Seperti yang Bullet janjikan, berikut adalah sedikit latarbelakang penggerak utama Merdeka Centre berdasarkan maklumat dari blogger The Unspinners.
Merdeka Centre bermula pada tahun 2002, selepas era reformasi yang diterajui oleh Ibrahim Suffian. Ibrahim Suffian adalah penyelaras dana
“Canadian International Development Agency” (CIDA) yang mengambil tempat
dalam pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada. CIDA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Kanada menerusi Suruhanjaya
Tingginya untuk kegiatan mempromosi
nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan ketelusan proses
pilihanraya di Malaysia yang masih dianggap rendah. Begitulah yang diakui tetapi peranan sebenar mereka adalah lebih berupa operasi covert untuk tujuan seperti menjatuhkan kerajaan yang ada.
Ibrahim Suffian |
Sejak zaman reformasi 1999, Ibrahim Suffian telah diberi peranan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada untuk menjadi “agen of influence”
dan perantara bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO dan parti
pembangkang untuk menggerakkan aktiviti anti-kerajaan di negara ini. Berselindung di sebalik aktiviti bercorak pembangunan demokrasi, dana
disalurkan kepada NGO pro-demokrasi termasuklah Malaysiakini.com,
Tenaganita, Pertubuhan Kebajikan Budi Malaysia (BUDI), SUARAM, HAKAM,
dan Malaysia Citizan Election Watch (MCEW).
Pendirian politik Ibrahim Suffian adalah pro Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum pru 2008 yang lalu, Ibrahim Suffian sering menghadiri mesyuarat
bersama DSAI di ibu pejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling
Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya. Ibrahim Suffian juga terlibat merencana strategi politik DSAI, dan tidak mustahil serangan bertubi-tubi pihak luar terhadap kerajaan negeri Sabah juga adalah rancangan dari beliau.
Sepanjang tahun ini banyak strategi rampasan kuasa Anwar ditumpukan di Sabah. Bermula dengan demonstrasi jalanan, serangan media asing Sarawak Report, serangan NGO asing Bruno Manser Fund, mendalangi siri pembelotan MP BN Sabah, dan yang terbaru menggunakan badan penyelidik bebas Merdeka Centre untuk mempengaruhi persepsi rakyat Sabah berkenaan dengan populariti kepimpinan Datuk Musa Aman. Untuk pengetahuan umum, serangan politik anwar bukan sehala, ia banyak hala, samada secara direct, halus, belakang dan sebagainya asalkan matlamatnya mahu menduduki kerusi Perdana Menteri tercapai.
Sebab itulah dalam pendirian Bullet sebelum ini sangat tidak bersetuju dengan hasil kajian Merdeka Centre yang sudah tentu mempunyai agenda lain (mengikut telunjuk Anwar). Amat bahaya jika rakyat memberikan mandat kepada pemimpin yang suka menerima bantuan dari kuasa asing untuk menghancurkan negara ini.
Jika masih kurang yakin dengan wajah sebenar Merdeka Centre, cuba lihat gambar di bawah. Bagaimana logo DAP (Pulau Pinang), PAP (Singapura) dan Merdeka Centre hampir sama?? ada kaitan??..
By: Borneo Bullet
Nice one writers...
ReplyDeleteInilah agenda politik pembangkang. merekalah di sebalik Merdeka Centre juga laporan2 Sarawak Report.
ReplyDeleteBeriya2 sangat pembangkang untuk ambilalih Putrajaya. apapun cara mereka akan guna untuk capai impian mereka.
ReplyDeleteKalau inilah 'mastermind'nya..sah2 kajian Merdeka Centre tu berat sebelah.
ReplyDeleteBegitu rupanya tujuan Merdeka Center ini untuk menjatuhkan Kerajaan.
ReplyDeleteMerdeka Centre survey didalangi oleh pembangkang sebagai kampen PRU13.
DeleteSurvey merdeka centre hanya mahu menjatuhkan musa aman untuk kepentingan politik pihak tertentu
ReplyDeletekenapa logo parti politik singapura dan merdeka centre sama?? ada kaitan ka?? atau merdeka centre ini sebenarnya dibiayai oleh singapura?
ReplyDeletekenapa merdeka centre tidak jalankan survey keatas pemimpin2 atau menteri2 kerajaan negeri Pakatan Rakyat??
ReplyDeleteberbanding dengan merdeka centre, rakyat sabah lebih tahu potensi pemimpin2 kerajaan BN di negeri ini..
ReplyDeletedaripada merdeka centre membazir dana untuk membuat kajian palsu, baik guna saja dana itu untuk membantu politik Pakatan Rakyat..
ReplyDelete