Banyak betul wang yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sejak mentadbir 4 buah negeri. Mereka boleh beli bas
mewah yang dilengkapi kerusi urut Ogawa di dalamya. Mereka boleh beli treler lengkap dengan kelengkapan pentas ceramah. Pemimpin-pemimpin bebas ke
sana ke sini berceramah dengan menaiki jet peribadi. Pengawal-pengawal
peribadi lengkap bersenjata untuk menembak orang awam. Terbaru Pakatan Rakyat
telah membeli pula pacuan 4 roda berjenama Chevrolet Colorado. Tidak pastilah
berapa harganya, tapi takkanlah semurah Proton Preve kan? Nombor plet
kenderaan pula yang bernombor PRU13 sudah diluluskan oleh JPJ ke?
Kenderaan ini dibeli sempena pelancaran "Jelajah Sumpah Rakyat,
Kembalikan 40juta Hak Rakyat Sabah" yang diusahakan oleh AMK. Majlis
berkenaan yang berlangsung di sebelah petang tadi telah disempurnakan
oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Wan Azizah Wan
Ismail. Jadi dengan segala kemewahan dan pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR, layakkah mereka menjelajah ke seluruh pelusuk negara menuntut hak rakyat dikembalikan walaupun hasil siasatan SPRM dan ICAC mendapati tidak ada elemen rasuah dalam kes berkenaan?
Bullet masih tertanya-tanya, di mana agaknya Pakatan Pembangkang memperolehi dana
yang cukup besar untuk menampung segala perbelanjaan dalam menghadapi
PRU yang bakal diadakan tidak lama lagi. Siapalah agaknya penyumbang
dana terbesar mereka ini yang sangat-sangat bermurah hati.
Jika dikatakan Pakatan Pembangkang tiada
memperolehi sumbangan dana yang besar terutamanya daripada Soros yang
sebelum ini digembar-gemburkan oleh kebanyakan blog dan portal, adakah
mereka ini mengusahakan sebarang perniagaan yang menghasilkan keuntungan
berskala besar?
Perniagaan apakah agaknya yang boleh
memberikan keuntungan berskala besar dalam masa yang singkat? Sindiket
pengedaran dadah? Bisnes hartanah? Pelacuran?
Sumber: Cucu Tok Selampit
Belum apa-apa dah guna jet ke?
ReplyDeletebila ditanya, kelam kabut juga pemimpin2 PR jawab.. ada yang kata percuma, ada yang kata dipinjamkan dan ada yang kata disewa..
Deletebyk betul wang pakatan ni. dari mana dpt?
ReplyDeleteDari dana asinglah ni..mungkin juga hasil dari pungutan rakyat.
Deletesoros, tabung tin milo dan dana awam kerajaan negeri..
DeleteIni pun memang harus dipersoalkan dari mana puncanya kewangan mereka.
ReplyDeletepenyokong2 PR semua buta mata dan buta hati.. kalau harta, anak, bini mereka dirompak oleh Anwar pun, mereka tetap akan cakap semuanya OK.. Anwar tu Anugerah Tuhan, so biarlah dia buat apa yang dia suka..
DeleteMemang hebat pembangkang ni.
ReplyDeletekehebatan Pakatan ialah merompak, mereka2 cerita, membohong, memfitnah, putar belit, meliwat, melanggan pelacur,...
Deleteberapa juta semua jentera2 pembangkang ni?? boleh pemimpin2 PR jelaskan darimana datangnya sumber dana untuk memiliki semua jentera2 mewah ni?
ReplyDeletesemua jentera2 ini dimiliki hanya dalam masa empat tahun selepas mentadbir empat buah negeri.. bagaimana agaknya jika Pakatan memerintah negara?? tidak mustahil akan ada kapal selam yang ada wajah Anwar terpampang besar dibadannya..
ReplyDeletesemua ni belum termasuk kemewahan2 pemimpin2 PR.. dikatakan ada pemimpin2 PR yang memiliki ferrari, ada yang memiliki banglo dan sebagainya..
ReplyDeletesetiap kali berkempen, pemimpin2 PR tidak lupa menyediakan tabung tin milo untuk memohon derma dari rakyat miskin dengan alasan parti mereka sangat miskin dan perlukan dana.. jika benar miskin, kenapa mereka boleh membazir dengan menaiki jet mewah, bas mewah, treler mewah??
ReplyDeleteMewahnay Pakatan pembangkang dari mana agaknya duit mereka
ReplyDeleteKemewahan pembangkang tapi tiada seorang pembangkang pun mempertikaikannya. Rafizi tidak mahu buat report..
ReplyDelete