Monday, May 6, 2013

Calon Harapan Anwar Ibrahim Gagal Mencetuskan Tsunami Politik di Sabah

Kota Kinabalu: ‘Orang kuat’ pembangkang di Sabah termasuk bekas Ahli Parlimen, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wlfred Bumburing masing-masing tewas dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi mereka atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Lajim yang bertanding atas tiket PKR selepas meninggalkan BN tahun lalu tewas kepada Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, manakala Bumburing yang turut menggunakan lambang PKR kalah kepada calon BN yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau. 

Bagaimanapun, Lajim merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang sebelum ini disandang Azizah apabila menewaskan calon muka baru BN, Isnin Aliasnih hanya dengan kelebihan 179 undi.

Sementara itu, bekas Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee turut gagal dalam usahanya memenangi kerusi DUN Likas apabila tewas teruk dengan hanya memperoleh 1,487 undi. 


So, apa kata blogger Sabahterkini2u mengenai kekalahan dua calon winnable; yang pada pandangan Anwar Ibrahim bakal membawa kejutan atau tsunami politik di negeri ini? Bukan main lantang lagi kedua-dua "Raja Katak" berkempen memperomosikan diri disamping memburuk-burukkan parti yang telah banyak berjasa kepada mereka. Nah.. akhirnya pembelotan mereka bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah berjaya menconteng arang ke muka Anwar Ibrahim yang selama ini sangat mengidamkan satu perubahan yang memihak kepada dirinya..

Teringat pada satu ketika diawal pembelotan kedua-dua Raja Katak ini, satu majlis telah diadakan bertempat di Restoran Singgah Singgarung sebagai simbolik meraikan penyertaan Lajim dan Bumburing ke dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat. Dalam kekhusyukan mereka berkempen, dan tepat pada waktunya Anwar Ibrahim tiba di restoran tersebut, tiba-tiba ribut kencang melanda kawasan itu. Bagi mengelakkan orang ramai menyifatkan insiden tersebut sebagai petanda buruk kepada Pakatan Rakyat, maka terpaksalah puak-puak terdesak ini menggunakan bakat putar-belit mereka dengan membayangkan bahawa insiden itu sebagai Ribut Perubahan yang dibawa oleh Anugerah Tuhan atau Anwar Ibrahim dari Semenanjung.. 

Pergh!! Begitulah taksubnya puak-puak ini terhadap kepimpinan seorang insan yang sehingga hari ini gagal membuat penjelasan konkrit mengenai tuduhan liwat dan skandal seks beliau.

Berbalik kepada Datuk Lajim Ukin, sudah tiba masanya untuk beliau bersara dari politik dan memberikan laluan kepada pemimpin-pemimpin muda dikalangan kaum Bisaya untuk menggantikan tempat beliau. Gelaran Janang Gayuh juga sudah tidak layak disandang oleh Lajim kerana kekalahan di Beaufort jelas menunjukkan bahawa Lajim bukan lagi Janang Gayuh bagi kaum Bisaya. Samada penolakan rakyat terhadap kepimpinan Lajim itu disebabkan oleh pembelotan terhadap umno, prestasi yang kurang cemerlang, atau sikap beliau yang suka berjudi, yang pasti karier politik beliau sudah sampai kepada penghujungnya.

Baru-baru ini Lajim ada membuat kenyataan bahawa beliau masih ahli umno dan menunggu dirinya dipecat oleh Lembaga Disiplin Umno. Jika tidak ada tindakan diambil, beliau akan menghantar borang keluar parti selepas pilihanraya umum (5 Mei 2013). Persoalannya, kenapa Lajim perlu menunggu dirinya dipecat? dan kenapa perlu tunggu selepas pilihanraya umum untuk menyerahkan borang keluar parti?? Adakah Lajim berniat mahu menyertai semula umno selepas mengetahui BN masih kekal memerintah selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini??

Apa-apapun, tahniah kepada Datuk Azizah Mohd Dun kerana berjaya memecahkan sikap ego dan angkuh Datuk lajim Ukin dan para penyokong-penyokongnya...

3 comments:

  1. Lajim akhirnya kalah kepada Azizah, nampaknya rakyat Beaufort hilang keyakinan terhadap Lajim

    ReplyDelete
  2. Sebab kenapa rakyat Beaufort sukung dengan aziza. kerana rakyat Beaufort suka jadi pencacai umno bn malaya. itulah rakyat Beaufort itu rila gadaikan sabah ini kepada pemimpin Malaya.lagi pun ketua menteri sabah itu keturunan pakistan dan mereka suka sabah ini diperinta oleh pakistan dan saya rasa rakyat sabah penyokong umno bn malaya adalah bodoh jadi pencacai umno bn.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.