Kemewahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya sudah menjadi bualan rakyat di negara ini sejak dulu. Malah Anwar sendiri sudah terpalit dengan pelbagai skandal rasuah sejak beliau menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Namun sudah menjadi budaya di Malaysia, mana-mana pemimpin yang corrupt amat mudah membersihkan imej mereka, semudah menyertai mana-mana parti pembangkang.
Lihat saja bagaimana bekas pemimpin-pemimpin BN yang sebelum ini dicaci dan dituduh rasuah oleh pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang, apabila mereka menyertai pembangkang, maka segala cacian itu bertukar menjadi pujian. Malah martabat mereka juga dijulang dan diangkat sebaris dengan Anugerah Tuhan Pakatan Rakyat. Pendek kata, mana-mana pemimpin yang gagal menutup skandal rasuah mereka ketika berada dalam BN hanya perlu menyertai pembangkang untuk mendapatkan "perlindungan". Malah, hanya melalui Pakatan Rakyat sahaja barulah pemimpin-pemimpin corrupt ini bebas melakukan apa sahaja kerana sudah tentu ianya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong, media dan NGO tajaan mereka sebagaimana kemewahan yang dinikmati oleh Azmin Ali melalui pendedahan peraktoday dibawah;
"Sebelum ini, kita hanya mendengar laporan bahawa Azmin memiliki kereta mewah berkuasa tinggi, Ferrari sahaja. Sebagaimana kita tahu, ferrari juga mahal harganya. Jika anda bukan jutawan, jangan bermimpi untuk memiliki kereta idaman ramai ini. Namun kini, kita diberitahu bahawa Azmin baru beli Audi Q7 pula. Banyak betul duit Azmin, ye?
Saya tidak cemburu dengan kekayaan Azmin. Menurut sumber, seluruh anggota keluarga Azmin pun tidak hairan dengan kekayaan Azmin. Mereka sudah dari dulu tahu kekayaan Azmin. Seawal penglibatannya dengan Anwar, Azmin sudah membawa wang beratus-ratus ribu ringgit.
Menurut Azmin sendiri, wang tersebut datangnya dari Tauke Wong, tauke balak dari Sarawak. Itu dahulu. Kini, Azmin lebih “advance” kerana memiliki sumber dana dari luar negara. Khabarnya dari puak-puak Yahudi dan Zionis yang menyokong Anwar. Mungkin itu hasilnya “menjual isteri” kepada “pelanggan China Doll” yang juga seorang peliwat itu."
Pendedahan yang dibuat oleh peraktoday ini sudah lama, iaitu sekitar 2011. Namun, yang peliknya tidak ada pula penyokong, media dan NGO pro pembangkang minta SPRM jalankan siasatan, atau minta BNM siasat akaun Azmin dan isterinya, atau minta kemewahan Azmin ini dibahaskan di Parlimen, atau minta RCI ditubuhkan untuk melaksankan siasatan yang lebih komprehensif. Kenapa semua pihak yang hari ini seakan-akan meroyan berkenaan dengan RM40 juta dan kereta jenis Hummer yang kononnya diberikan kepada anak Nazri Aziz tidak mempersoalkan kemewahan Azmin yang juga mempunyai hubungan rapat dengan timber tycoon dari Sarawak?
Kenapa Sarawak Report yang kononnya berjuang atas dasar alam sekitar khususnya hutan hujan Borneo tidak pernah mengaitkan nama Azmin Ali dalam skandal rasuah pembalakan di Sarawak? dan kenapa Sarawak Report tidak memuatkan sekali gambar Ferrari Azmin Ali, Jet peribadi Anwar, bas mewah Khalid Ibrahim dan truck kempen PRU13 DAP dalam portal pembohong mereka?
By: Borneo Bullet
Pembangkang semua nak tunjuk kemewahan.
ReplyDeletesemua pemimpin2 Pakatan Rakyat sebenarnya hidup mewah mewah.. tapi disebabkan sikap tamak dan kedekut, setiap kali ceramah, boleh pula hulurkan tabung tin milo untuk meminta sumbangan dari rakyat miskin..
DeleteTidak hairan dengan pendedahan SR. semuanya untuk merealisasikan impian pembangkang.
ReplyDeleteSR hanya alat kepada Anwar saja
DeleteAnwar sebenarnya ada muslihat dan agenda tersendiri.
ReplyDeleteAnwar hanya mahu mengaut kekayaan dari dana awam supaya tujuh keturunnannya tidak perlu turun bekerja.. itulah agenda beliau..
DeleteAzmin perli perjelaskan dari mana dia memiliki ferrari tersebut.
ReplyDeletedia tutup macam mana sekalipun, orang boleh kenal juga bentuk badan kereta Ferrari.. kalau minta Rafizi yang tengok gambar ni, mesti dia cakap kereta belakang tu kancil, bukan Ferrari..
Deletetakkan kes yang ini rafizi tidak mahu siasat?? bukannya jauh pun.. pusing2 jumpa juga orang tu.. takkan pura2 buta kot..
ReplyDeleteentah dari mana datangnya sumber kekayaan Azmin ni ya.. takkan Azmin pun menabung dari kecil semata2 untuk membeli Ferrari..
ReplyDelete