Monday, July 8, 2013

Tindakan PR Pertahankan Penulis Sarawak Report Timbulkan Persoalan

Penulis amat bersetuju apabila Datuk Dr Ewon Ebin berkata sekatan masuk aktivis ke Malaysia Timur adalah mengikut undang-undang dan peraturan. Malah, kerajaan tidak bertindak secara suka hati dengan menghalang sesiapa sahaja dari memasuki kedua-dua negeri borneo ini tanpa sebarang sebab. Pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat perlu belajar menghormati undang-undang jika tidak mahu dilabelkan sebagi pemusnah sistem demokrasi, kedaulatan, keamanan dan keharmonian negara ini.

Kuasa istimewa ketua menteri ini telah wujud sejak 1963. Malah pembangkang mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan. Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah.

Kerajaan selama ini sudah cukup bertolak ansur dengan cubaan pembangkang menimbulkan pelbagai bentuk provokasi dan suasana tidak aman dalam negara. Kerajaan juga telah bertolak ansur dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang gemar menggunakan pengaruh asing terutamanya NGO dan media bagi memburuk-burukkan negara dimata dunia. Kerajaan juga telah bertolak ansur dengan sikap pembangkang yang kerjanya setiap hari menghasut rakyat supaya menentang kerajaan dan menentang apa sahaja projek pembangunan yang hendak dilaksanakan kerajaan.

Pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat perlu cermin diri sendiri sebelum membuat bantahan atau kritikan. Apa lagi yang tidak cukup dengan pembangkang? mereka sudah diberikan kebebasan menghasut 24jam sehari tanpa henti, bebas keluar masuk negeri, bebas keluar masuk negara, diberikan akta perhimpunan aman, ISA dimansuhkan, dan banyak lagi bentuk kebebasan yang telah diberikan kerajaan untuk memuaskan hati para pemimpin pembangkang. Namun apa sumbangan mereka kepada negara ini? 

Anwar bangga duduk dalam jet mewah, bersiar-siar dalam bas mewah, berkempen menggunakan helikopter, tidur dibanglo mewah.. Tapi sekali beliau menyanyikan lagu Sabah akan hilang, berduyun-duyun pengganas Sulu menyelinap masuk ke Sabah. Bila perkara seumpama ini berlaku, siapa yang lebih merasai kesengsaraannya? Ada mana-mana pemimpin pembangkang sanggup berada dibarisan hadapan untuk mempertahan kedaulatan negara dan negeri Sabah? Jawapannya tidak ada... Mereka lebih gemar bersembunyi seperti tikus dan hanya keluar apabila keadaan kembali tenang.

Namun, apabila ketua menteri Sabah dan Sarawak menggunakan sepenuhnya kuasa mereka untuk menghalang sebarang anasir-anasir yang tidak baik, atau dalam kata lain bagi memastikan keamanan negeri masing-masing terus terpelihara, tanpa diduga para pemimpin Pakatan terpekik-pekik mengutuk tindakan itu. Salahkah kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mempraktikkan amalan mencegah lebih baik dari mengubati? Salahkah kerajaan negeri Sabah dan Sarawak meragui niat orang luar yang terbukti lebih banyak mendatangkan masalah dari penyelesaian?

Clare Rewcastle Brown juga bukanlah insan mulia yang dilahirkan untuk memperjuangkan hutan dan nasib hidupan liar di Sabah dan Sarawak. Jika bukan kerana beliau mengikut telunjuk Pakatan Rakyat, sudah pasti negeri-negeri yang dijajah Pakatan Rakyat juga turut tersenarai dalam portal kebanggannya. Mana mungkin Brown boleh manafikan bahawa hutan di kedua-dua negeri borneo ini lebih terpelihara berbanding dengan hutan di negeri-negeri jajahan Pakatan Rakyat jika beliau tidak bersekongkol dengan parti politik tunggangan anak-beranak Anwar Ibrahim itu.

Mungkin disebabkan istilah "deposit tetap" bagi Sabah dan Sarawak, maka pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat terpaksa bersekongkol dengan pengaruh asing bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia Timur ini. Jika benarlah teori ini, bermakna segala tindak tanduk mereka lebih layak dikategorikan sebagai bermotifkan politik berbanding dengan tindakan menyekat masuk aktivis oleh kedua-dua kerajaan negeri ini. Satu perkara yang perlu rakyat tahu ialah, sepanjang waktu berkempen, sehinggalah selepas proses pengundian, pemimpin-pemimpin pembangkang dari Semenanjung tidak ada yang disekat dari memasuki Sabah dan Sarawak.

Jesteru, pembangkang perlu berhenti dari mempolitikkan isu sekatan ini kerana apa yang dilakukan oleh kedua-dua kerajaan negeri ini adalah berdasarkan undang-undang, bukan atas arahan Najib sebagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan bertindak mengikut telunjuk Anwar..

2 comments:

  1. Bah pertama:

    Padan muka SI BETINA Mat saleh “ NGO“ Sarawak Report, disyaki ejen CIA-MI6-Mossad, yang dihalau dari bumi Sarawak! Tahniah kepada TS Abd. Taib Mahmud and rakyat Sarawak – saya cintakan Sarawak dan pelbagai adat resamnya serta alam sekitarnya yang amat cantik, terutamanya yang semulajadi dan budaya tradisional Bumiputera yang pelbagai.

    Tetapi, malangnya, saya pernah tertipu macam orang bodoh dan bongkak, dengan hasutan PKR dan Bruno Manser Foundation (BMF) –saya harap TS Taib dan rakyat Sarawak dapat memaafkan saya. Saya harap masyarakat Bumiputera Penan dan Bumiputera lain, terutamanya yang miskin, diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ketat, secepat mungkin. Bukan hanya untuk membawa pembangunan, juga kerana elemen subversif kuasa asing makin merbahaya, termasuk melalui NGO-NGO Barat-Zionis dan tempatan, dan sekutu kuat DPA/PKR mereka. Mereka sudah menyamar sebagai gereja biasa, NGO-NGO alam sekitar ataupun kononnya nak menolong hak asasi orang miskin/teraniaya, syarikat korporat termasuk syarikat perumahan, atau sebagai perhimpunan peribadi di rumah-rumah dan kawasan perumahan, yang banyak tidak berdaftar.Di Amerika Utara pun, ada sistem yang ketat begini untuk melindungi Tanah dan penduduk Bumiputera (Native Reserve).

    Semasa saya melawati perkampungan masyarakat Penan dan lain-lain, saya dapati ramai orang Penan dan Bumiputera lain yang miskin, dihasut membenci kerajaan BN, masyarakat Melayu dan Bumiputera lain yang Islam seperti masyarakat Melanau, dan Islam. Bahkan, saya diberitahu ada orang Penan dihasut berhenti kerja dengan kerajaan termasuk sebagai guru. Dan saya ada berjumpa seorang ‘aktivis‘ BMF yang sungguh berahsia, yang sekarang saya syaki dari Intellegence Jerman – dan dia menggunakan beras dan wang untuk memperdayakan masyarakat Bumiputera miskin, terutamanya orang Penan, serta mempunyai alat-alat teknologi canggih termasuk untuk logistik. Maka ini harus disiasat dengan tegas. Bahkan Theresa Kok dari DAP dan yang lain dari PKR, selalu ke Jerman.

    Lagipun, walaupun BMF berpusat di Basel di Switzerland, Basel itu bersempadan dengan Jerman dan ramai rakyat Jerman di sana. Jadi saya amat mengesyaki. BMF telah diambil alih politik kotor dari k‘jaan dan Intelligence Jerman.

    Dan dengan penemuan baru minyak-gas yang bertimbun di Malaysia Timur syarikat-syarikat gergasi Barat-Zionis marah dan dengki dengan Petronas dan ingin menguasai semula. Oleh kerana itulah k’jaan Barat-Israel terlibat dengan elemen subversif di Malaysia termasuk di Malaysia Timur, dan berpusat di Miri dan Kucing contohnya, melalui BMF dan Global Witness, dan sekutu kuat mereka dari DAP/PKR durjana itu.

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

    ReplyDelete
  2. Bah. Kedua:

    Maka Bumiputera Melayu dan BUMIPUTERA lain, terutamanya yang Islam, mesti menubuhkan NGO-NGO yang juga berlambak, untuk menentang NGO-NGO SAMPAH penjajah dan pengkhianat ini! Apalagi, ancaman semakin meningkat ke tahap amat merbahaya dari pertubuhan evangelis Kristian Zionis, yang ditaja penjajah Barat-Israel, yang sekarang disyaki mengetuai DAP/Bukan Islam PKR (fahaman evangelis Kristian Zionis ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-MI6-Mossad-NATO - untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, termasuk Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas).

    Pertubuhan Kristian Zionis ini makin menyamar sebagai gereja asing/tempatan biasa, NGO-NGO asing/tempatan alam sekitar ataupun kononnya nak menolong orang miskin dan nak perjuang hak asasi termasuk kebebasan mutlak bersuara dan seks, atau sebagai perhimpunan peribadi di rumah-rumah dan kawasan perumahan, yang banyak tidak berdaftar, atau sebagai syarikat korporat, makin MENGKRISTIAN-MENGYAHUDIkan Bumiputera/Bukan Bumiputera yang Islam dan bukan Islam, seramai mungkin. Ini sebab utama undi bukan sahaja dari orang Cina, tetapi bukan Islam kepada DAP/PKR!

    Dan ramai yang Bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab hendak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai Kristian Zionis. Bahkan saya syak puak Kristian Zionis ini makin rancak dengan menyamar sebagai yang disebut di atas, di pendalaman Sarawak/Sabah, di perkampungan Orang Asli dan orang India miskin di perkampungan estet, serta flat-flat orang miskin di bandar, untuk mempastikan lebih ramai Bumiputera/Bukan Bumiputera yang diKRISTIANKAN akan mengundi DAP di pilihanraya akan datang!

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.