Saturday, November 17, 2012

Pembasmian Kemiskinan di Sabah Berjaya Capai Matlamat

Datuk Musa Aman
Usaha pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan di negeri ini berjaya mencapai matlamat apabila kadarnya menurun daripada 24.2 peratus pada 2004 kepada 19.7 peratus pada 2009. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, penurunan tertinggi dicatatkan adalah di bahagian pedalaman iaitu sebanyak 15.8 peratus.

Pencapaian positif kerajaan dalam membasmi kemiskinan di negeri ini adalah hasil pelaksanaan projek pembangunan ekonomi dalam pelbagai sektor khususnya di luar bandar. Antaranya, projek Mini Estet Sejahtera (Mesej), agropolitan, ladang Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), 1Azam, Program Bantuan Rumah (PBR), Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Setakat ini terdapat 29 buah Mesej sawit dan getah, akuakultur (enam), mikro pertanian (tujuh) dan Mesej Bersepadu pula dua telah diwujudkan di kawasan-kawasan miskin di seluruh negeri. Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 12 Mesej dan Mesej mikro (enam) telah siap sepenuhnya manakala empat Mesej baru sedang dalam proses pengukuran dan permohonan tanah untuk dilaksana bermula 2012.

Pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi melaksanakan pembinaan sebanyak 2,000 buah unit rumah baru di Sabah di bawah PBR. Jumlah keseluruhan rumah baru yang dibina sejak PBR bermula di negeri ini dua tahun lalu adalah sebanyak 7,149 buah. - Datuk Seri Musa Aman

Dr. Ewon Ebin
Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Ewon Ebin berkata sebahagian besar peruntukan RM18.5 juta untuk program pembasmian kemiskinan tahun depan akan dibelanjakan bagi meneruskan projek-projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) yang masih dalam pelaksanaan, di samping memulakan beberapa Mesej baharu.

Di samping itu, peruntukan sebanyak RM1 juta di bawah Pembangunan Usahawan Desa akan membolehkan kementerian ini meneruskan pelaksanaan pusat-pusat keusahawanan desa sebagai tambahan dan naik taraf kepada tiga Pusat Usahawan Desa yang telah dibangunkan di Pitas, Beluran dan Penampang.

Ewon berkata kementerian itu turut memperoleh peruntukan RM55 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan Program Bantuan Rumah (PBR) di Sabah tahun depan. - Dr. Ewon Ebin

12 comments:

  1. kadar kemiskinan di Sabah makin lama makin berkurangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadar kemiskinan tinggi waktu zaman yong teck lee.. entah kenapa pada waktu itu tidak ada yang serang yong..

      Delete
  2. Mungkin perlu sertakan statistik terkini untuk kadar kemiskinan di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bagus juga tu.. kalau boleh statistik kemiskinan dikeluarkan setiap 6 bulan.. barulah rakyat dan pemimpin2 pembangkang nampak hasil usaha kerajaan..

      Delete
  3. Harap kawasan2 yang belum lagi ada projek2 pembasmian kemiskinan akan dapat merasainya tidak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan banyak bagi tumpuan di kawasan2 pedalaman.. namun seperti biasa, pembangkang akan cuba menggagalkan apa sahaja usaha kerajaan supaya rakyat terus miskin dan kemiskinan itu terus menjadi bahan politik pembangkang..

      Delete
  4. Kemiskinan tidak akan dapat dibasmi dengan sekelip mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dinafikan kemiskinan masih ada di Sabah tapi kerajaan berusaha mengurangkang kadar kemiskinan di sabah

      Delete
    2. cara terbaik untuk membasmi kemiskinan ialah, dengan menggalakka rakyat supaya merebut segala peluang yang disediakan kerajaan dan sentiasa mempunyai initiatif sendiri untuk memajukan diri.. bukannya mengikut telunjuk pembangkang yang asyik mahu rakyat supaya bergantung sepenuhnya dengan bantuan kerajaan..

      Delete
  5. Kemiskinan ada di mana2 tapi kerajaan sentiasa berusaha mengeluarkan rakyat dari garis kemiskinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan tidak pernah menghalang rakyat untuk keluar dari garis kemiskinan.. malah pelbagai bantuan disediakan untuk golongan miskin, golongan belia dan juga wanita..

      Delete
  6. bukan mudah untuk membasmi kemiskinan di Sabah ketika majoriti penduduknya tertumpu di kawasan2 luar bandar.. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia, ditambah lagi dengan pola penempatan yang berselerak.. situasi ini sudah tentu menyukarkan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam waktu yang singkat..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.