Sunday, November 18, 2012

Agenda Pembasmian Kemsikinan Kerajaan Sabah 2013



Agenda untuk pembasmian kemiskinan akan diteruskan di bawah Rolling Plan ke tiga RMKe 10. Dalam Bajet 2013, peruntukan sebanyak RM202.12 juta disediakan untuk pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan dengan matlamat sasaran pensifaran miskin tegar dan pengurangan miskin relatif.

Dalam teks ucapan bajet tersebut, Datuk Musa Aman turut menekankan bahawa program-program pembasmian kemiskinan tegar seperti program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Ladang-Ladang PPRT, satu program usahasama kerajaan negeri dengan Kumpulan Sawit Kinabalu yang diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu telah menampakkan impak yang ketara dan kini sedang mengeluarkan hasil .

Peserta-peserta Ladang PPRT Tongod dan Ladang PPRT Kalabakan terdiri daripada 1,167 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) kini sedang menerima dividen masing masing bernilai RM400 sebulan yang merupakan tambahan kepada pendapatan bulanan mereka sekaligus membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan tegar.

MESEJ Sungai Laba, Pulau Sebatik di daerah Tawau dan MESEJ Bunang 1 di daerah Keningau sudah mengeluarkan hasil sejak akhir tahun 2011. MESEJ Bunang 2 (Liawan) di Keningau; MESEJ Labang di Nabawan dan MESEJ Balat di Kinabatangan dijangka akan mengeluarkan hasil dalam masa terdekat. Memandangkan keberkesanan MESEJ sebagai mekanisme pembangunan kesejahteraan rakyat khususnya Ketua Isi Rumah Miskin Tegar, kerajaan akan terus memberikan keutamaan kepada program tersebut. Pada tahun 2013, 4 buah MESEJ baru masing-masing di daerah Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut akan dilaksanakan sebagai tambahan kepada 44 buah MESEJ yang sedia ada di seluruh negeri Sabah.

Selain program-program pembasmian kemiskinan yang disebutkan tadi, kerajaan melalui Yayasan Usaha Maju (YUM), menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan miskin, mudah miskin dan miskin tegar yang sebahagian besarnya melibatkan golongan wanita. Kemudahan pinjaman diberikan untuk menjalankan aktiviti keusahawanan dalam sektor pertanian, penternakan, perikanan, perniagaan jual beli, pemprosesan, pertukangan, jahit menjahit dan perkhidmatan. Sehingga kini, YUM telah mengeluarkan pinjaman kepada seramai 22,861 orang peminjam wanita termasuk ibu tunggal yang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM149 juta dengan kadar bayaran balik pinjaman melebihi 95%. YUM akan terus membantu usahawan wanita dengan menyasarkan penyerahan pinjaman berjumlah RM40 juta pada tahun hadapan yang bakal dimanfaatkan oleh hampir 10,000 orang peminjam. Untuk membolehkan YUM memperluaskan operasinya, maka dalam Bajet 2013, pemberian sebanyak RM7.5 juta dicadangkan kepada YUM.

Kerajaan yakin dengan pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan ini dan disokong lagi oleh program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini, masalah kemiskinan khususnya kemiskinan tegar di negeri Sabah akan dapat ditangani dengan berkesan.

Sumber: Ucapan Bajet Negeri Sabah 2013

25 comments:

  1. membasmi kemiskinan sentiasa jadi agenda utama kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang sebenarnya suka bila rakyat miskin.. supaya mereka sentiasa mempunyai isu untuk dipolitikkan setiap kali berlaku pilihanraya..

      Delete
  2. Rakyat juga kena rajin berusaha untuk membantu diri sendiri supaya dapat keluar dari belenggu kemiskinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau setakat duduk rumah tunggu bantuan datang bergolek, 100 kali tukar kerajaan pun tetap akan miskin..

      Delete
  3. Manfaat dan hargailah program2 yang dilaksanakan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan jangan mudah termakan hasutan pembangkang yang mahu menggagalkan apa sahaja usaha2 murni kerajaan..

      Delete
  4. Sabah has grown as a progressive, prosperous, peaceful and stable state under approaches taken by the Barisan Nasional (BN) government, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.


    Later, he announced a funding of RM100,000 for the Federation of Chinese Associations Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "This allowed Sabah to be on track in becoming a sustainably developed state," he said in his remarks at the installation of office bearers of the Sabah Federation of Chinese Association.

      Delete
    2. Musa said the state' s economic development has remained resilient and "as most of you know we now have a strong reserve.

      Delete

    3. "This is testimony of our commitment to promote human capital growth together with economic and infrastructure development for the benefit of the people.

      Delete

    4. Touching on the ecomomic climate in Sabah, Musa said there were a number of federal-led initiatives, including the Economic Transformation Programme (ETP) that would propel Malaysia into a high income nation by 2020.

      Delete
    5. "The ETP is in tandem with what we have set out in the Sabah Development Corridor (SDC). We expect more business opportunities and jobs to be created through these ongoing initiatives," he said.

      Delete
    6. Musa said the state government would also continue to support the needs of Chinese schools, including funding.

      Delete
    7. "For this to happen, there must be political stability and support from all communities so that we can administer the state without being distracted by too much politicking.

      Delete

    8. "Political stability is an important factor for attracting investments and allowing businesses to flourish," he said.

      Delete
    9. Later, he announced a funding of RM100,000 for the Federation of Chinese Associations Sabah.

      Delete
  5. Poverty is a global phenomena and it cannot be solved over night.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Having said that, I think that the State government as well as the Federal government are putting their best foot forward to not only address this matter but also doing their best to ease the plight of those under this category

      Delete
    2. di negara2 maju juga masih ramai penduduk miskin.. sekarang ini adalah zaman yang penuh dengan persaingan.. masa untuk duduk goyang kaki dirumah sudah tidak wujud lagi..

      Delete
  6. pelbagai projek dan program untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yakin, tahun hadapan pasti lebih banyak pengurangan jumlah penduduk miskin di sabah..

      Delete
  7. Usaha berterusan pasti membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  8. "Dalam Bajet 2013, peruntukan sebanyak RM202.12 juta disediakan untuk pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan dengan matlamat sasaran pensifaran miskin tegar dan pengurangan miskin relatif."

    ini baru bajet bajet kerajaan negeri, belum masuk bajet kerajaan persekutuan..

    ReplyDelete
  9. kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan masalah2 kritikal di Sabah.. pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan.. namun jika rakyat tidak memberikan kerjasama sepenuhnya, usaha2 ini tidak akan membuahkan hasil..

    ReplyDelete
  10. pembangkang sepatutnya membantu rakyat miskin untuk merebut segala peluang2 yang disediakan oleh kerajaan atau membantu dari segi khidmat nasihat, bukannya mempolitikkan isu ini untuk mendapatkan sokongan..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.