Monday, January 21, 2013

UMNO Beaufort tidak tergugat walaupun tanpa Lajim Ukin

WALAUPUN ramai melihat gelora melanda lautan politik Barisan Nasional Parlimen Beaufort, namun hakikatnya anak-anak kapal yang ditinggalkan nakhodanya masih dapat mengemudi bahtera keramat Umno untuk meneruskan pelayaran menuju destinsasi perjuangan membela rakyat di bawah panji-panji Barisan Nasional.

Mengimbas kembali peristiwa mantan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meninggalkan anak-anak buahnya, ramai pemerhati melihat gelombang itu akan mencetuskan satu lanskap politik baru di Parlimen Beaufort, maka ia dianggap sebagai kawasan panas di kalangan penganalisis politik.

Sejak itu ramai ingin tahu sebarang perkembangan tentang tahap kelajuan tiupan angin dan ketinggian ombak perubahan samudera politik di Beaufort yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

Pelbagai tanggapan dan ramalan diutarakan oleh pemerhati politik samada dari pemerhati politik kelas atasan hinggalah kepada pemerhati politik yang bermain-main di kaki lima dan kedai-kedai kopi.

Ada juga yang membuat andaian bahawa bahtera Umno akan tenggelam kerana konon banyak cawangan akan dibubarkan apabila ahli-ahli di peringkat cawangan akan mengikut jejak pemimpin yang bergelar Janang Gayuh itu.

Semua orang bebas memberi pendapat dan teorinya dan kini sudah beberapa purnama tragedi kecil itu menjadi secebis sejarah dalam Umno Beaufort, namun sehingga artikel ini ditulis tiada satu pun cawangan yang telah dibubarkan; sekali gus menafikan ramalan pihak yang sudah melupakan jasa Umno setelah menghisap madu di sarang lebah milik rakyat.

Isnin Aliasnih yang telah diisytiharkan menjadi Pemangku Ketua Umno di peringkat bahagian Oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak pernah patah semangat.

Apatah lagi segala ilmu pelayaran dalam politik dicurahkan secara berterusan oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno di bahagian itu, Datuk Azizah Mohd Dun yang telah masak dengan sepak terajang di gelanggang politik sejak berusia 30 tahun itu berdiri teguh bersama Isnin dan barisan kepimpinan jawatankuasa Umno Beaufort yang majoritinya masih taat setia kepada perjuangan parti.

Menyedari mungkin ada sedikit kekeliruan di pemikiran rakyat akar umbi yang bertubi-tubi diracuni oleh pengkhianat parti, Isnin sebagai anak sulung yang telah matang dan Azizah sebagai ibu kepada keluarga Umno Beaufort; tidak berhenti turun padang menemui rakyat untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan pihak pembangkang terhadap kerajaan yang telah lama menghidupkan rakyat dalam keadaan sejahtera sejak sekian lama.

Kini realiti menjelaskan segalanya. Isnin dan Azizah tidak berjalan sendirian, di kiri kanan mereka ada Ketua Pergerakan Pemuda, Ishak Ibrahim dan Ketua Pergerakan Puteri, Saridah Mohd Dun. Di belakang mereka pula terdapat bala tentera barisan ahli jawatankuasa induk, pemuda dan puteri bahagian menjadi perisai bersama ahli-ahli Umno daripada 253 cawangan.

Sedikit sinopsis dari berjuta langkah perjuangan Umno Beaufort masa kini menterjemahkan bahawa segala kekuatan dan keutuhan Umno bahagian itu tidak pernah terggugat walaupun bom fitnah dan tohmahan sering dilemparkan ke markas perjuangan Umno.

Segala kekuatan yang ditunjangi perpaduan dan persefahaman di kalangan seluruh barisan kepemimpinan Umno Beaufort dibuktikan apabila mereka sering bersama-sama menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Baru-baru ini, pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi Limbawang A, barisan hadapan kepimpinan Umno bahagian telah bersatu hati rela hadir bersama-sama.

Ahli umno dan penduduk yang hadir menyaksikan sendiri Azizah, Isnin, Ishak, Saridah dan barisan jawatankuasa bahagian melestari makna perpaduan dalam perjuangan parti. Malah kehadiran pemimpin parti komponen BN Beaufort yang lain turut memberi isyarat bahawa BN Beaufort akan terus bertapak kukuh.

Setiap perjuangan perlu mempunyai senjata yang utuh. Sebagai pemimpin wanita yang diketahui rajin memabaca dan sering belajar dari sejarah, Azizah yang juga Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, menghunus senjata perjuangan dengan keris perpaduan.

“Kita tidak punya waktu untuk berpecah belah. Ayuh kita terus bersatu dalam Umno-BN. Kita tidak ada ruang lagi untuk benci-membenci jauh sekali untuk dengki-mendengki antara satu sama lain. Kita mesti bekerja kuat untuk mencapai kemenangan dan mempertahankan Parlimen Beaufort dan Dun Klias.

“Marilh kita terus meningkatkan permuafakatan. Kita ketepikan soal-soal kecil demi kepentingan perjuangan. Kalau ada masalah dan rasa tidak puas hati kita selesaikan secara baik. Saya percaya kejayaan dan kemenangan akan bersama kita,” katanya sambil mengingatkan supaya tidak mengalah dengan serangan pihak pembangkang.

“Jangan ambil peduli dengan sebarang tohmahan dan serangan-serangan melalui SMS dan Facebook. Mereka hanya ingin memecah belahkan kita. Kita tidak harus tewas dengan propaganda jahat mereka,” katanya disambut tepukan gemuruh penduduk yang hadir.

Adun Klias yang memegang jawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu juga mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan pembohongan pihak pembangkang.

“Kalau orang kata tidak ada pembangunun, itu adalah satu pembohongan yang besar. Yang terbukti di Kampung Limbawang ini sahaja antaranya kita sudah ada Klinik 1 Malaysia dan Perpustakaan Desa. Ini belum lagi pembangunan yang kita ada di seluruh daerah ini. Kita ada kompleks sukan, perpustakaan, jambatan kedua, dewan baru, Kolej Komuniti, jalan raya yang dinaiktaraf dan banyak lagi,” katanya sambil meminta rakyat menyedarinya.

Pada program yang bertemakan 1Malaysia Tolak Pembangkang itu, Isnin pula berkata kepimpinan BN dan kerajaan melaksanakan tanggungjawab untuk kepentingan dan kebaikan rakyat dan ia berbeza dengan pendekatan pemimpin pembangkang yang mahu mewujudkan kekeruhan di antara rakyat dengan kerajaan.

“Pemimpin-pemimpin BN turun padang memberitahu rakyat tentang dasar-dasar kerajaan, tentang program-program pembangunan, bantuan, peluang-pelunag yang disediakan oleh kerajaan.

"Tetapi pemimpin pembangkang menemui penduduk dengan perkara-perkara negatif. Menjaja cerita memburuk-burukkan kerajaan BN. Pelbagai tohmahan dilemparkan dengan tujuan meracuni pemikiran rakyat agar membenci kerajaan.

"Semua itu mereka sanggup lakukan demi kepentingan politik peribadi,” katanya sambil berharap kepada kira-kira 3,000 pengundi muda di kawasan itu dapat menilai dengan bijak.

Pada majlis itu, Isnin yang juga Setiusaha Politik kepada menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, menyampaikan sumbangan kewangan kepada Persatuan Belia Kg Kukut dan Kumpulan Gambus Kg Lajau yang masing-masing menerima RM3,000.

Sumbangan sebanyak RM1,000 pula diberikan kepada Kumpulan Klias Rhytam of Gambus dan Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kg Kebidang.

Majlis yang merimbun keceriaan dan subur mekar mewangi sebuah perjuangan demi masa depan generasi masa depan menyaksikan beberapa pengunjung tersenyum gembira membawa pulang hadiah kerana menjadi pengunjung bertuah. Sebilangannya pula kembali ke rumah dengan langkah syukur membawa sekampit beras buah tangan pemimpin. - Sabahkini

16 comments:

  1. Lajim mengidamkan kerusi Ketua Menteri Sabah sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semenjak 30 thun lalu lg jeffrey mengidam untuk jd ketua menteri sabah. Dia akan terus bermimpi tanpa membantu beaufort..

      Delete
  2. Lajim sebenarnya tidak 'sekepala' dengan Ketua Wanita UMNO Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun yang pernah menjadi ahli Parlimen Beaufort.

    ReplyDelete
  3. Kisah Bumburing dan Lajim ini sama kes dengan Anwar, orang putih kata 'birds of a feather flock together' atau terjemahannya, burung sebulu terbang bersama.

    ReplyDelete
  4. Bagi Bumburing, Lajim dan Anwar, kalau orang tak percaya,mereka tidak rugi apapun, tetapi jika ada lagi yang masih bergantung harap kepada mereka, itu bonus.

    ReplyDelete
  5. UMNO Beaufort akan tetap kukuh.

    ReplyDelete
  6. JIKA LAJIM UKIN MASIH DALAM UMNO, PASTI UMNO AKAN KALAH DI BEAUFORT.. KEGAGALAN LAJIM MEMBANGUNKAN KAWASAN BELIAU (BEAUFORT) BAKAL MENJADI BEBAN KEPADA UMNO JIKA BELIAU MASIH BERADA DALAM PARTI ITU..

    ReplyDelete
  7. PAKATAN RAKYAT YANG AKAN TERJEJAS KERANA MENERIMA PARASIT SEPERTI LAJIM UKIN.. LAJIM BUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH, JUJUR DAN IKHLAS MEMBANTU RAKYAT

    Berdasarkan pendedahan Raja Petra Kamarudin melalui artikel Tales From the East, Lajim Ukin sebenarnya sudah lama menjadi beban kepada umno Sabah ekoran skandal rasuah beliau sejak memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri dan parti.

    ReplyDelete
  8. PAKATAN RAKYAT YANG AKAN TERJEJAS KERANA MENERIMA PARASIT SEPERTI LAJIM UKIN.. LAJIM BUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH, JUJUR DAN IKHLAS MEMBANTU RAKYAT

    Malah, menurut RPK Lajim keluar meninggalkan umno juga didorong oleh sikap tamak beliau yang menuntut balasan berbentuk wang ringgit bagi membayar hutang-hutangnya serta menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya jawatan Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  9. PAKATAN RAKYAT YANG AKAN TERJEJAS KERANA MENERIMA PARASIT SEPERTI LAJIM UKIN.. LAJIM BUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH, JUJUR DAN IKHLAS MEMBANTU RAKYAT

    Namun Lajim tidak boleh dijadikan Ketua Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerana terlalu banyak skandal rasuah beliau yang menurut RPK akan didedahkan pada bila-bila masa sebaik penamaan calon dibuat.

    ReplyDelete
  10. PAKATAN RAKYAT YANG AKAN TERJEJAS KERANA MENERIMA PARASIT SEPERTI LAJIM UKIN.. LAJIM BUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH, JUJUR DAN IKHLAS MEMBANTU RAKYAT

    Bukan sahaja RPK, malah Datuk Musa Aman juga tahu skandal rasuah Lajim Ukin. Atas sebab itu Lajim Ukin tidak disenaraikan sebagai "winnable candidate" oleh Datuk Musa Aman bagi membolehkan beliau dicalonkan pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  11. PAKATAN RAKYAT YANG AKAN TERJEJAS KERANA MENERIMA PARASIT SEPERTI LAJIM UKIN.. LAJIM BUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH, JUJUR DAN IKHLAS MEMBANTU RAKYAT

    Menyedari masa depannya semakin gelap, maka terpaksalah Lajim keluar meninggalkan umno dan menyokong pembangkang bagi melepaskan dendam kesumat beliau terhadap kepimpinan Datuk Musa Aman, sekaligus untuk mencapai hasrat beliau untuk menduduki jawatan yang lebih tinggi dari Timbalan Ketua Menteri.

    ReplyDelete
  12. PAKATAN RAKYAT YANG AKAN TERJEJAS KERANA MENERIMA PARASIT SEPERTI LAJIM UKIN.. LAJIM BUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH, JUJUR DAN IKHLAS MEMBANTU RAKYAT

    Amat pelik apabila politikus seperti Lajim Ukin yang tidak lagi mendapat tempat dalam kerajaan mahupun parti tiba-tiba timbul kesedaran untuk melakukan perubahan bagi menumbangkan kerajaan yang selama ini banyak menyumbang kepada kemewahan beliau.

    ReplyDelete
  13. PAKATAN RAKYAT YANG AKAN TERJEJAS KERANA MENERIMA PARASIT SEPERTI LAJIM UKIN.. LAJIM BUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH, JUJUR DAN IKHLAS MEMBANTU RAKYAT

    Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika 5 atau 10 tahun lepas? Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika Lajim Ukin dengan rakus membolot projek-projek kerajaan?

    ReplyDelete
  14. PAKATAN RAKYAT YANG AKAN TERJEJAS KERANA MENERIMA PARASIT SEPERTI LAJIM UKIN.. LAJIM BUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH, JUJUR DAN IKHLAS MEMBANTU RAKYAT

    Berikut adalah ringkasan pendedahan RPK berkenaan dengan skandal rasuah Lajim Ukin;

    - Penaja Kewangan Lajim, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W, Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J. “J” bermaksud “jackpot”.
    - Pada tahun 2007, sebelum PRU 2008, Lajim telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina Kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr. W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk disalurkan ke Tabung Pilihanraya PRU 12.
    - Mr. W telah membayar RM8 juta kepada Lajim.
    - Walaubagaimanapun, Mr. W tidak mendapat apa-apa projek melainkan 55 keping cek yang tidak bertarikh berjumlah RM3 juta. Namun semua cek itu tidak bernilai.
    - Pernah satu masa, Lajim berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800,000 dan dia terpaksa menggadaikan dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut.
    - Projek RM50 juta untuk membina Kolej Islam itu sebenarnya tidak wujud. Dan Mr. W tidak lagi mahu membantu Lajim. (Sebab itu Lajim terpaksa mencari seorang penaja baru)

    ReplyDelete
  15. PAKATAN RAKYAT YANG AKAN TERJEJAS KERANA MENERIMA PARASIT SEPERTI LAJIM UKIN.. LAJIM BUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH, JUJUR DAN IKHLAS MEMBANTU RAKYAT

    Sebenarnya, Mr. W mahu wangnya dikembalikan dan sekiranya tidak, dia akan mendedahkan perkara ini. Dan oleh sebab itu, Umno tidak mahu lagi mencalonkan Lajim dalam PRU akan datang. Dan sebab itu juga secara tiba-tiba, Lajim “tersedar” dan kemudiannya menyertai pembangkang untuk membuat perubahan yang kononnya berpaksikan keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, memerangi rasuah, penyelewengan kuasa…dan macam-macam lagi. Sedangkan dialah yang rasuah!

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.