Controversial Kinabatangan MP Datuk Bung Mokhtar Radin has issued a warning - he will quit politics if he sees no development in his constituency within the next five years.
"I have been told by my voters to make sure the government give enough money to build roads. If not, I’m worried. Maybe they won’t vote for me or for BN again. I myself have decided that if the government doesn't give my people good kampung roads, I will not contest anymore,” the 53-year-old firebrand MP told The Star Online. - Kinabalu Today
Pada 18 Februari 2013, iaitu lebih kurang dua bulan sebelum tarikh pilihanraya umum ke-13, Datuk Bung Mokhtar telah diwawancara oleh wartawan Sinar Harian (DISINI). Dalam wawancara itu, Bung sendiri mengakui bahawa daerah Kinabatangan semakin menikmati arus kemajuan sejak beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan itu pada tahun 1999.
Kononnya beliau telah melakukan yang terbaik untuk semua penduduk di daerah itu sehingga berjaya mengubah status mundur kepada apa yang dilihat hari ini. Malahan, beliau tidak kekok memuji langkah proaktif yang dilakukan beliau untuk memajukan Kinabatangan, antaranya termasuklah sentiasa berhubung dengan agensi pusat seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Selain itu, Bung turut mengambil kesempatan dalam wawancara itu dengan mempromosikan dirinya terutama sekali mengenai kelantangannya bersuara (walaupun bagi penulis kelantangan beliau itu lebih banyak mengundang kontroversi yang tidak baik untuk kerajaan yang diwakilinya). Menurut Bung, hasil kelantangannya, maka hak penduduk Kinabatangan berjaya mendapat perhatian kerajaan. Malah, disebabkan kelantangan itu juga kononnya Kinabatangan telah mendapat peruntukkan yang paling banyak berbanding daerah-daerah lain di Sabah.
Lebih memualkan apabila, Bung dengan rasa rendah diri menjawab pertanyaan wartawan bahawa sekiranya beliau tidak dicalonkan atau bertanding, beliau tetap akan berpuas hati kerana telah BERJAYA membangunkan daerah Kinabatangan.... Semua luahan ini adalah sebelum pilihanraya umum ke-13.. Namun, sebaik memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan, Bung dengan sifat semulajadinya tampil lagi dengan pelbagai kritikan yang bertujuan untuk mengundang kontroversi. Antaranya termasuklah membuat kenyataan yang menyebelahi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ketika MP pembangkang itu disekat dari memasuki Sabah.
Apa yang menarik mengenai wawancara Sinar Harian ini ialah, Bung berjaya mengaibkan diri sendiri dikhalayak ramai. Dulu dia kata dia berpuas hati kerana berjaya membangunkan Kinabatangan, tapi sekarang dia kata dia akan berhenti berpolitik sekiranya tidak ada pembangunan dalam masa 5 tahun ini. Dulu dia kata, Kinabatangan antara daerah yang menerima banyak peruntukkan dari kerajaan, sedangkan hari ini dia kata pengundinya mahu kerajaan salurkan lebih banyak peruntukkan untuk membina jalan.
Ingin penulis bertanya kepada Bung Mokhtar, mana hilangnya peruntukkan yang kononnya banyak disalurkan untuk daerah Kinabatangan? dan apa bentuk kemajuan yang berjaya beliau berikan kepada daerah Kinabatangan sebagaimana yang dikatanya dalam wawancara Sinar Harian? Atau apakah pada waktu wawancara itu, beliau berbohong?? Atau kelantangan beliau hari ini hanya untuk menarik perhatian umum disamping mempopularkan dirinya?
Tidak perlulah Bung membuat ugutan seperti itu seolah-olah kerajaan BN tidak pernah menyalurkan peruntukkan untuk membangunkan daerah Kinabatangan. Penulis sarankan supaya Bung lebih banyak melakukan aktiviti turun padang serta memanfaatkan kelantangan suara beliau sebagaimana yang dilakukan oleh beliau sebelum ini. Dan yang lebih penting, tolong berhenti dari mengulas isu yang tidak mendatangkan manfaat kepada penduduk Kinabatangan seperti isu sekatan terhadap Nurul Izzah dan isu Air Asia.
**ZIZIE, TOLONG NASIHATKAN ABANG BUNG SUPAYA LEBIH KONSISTEN BILA BUAT KENYATAAN MEDIA**
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.