Thursday, May 2, 2013

Negara Akan Dijajah Jika Pembangkang Memerintah

BEAUFORT: Negara dikhuatiri akan dijajah semula sekiranya pihak pembangkang diberi peluang untuk memerintah, kata Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia. 

Datuk Azizah Mohd Dun berkata terdapat dakwaan bahawa pemimpin parti pembangkang mempunyai hubungan akrab dengan pihak tertentu di luar negara yang berkeinginan untuk menguasai negara ini melalui era penjajahan baru. 

“Jangan benarkan pembangkang menjadi pemerintah kerana kita khuatir akan dijajah semula. Ini disebabkan mereka sanggup menjadi kuda tunggangan anasir luar yang mahu menguasai negara kita seperti apa yang telah terjadi di beberapa negara lain,” katanya pada program Ziarah Pemimpin Bersama Pengundi di Kota Klias, di sini malam kelmarin. 

Hadir sama, mantan Ahli Parlimen merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya BN Parlimen Beaufort, Datuk Nurnikman Abdullah, Ketua Bahagian PBS Dun Klias, James Digi, Pengerusi Parti Gerakan Beaufort, Robert Lee, Setiausaha Umno Bahagian Beaufort, Jali Nordin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort, Ishak Ibrahim, Ketua Puteri Umno Beaufort, Saridah Mohd Dun dan mantan Naib Presiden SAPP, Datuk Rashid Gadur. 

Calon Barisan Nasional Parlimen Beaufort itu meminta pengundi memilih kerajaan yang ada sekarang demi memastikan kemerdekaan dan kedaulatan negara ini terus terpelihara. 

“BN merupakan parti terbaik di negara ini. Sebuah kerajaan yang menyayangi rakyat apatah lagi di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“Apa yang rakyat perlukan sudah banyak yang dipenuhi dan akan terus diberikan kerajaan BN. Untuk itu kita perlu memberi mandat yang besar kepada BN untuk memastikan segala kebaikan yang dibawa oleh BN dapat dinikmati sehingga kepada generasi seterusnya. 

“Keputusan bijak kita bakal mencorak masa depan yang baik kepada anak cucu kita. Sayangilah mereka dengan mengundi BN,” katanya. 

Azizah yang hadir bersama calon BN Dun Klias, Isnin Aliasnih, juga mengingtkan perkara yang sama di Majlis Pemimpin BN Bersama Rakyat di Kg Parit Kelabu, Beaufort pada hari sama.

9 comments:

  1. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus 'ditelanjangkan' oleh
    bekas sahabat-sahabat karibnya yang semakin galak tampil mendedahkan
    warna sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

    ReplyDelete
  2. Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan, terdapat tujuh sebab mengapa Anwar perlu ditolak dan tidak layak menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  3. antaranya beliau dikatakan mempunyai masalah moral, didakwa mempunyai
    hubungan baik dengan Israel dan menyokong murtad kes Lina Joy serta
    surat daripada isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail setebal
    18 muka kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
    mengandungi luahan hatinya.

    ReplyDelete
  4. Malulah kita kepada pemimpin negara lain terutama dari dunia Islam
    seperti Arab Saudi, Mesir dan negara-negara jiran apabila membenarkan
    individu seperti beliau menjadi Perdana Menteri."

    ReplyDelete
  5. antara sebab lain yang perlu dilihat bagi menolak Anwar adalah kerana beliau pendukung kepada liberalisme dan pluralisme agama.

    ReplyDelete
  6. Liberalisme agama ini sangat bahaya kerana membawa fahaman sama rata di
    antara semua agama dan ini tidak boleh dilaksanakan kerana Islam tidak
    boleh disamakan dengan agama lain,

    ReplyDelete
  7. beliau juga mengingatkan rakyat bahawa, Anwar mempunyai ramai kenalan dan sahabat Yahudi.

    ReplyDelete
  8. Anwar juga didakwa menolak Islam apabila pemimpin itu dengan lantang
    menyatakan usaha untuk menjadikan negara berbilang bangsa seperti
    Malaysia sebagai negara Islam sukar untuk dilaksanakan.

    ReplyDelete
  9. Malah beliau juga menyatakan permohonan Lina Joy untuk menukar agama
    adalah hak peribadi. Mana boleh orang hendak murtad dikatakan hak
    peribadi? Jadi kita semua harus lihat dan fikir dengan jelas perkara
    ini," katanya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.