ini juga sama dengan "pihak-pihak" yang dikatanya memfitnah beliau? Jeffrey juga sebenarnya sedang memfitnah Datuk Musa Aman kononnya terlibat dengan skandal pembalakan besar-besaran di Sabah sedangkan sehingga hari ini belum ada tindakan dipihak mahkamah terhadap Datuk Musa Aman, malah ICAC dan pegawai pendakwa Swiss juga masih belum membuktikan bahawa Datuk Musa Aman bersalah dalam kes ini.
By: Borneo Bullet
Sebenarnya pembangkang takut itu kalau Lawatan ini memberikan khabar yang baik kepada Sabah dan kerajaan Negeri Sabah.
ReplyDeletememang pun...kan pembangkang mahu imej sabah dan KM tercalar di mata dunia...
Deletejika mereka puas hati dgn lawatan mereka, pasti mereka akan membantu mempromosikan Sabah.
DeleteJika terbongkar yang mana Sabah ini Negeri yang pesat membangun maka pasti sokongan berteruskan kepada kerajaan Negeri Sabah akan terus meningkat. Betulkan..Sebab itulah pembangkang cuba menghalang dengan pelbagai kata-kata yang direka untuk menghalang kehadiran Prince William dan Isterinya.
ReplyDeletememang betul...pembangkang takut usaha mereka memburuk-burukkan kerajaan negeri dan sabah selama ini akan menjadi sia-sia jika lawatan diraja ini memberikan input positif kepada usaha kerajaan memelihara dan memulihara hutan sabah.
Deletesetuju.. agaknya itulah yang ditakutkan oleh pembangkang.. lawatan di-raja Britain ini pasti akan terpukau dengan hutan hujan yang ada di negeri ini.. secara tidak langsung, lawatan ini akan membongkar kebenaran disebalik tuduhan2 yang dibuat oleh NGO asing dan juga pebangkang di negeri ini..
DeleteJK cuma mahu menempah nama dimata rakyat mengambil kesempatan ini untuk kepentingan peribadi semata-mata.
ReplyDeletememang dia cuba membuat publisiti untuk diri sendiri...
Deletesekadar menjadikan isu ini sebagai batu loncatan untuk menaikkan nama beliau yang semakin tenggelam.. pemimpin2 pembangkang yang lain tidak ada pula buat kenyataan macam beliau..
Deletepatutlah Jeffrey berusaha menghalang robongan di-raja ini untuk menikmati kesegaran dan keaslian hutan hujan di Sabah.. rupanya dia tahu yang siapa sahaja yang datang melawat negeri ini pasti akan memuji2 keindahan alam semulajadi sekaligus memuji usaha2 konservasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Datuk Musa Aman..
Deletetidak perlu lah JK menunjukkan pandai beliau...pasangan diraja britain ini sudah pun merangka rancangan lawatan mereka ke sabah...JK langsung tiada kaitan dalam perkara ini...jadi janganlah memalukan diri sendiri..
ReplyDeletetak perlu layan JK tu, dia patut sokong mengalu- alukan pasangan diraja tersebut.
Deletememang itulah protokol sesebuah negeri atau negara bila ada rombongan besar datang ke negeri/negara itu.. mereka akan berjumpa dengan ketua negeri/negara itu, bukannya ketua pembangkang seperti Jeffrey..
Deleteseharusnya sebagai rakyat sabah, JK patut mengalu-alukan lawatan pasangan diraja britain ini ke sabah..yang mana akan membantu mempromosikan sektor perlancongan sabah ke mata dunia...
ReplyDeleteuke Cambridge Putera William dan isterinya Catherine Middleton pasti diperhatikan secara dekat semasa lawatan mereka ke Sabah, yang dijangka dihoskan oleh Ketua Menteri Musa Aman. ini satu berita baik untuk Sabah.
Deleteagaknya Jeffrey lupa bahawa dia adalah anak jati sabah sekalipun mempunyai ideologi dan latarbelakang politik yang berbeza dengan kerajaan negeri Sabah..
Deletedatuk sam mannan sudha memberikan penjelasan bahawa tuduhan ke atas musa aman berhubung dengan skandal pembalakan adalah tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata...
ReplyDeleteTuduhan-tuduhan ini adalah tidak berasas dan dibuat dengan niat tidak baik.
Deletepenjelasan Datuk Sam Manan itu sepatutnya cukup untuk memberikan gambaran jelas bahawa tuduhan yang dibuat oleh pembangkang negara ini dan pejuang alam sekitar asing adalah tidak tepat dan berunsur politik..
Deletekita seharusnya berbangga pasangan diraja ini akan melawat Sabah.
ReplyDeleteyup.. rakyat Sabah memang patut berbangga.. dalam banyak2 negeri di Malaysia, dan dalam banyak2 negara di dunia, Sabah juga dipilih sebagai destinasi lawatan bagi pasangan di-raja ini.
Deletenampak gayanya Jeffrey pun tergamak mahu mensabotaj ekonomi negeri Sabah yang banyak bergantung dengan sumber dari sektor pelancongan.. tidakkah Jeffrey rasa bersalah terhadap rakyat di negeri ini??
ReplyDeletekalau betulpun Jeffrey tidak suka dengan Musa Aman, beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang boleh menjejaskan imej Sabah di mata dunia..
ReplyDelete