Bullet agak ketinggalan sedikit mengulas isu-isu terhangat dan terkini berbanding dengan blogger Sabahan yang lain. Namun, sempat juga Bullet berlegar-legar di ruangan maya memerhatikan pandangan beberapa blogger berkenaan dengan hasil kajian Merdeka Centre terhadap populariti Datuk Musa Aman. Ada yang tidak bersetuju, ada juga yang bersetuju dan ada juga blogger yang menyerang pandangan jujur blogger lain, tapi pandangan peribadi blogger tu entah kemana pula hala-tujunya.
Pertama sekali ingin Bullet mengulas kaedah kajian yang digunakan pakai oleh Merdeka Centre. Seperti yang kita sedia maklum, Merdeka Centre menggunakan kaedah panggilan telefon secara rawak. Sesiapa sahaja boleh menjawab panggilan telefon itu atau menjawab melalui sistem pesanan ringkas (SMS) secara sambil lewa atau membuta tuli. Satu daripada batas tinjauan melalui telefon ialah jenis soalan yang boleh disoal. Soalan perlu pendek dan agak ringkas dan jenis pilihan jawapan mestilah pendek dan sedikit. Bila jawapan itu pendek dan ringkas, bolehkah ianya diambil kira sebagai maklumat lengkap untuk menggambarkan populariti seseorang?
Yang kedua ialah bentuk soalan yang dikemukakan oleh pihak Merdeka Centre. Kepada yang pernah dihubungi oleh Merdeka Center, mungkin mereka tidak
sedar bahawa soalan-soalan yang diajukan adalah bersifat “leading
question”. “Leading question” bermaksud suatu pertanyaan yang diungkapkan padahal
jawapannya telah ada dalam pertanyaan itu sendiri. Ia bersifat berat
sebelah, atau “bias”. “Leading question” tidak memberi kebebasan kepada responden
kerana soalan dicipta terarah kepada jawapan yang dimahukan oleh pihak
yang bertanya soalan. Jesteru, bagaimana untuk Merdeka Centre bersikap neutral sedangkan
soalan-soalan yang diajukan bersifat “leading question”? Sebagai contoh:
"Apakah Datuk Musa Aman gagal membela nasib rakyat? - a)Ya b) Tidak"
sedangkan, untuk menilai pendapat rakyat, bentuk soalan yang harus ditanya ialah:
"Apa pendapat anda tentang kepimpinan/pentabiran Datuk Musa Aman?"
Maka, terpulang kepada rakyat, untuk memberi buah fikiran, atau pendapat
mereka tentang Datuk Musa Aman, kerana jawapan yang diberikan itu adalah
bersifat bebas dan tidak terarah kepada satu-satu perkara.
Secara keseluruhannya, Bullet juga tidak bersetuju dengan hasil kajian Merdeka Centre atas sebab kaedah kajian masih boleh dipertikaikan. Malah hasil kajian Merdeka Centre juga amat bertentangan dengan realiti sambutan rakyat Sabah dalam setiap majlis yang dihadiri oleh Datuk Musa Aman. Berbanding dengan hasil kajian Merdeka Centre, Bullet lebih setuju jika kemenangan BN Sabah ketika PRK Batu Sapi 2010 dijadikan sebagai penanda aras tentang populariti Datuk Musa Aman.
***ikuti pendedahan seterusnya siapa disebalik Merdeka Centre...
By: Borneo Bullet
Memang diragui sebab pihak yang kendalikannya pun bukannya badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak.
ReplyDeletekajian mereka ni ada agen da politik juga. maklunlah PRU pun makin dekat.
ReplyDeleteKajian keluar bila bahang PRU13 semakin ketara. Ketaralah ada motif di sebalik kajian ini.
ReplyDeleteMemang patut diragui dengan kajian yang dibuat ini. Seperti ada yang kita kena dengan kajian tersebut.
ReplyDeletePolitical purpose saja ba tu survey
DeleteKaji selidik tu memang meragukan. Kaji selidik PRU saja tu.
ReplyDeleteMerdeka Centre adalah alat pembangkang untuk memberikan gambaran buruk terhadap parti lawan..
ReplyDeleteselain merdeka centre, malaysia kini, malaysian insider dan malaysia chronicle juga menjadi alat pembangkang untuk menyebarkan pembohongan pembangkang..
ReplyDeletesejak dari dulu, pembangkang gemar menggunakan ramalan2 palsu atau bohong untuk memberikan gambaran buruk terhadap pemimpin2 kerajaan BN.. namun cara itu tidak pernah berhasil membantu pembangkang untuk merampas Puterajaya..
ReplyDeletejika inilah strategi pembangkang untuk merampas kerajaan, baik jangan berpolitik la.. terlalu jijik caranya.. bukankah lebih baik pemimpin2 pembangkang menunjukkan contoh yang baik dipihak mereka atau turun padang menyelesaikan masalah2 rakyat?
ReplyDelete