Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Dr Ewon Ebin mengupas isu kemiskinan Sabah dalam temu bual dengan Ketua Biro Bernama Sabah, Newmond Tibin.
Berikut ialah petikan temu bual itu:-
BERNAMA: Bagaimana Datuk melihat perbezaan kadar kemiskinan sebelum Sabah mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dan selepas merdeka?
DR EWON: Kalau kita lihat keadaan di negeri Sabah sebelum merdeka memang jelas kadar kemiskinan amat tinggi sekali khususnya di luar bandar. Ini disebabkan beberapa faktor.
Pertama ketiadaaan infrastruktur yang boleh menghubungkan satu kawasan ke kawasan lain di luar bandar. Yang kedua orang di luar bandar dulu menggunakan cara tradisional untuk mengusahakan tanah mereka.
Tetapi keadaan sekarang jauh berbeza. Sekarang ini, banyak kawasan luar bandar yang mendapat kemudaahan asas yang begitu baik. Jalan raya atau jalan kampung ada di sana sini bukan sahaja menghubungkan kampung-kampung tetapi juga menyediakan kemudahan jalan sehingga ke kawasan tanah pertanian, sekaligus membantu meningkatkan ekonomi mereka.
Misalnya di kawasan saya di Kudasang pada tahun 1985, ada penduduk kampung yang terpaksa berjalan kaki sehingga enam jam dari satu kampung yang ada jalan ke kampung terpencil yang tidak ada jalan raya tetapi sekarang kawasan ini sudah ada jalan raya. Selain itu, kerajaan juga memberi pelbagai bantuan kepada orang kampung termasuk khidmat nasihat mengenai cara mengusahakan tanah.
Begitu juga dalam soal pendidikan, dulu terlalu sedikit kanak-kanak di luar bandar yang mendapat pendidikan tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sesuai dan diperlukan untuk membolehkan mereka bersaing di pasaran kerja. Kini keadaaan sudah berubah. Hampir semua kawasan luar bandar mempunyai bangunan sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Banyak orang kita yang dapat belajar dan mendapat ilmu pengetahuan. Jelas sekali, terdapat kesedaran penduduk luar bandar tentang pentingnya pendidikan. Selain itu, penyediaan kemudahan bekalan elektrik dan air turut menyumbang keselesaan golongan miskin di Sabah.
BERNAMA: Sejauh manakah kejayaan program pembasmian kemiskinan di Sabah terutama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih semula tampuk pemerintahan negeri pada tahun 1994?
DR EWON: Kejayaan program ini amat membanggakan. Namun masih ada ruang untuk memperbaiki lagi keadaan. Sebenarnya, kerajaan negeri telah melaksanakan banyak program untuk membasmi kemiskinan selepas kerajaan BN mengambil alih semula tampuk pemerintahan negeri pada tahun 1994. Antaranya ialah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Banyak keluarga miskin atau termiskin yang mendapat faedah daripadanya. Kerajaan juga memberikan bantuan zink untuk atap rumah dan tangki air untuk kemudahan keluarga miskin. Bantuan subsidi padi juga diberikan kepada petani yang layak yang mengusahakan tanah mereka untuk penanaman padi (sawah). Saya fikir bantuan seumpama ini sedikit sebanyak meringankan beban untuk mengusahakan tanah mereka.
BERNAMA: Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa kerajaan lambat bertindak atau kurang berjaya menangani isu kemiskinan di Sabah. Apa komen Datuk tentang tanggapan ini?
DR EWON: Saya kurang bersetuju dengan tanggapan ini. Sebenarnya, kerajaan begitu sungguh-sungguh untuk mencari jalan penyelesaiaan masalah ini. Dari semasa ke semasa, kerajaan sentiasa merancang strategi tertentu untuk membela nasib rakyat miskin khususnya di kawasan luar bandar, dan pada masa yang sama kita cuba menukar minda mereka supaya bersikap terbuka dan sedia menerima pembaharuan.
Misalnya, pada masa pemerintaan Parti Berjaya dulu, kerajaan cuba menempatkan penduduk kampung terpencil yang berselerak di kawasan pedalaman di satu tempat yang difikirkan sesuai. Malangnya ramai yang merasa tidak secocok dengan kehidupan di kawasan penempatan baru kerana mereka sudah biasa kehidupan yang simple. Bagi mereka asalkan ada makanan, garam dan sayur yang diperoleh atau ditanam di kawasan hutan, mereka boleh hidup selesa.
Sebab itu program penempatan semula atau pemberian rumah itu kurang sambutan dan sekaligus menjejaskan sedikit kelancaran program pembasmian kemiskinan di negeri ini. Dalam hal ini, apa yang kita lakukan ialah mendorong dan meyakinkan mereka supaya merubah minda dan cuba mengusahakan tanah mereka dengan pelbagai tanaman, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan mereka tetapi juga untuk tujuan komersil, sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka.
BERNAMA: Adakah Datuk bersetuju pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) banyak menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat Sabah, sekaligus membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan?
DR EWON: Sememangnya Dasar Ekonomi Baru adalah satu dasar kerajaan yang baik dan dasar itu antara lain bertujuan membasmi kemiskinan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarat di negara ini termasuk di Sabah.
Memang banyak perbezaan dahulu dan sekarang. Sebelum DEB diperkenalkan, banyak perkara yang didominasikan oleh satu pihak sahaja dan selepas DEB diperkenalkan banyak kaum Bumiputera termasuk di Sabah yang kebanyakannya dari kawasan luar bandar menikmati faedah daripada dasar itu yang memberikan kuota khas kepada Bumiputera dalam semua bidang termasuk bidang ekonomi.
Saya lihat kerajaan melalui dasar ini benar-benar berusaha untuk membantu meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar dan jelas sekali Dasar Ekonomi Baru ini berjaya membawa perubahan yang ketara kepada rakyat negara ini khususnya kaum Bumiputera di Sabah.
BERNAMA: Satu daripada projek pembasmian kemiskinan di luar bandar ialah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Sejauh manakah kejayaan pelaksanaan projek itu? Ada pihak yang mengatakan bahawa ramai penduduk kampung yang layak tetapi tidak diberi peluang memiliki rumah itu, apa komen Datuk?
DR EWON: Hasrat kerajaan melancarkan projek PPRT adalah begitu ikhlas tetapi tidak dinafikan ada juga penduduk yang layak, â€Å“tertinggalâ€. Bagaimanapun kita akan cuba mencari jalan untuk membantu mereka secepat yang mungkin. Projek PPRT ini sebenarnya mendapat sokongan yang kuat daripada kerajaan Pusat dan baru-baru ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengumumkan untuk membina sekitar 50,000 rumah PPRT di seluruh negara dan kebanyakannya akan dibina di Sabah dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Saya fikir dengan terlaksananya program perumahan ini banyak rakyat yang miskin atau miskin tegar akan memiliki rumah yang lebih selesa. Setiap tahun kita laksanakan program PPRT dan tahun ini sahaja kita akan membina antara 35 dan 50 rumah PPRT di setiap daerah di Sabah yang akan diagih-agihkan kepada mereka yang layak. Kita berharap dalam tempoh tiga tahun akan datang lebih ramai lagi golongan miskin yang kita dapat berikan kemudahan rumah PPRT. Kita ada senarai rakyat miskin yang mempunyai pendapatan kurang RM900 yang sepatutnya diberi keutamaan dalam program PPRT.

Sumber: New Sabah Times
teruskan lagi usaha basmi kemiskinan.
ReplyDeleteSememangnya kalau banding masa2 lalu, memang sudah banyak perubahan yang dialami oleh penduduk.
ReplyDeletebenar.. pemimpin dan penyokong2 pembangkang saja yang tidak nampak perubahan2 itu.. maklumlah terpengaruh dengan janji2 bulan dan bintang para pemimpin2 pembangkang..
DeleteSemoga kerajaan akan terus usahakan untuk menjangkau kawasan2 luar bandar untuk dibangunkan.
ReplyDeleteuntuk membasmi kemiskin, rakyat juga perlu memainkan peranan mereka dengan menyokong apa sahaja usaha2 kerajaan tanpa terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang tentunya mahu menggagalkan apa sahaja usaha kerajaan..
DeletePembangkang akan gunakan isu kemiskinan untuk mendekat rakyat
ReplyDeletepembangkang lebih teruk kerana memohon derma dari rakyat miskin dengan alasan parti mereka miskin sedangkan mereka mampu hidup mewah mengatasi pemimpin2 negara..
DeleteIsu kemiskinan memberi peluang kepada pembangkang untuk meracun fikiran rakyat
ReplyDeletedi negeri2 yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat juga masih terdapat rakyat miskin..
Deletekalau tidak silap, Datuk rahman dahlan pernah membangkitkan isu keluarga ramai atau anak ramai dalam blog beliau.. apabila keluarga itu miskin, dan dalam masa yang sama anak mereka pula ramai, bagaimana mereka mahu menyara keluarga? bagaimana mereka mahu menyekolahkan anak2?? sudah anak2 ini juga akan mewarisi kemiskinan ibubapa mereka sekaligus terus menyumbang kepada statistik kemiskinan Sabah..
ReplyDeleteperancangan keluarga itu penting.. ikutlah kemampuan.. jangan sampai anak pula jadi mangsa kemiskinan..
ReplyDeleteThe poverty rate in Sabah will continue to decline based on a study which showed a drop of 4.5 per cent from 24.2 per cent in 2004 to 19.7 per cent in 2009.
ReplyDelete
ReplyDeleteExpressing confidence, Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said the biggest decline in poverty rate was 13.2 per cent which was recorded in the interior – from 29 per cent in 2004 to 15.8 per cent five years later.
ReplyDeleteMusa who is also Finance Minister said this clearly reflected the commitment of both the state and federal governments in addressing poverty in the country.
ReplyDeleteHe added that all the agencies charged with the task of carrying out poverty eradication programmes had been asked to work closely and with dedication to ensure the target groups would benefit from the programmes.
ReplyDeleteThe poverty rate will continue to decline if everyone, including government officers and implementing agencies give full cooperation
ReplyDeleteThis was mention by Musa chairing a meeting of the Steering Committee on People’s Welfare Development and Poverty Eradication Schemes.
Among the projects to eradicate poverty were the Mini Estet Sejahtera (Mesej) projects, PPRT Plantations (PPRT), Agropolitan, 1 Azam, Housing Aid Programme, Urban Poverty Eradication Programme and Saham Bumiputera (ASB).
ReplyDelete
ReplyDeleteThese programmes are for poor household heads and hardcore poor household heads registered under the e-Kasih system.
All these Mesej projects are expected to involve over 2,000 hardcore poor heads of household.
ReplyDeleteMusa said thus far, at 12 out of 29 oil palm rubber Mesej estates and six Mesej micro estates had been fully developed while a survey and application for land were being done for another four new ones for implementation next year.
ReplyDelete
ReplyDeleteApart from that, the state government was also considering to implement another PPRT in Nabawan, in addition to the two existing ones in Tongod and Kalabakan.
And according to Musa, 1,167 hardcore household heads at the PPRT plantations in Tongod and Kalabakan were receiving a monthly dividend of RM400 each.
ReplyDelete
ReplyDeleteApart from that, there are also job opportunities and housing facilities in these plantations.
ReplyDeleteMeanwhile, the Chief Minister said 1,143 of the 1,400 new houses under the Housing Aid Programme carried out by the various local authorities had been completed as of September 5 this year.
ReplyDeleteHe said another 600 units were at various stages of implementation, bringing to 2,000 the total number of such houses approved for this year and at a cost of RM100 million.
A total of 7,147 units had been approved since the programme was launched in 2010.
ReplyDelete