Sunday, October 14, 2012

RM40 juta untuk tutup sumbangan politik Soros kepada Pakatan Rakyat

Seperti yang dijangka, penyokong serta pemimpin-pemimpin pembangkang semakin kelam-kabut setelah Nazri Aziz mengumumkan tidak ada elemen perbuatan rasuah dapat dibuktikan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah ke atas Datuk Seri Musa Aman. Samada mereka kelam-kabut kerana kehabisan bahan politik atau mungkin sekadar untuk menutup skandal Pakatan Rakyat yang bergelumang dengan dana Soros, biarlah rakyat yang nilai sendiri. Fitnah mereka selama ini bukan sahaja berjaya dibuktikan tidak benar, malah berjaya mendedahkan tembelang mereka yang gemar menggunakan strategi pembohongan dan fitnah untuk merampas kuasa.

Dalam artikel Bullet sebelum ini (DISINI) sudah dijelaskan bahawa fitnah pemimpin serta media pro pembangkang sudah gagal sejak dari awal kerana Datuk Musa Aman memang tidak terlibat dengan skandal penggubahan wang haram dan rasuah. Dalam kenyataan Nazri, turut menjelaskan bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik untuk kegunaan umno.

Dalam kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut menegaskan bahawa wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia itu adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno. Tambah beliau, setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

Melalui kenyataan Nazri dan Najib, jelas sekali tidak wujud apa-apa kesalahan atau keraguan berhubung dengan RM40 juta ini. Alasan yang pertama, Datuk Musa Aman tidak terlibat dangan tuduhan rasuah, dan alasan yang kedua, wang itu hanya sumbangan politik yang mana turut diguna pakai oleh parti-parti pembangkang bagi melancarkan misi rampasan kuasa. Cuma masalahnya, wang itu disumbangkan mengikut cara yang salah, dan kesilapan menyalurkan dana itu pula bukan kesilapan dipihak umno, sebaliknya kesilapan dipihak penyumbang dana.

Sekarang ini bermacam-macam pertikaian dan "putar alam" disebarkan oleh media pembangkang sedangkan isu pokok hanya berkenaan dengan "sumbangan politik" iaitu sama dengan sumbangan JET eksekutif Anwar.

Bila kena dengan parti lawan, banyak sangat persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, riuh sekampung dibuatnya. Tapi bila kena kepada parti pembangkang, kalau bukan mereka senyap, mereka akan nafikan secara ringkas, atau dihalalkan serta-merta. Sebelum lebih ramai rakyat menjadi mangsa "putar alam" pembangkang, eloklah Bullet dedahkan "sumbangan politik" versi pembangkang pula.

cuma kapal selam lagi yang belum ada
Jika sumbangan RM40 juta itu dipertikaikan oleh pemimpin, penyokong dan media pembangkang, rakyat juga berhak mempertikaikan kemewahan pemimpin-pemimpin Pakatan terutamanya Anwar Ibrahim yang mampu menaiki Jet eksekutif secara percuma (kos menyewa RM96,000 untuk penerbangan ke Sabah dan Labuan), memiliki banglo bernilai lebih RM6 juta di Segambut Dalam, kereta pertama, MG Rover 3500cc bernilai ratusan ribu ringgit, bas mewah dua tingkat yang dianggarkan bernilai RM900000, treler jelajah merdeka dan kos guaman (skandal liwat) yang dianggarkan hampir mencecah RM10 juta.
 
Anwar yang bergaji seringgit mampukah memiliki semua kemewahan ini? parti Pakatan terutamanya PAS yang gemar menghidangkan tabung tin milo setiap kali berkempen (kononnya untuk tabung parti), mampukah memiliki kemewahan ini? Jadi persoalannya dari mana datangnya dana untuk membiayai kemewahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat? ini belum termasuk kos demonstrasi, kos perjalanan untuk berkempen dan sebagainya. Cuma dua sumber sahaja yang Bullet fikir, iaitu dana awam kerajaan negeri Pakatan atau dana Soros. Jika ada pihak yang mengatakan semua kemewahan itu dimiliki secara pecuma dari pihak yang perihatin terhadap perjuangan Pakatan Rakyat, eloklah orang itu buat pemeriksaan mental secepat mungkin sebelum tahap kewarasan orang itu bertambah kritikal.

Selain dari kemewahan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, tidak kurang juga kemewahan yang dinikmati oleh NGO dan media pro pembangkang. Dari tahun 2005 hingga 2011, NGO dan media pro pembangkang di negara ini telah disuapkan dengan dana yang mencecah hampir RM20 juta dari National Endowment for Democracy (NED) bagi membantu misi rampasan kuasa Pakatan Rakyat. Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain.

NGO seperti Suaram, portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider serta agensi tinjauan pendapat, Merdeka Center semuanya bergantung kepada dana asing untuk membiayai aktiviti mereka. Bermula dengan perjuangan untuk menegakkan nilai-nilai yang murni, mereka akhirnya dimangsakan oleh pembiaya asing yang tidak lain tidak bukan ingin melaksanakan agenda yang tidak memberi kebaikan kepada negara.


Pendedahan ini cuma sebahagian, namun cukup untuk rakyat meludah ke muka pemimpin-pemimpin pembangkang yang hari ini sibuk mempertikaikan dan mempersoalkan sumbangan politik RM40 juta kepada umno.

By: Borneo Bullet

15 comments:

  1. Apa sahaja maklumat siasatan tidak boleh ditunjuk kepada awam kerana dikhuatiri penjenayah akan tahu butir-butir siasatan atau apa sahaja maklumat yang membolehkan mereka terus meloloskan diri dari tindakan undang-undang. Mana la tahu satu hari nanti akan ada bukti baru yang boleh membantu pendakwaan - Borneo Bullet

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul tu.. kalau pemimpin2 pembangkang tidak puas hati, rujuk saja kepada ICAC atau SPRM untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan dengan siasatan.. jika ada bukti2 terbaru, serahkan saja kepada badan pencegahan rasuah..

      Delete
  2. kenapa hanya serang SPRM dan kerajaan BN saja? kenapa tidak serang sekali badan pencegah rasuah paling telus di Asia Tenggara ICAC? :BL

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa tidak kenal dengan sikap hipokrit pemimpin2 pembangkang.. mereka bukan mendedahkan kebenaran, sebaliknya mendedahkan kebodohan mereka..

      Delete
  3. Pembangkang pun dapat dana dari luar ni. kalau UMNO dapat dana juga kenapa pembangkang nak persoalkan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi pembangkang, hanya mereka sahaja yang layak menerima dana.. jika parti lawan yang dapat dana, mereka akan tuduh rasuah atau wang haram..

      Delete
  4. Anwar cubalah dedahkan dulu dari mana dia boleh dapat semua ni kalau tiada yang sponsor, tiada yang sumbangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekayaan Anwar bermula sejak beliau menjawat jawatan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.. dana awam semua dia rompak untuk kepentingan peribadi dan kroni2 dia.. tidak cukup itu, dia minta lagi dana soros..

      Delete
  5. Anwar baik kau dedahkan.. jgn dolak dalik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila Anwar yang dituduh, boleh pula Rafizi dan pemimpin2 pembangkang yang lain senyap.. malah cukup sekadar Rafizi yang siasat pula tu.. bukankah ini jelas menunjukkan Pakatan Rakyat melindungi pemimpin2 mereka yang korup sebaliknya menuduh pemimpin2 BN yang korup walaupun hasil siasatan membuktikan tidak ada kes..

      Delete
  6. Rafizi sanggup pergi Hong Kong untuk berjumpa sendiri dengan ICAC. Gimik pembangkang saja tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehingga hari ini Rafizi tidak adapun ke Hong Kong.. sebaliknya dia terus menyerang SPRM sedangkan ICAC juga terlibat sama dalam menyiasat kes ini..

      Delete
  7. Pembangkang dapat dana dari Soros

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi pembangkang, bila mereka yang dapat dana semua OK.. malah mereka boleh pula cakap "ramai pihak yang menyokong perjuangan mereka".. tapi bila parti lawan menerima dana, boleh mereka mereka cakap rasuah dan wang haram..

      betapa BODOHnya la pembangkang zaman sekarang ni..

      Delete
  8. jika pemimpin2 pembangkang benar2 mahu kerajaan yang bersih dan telus, kenapa tidak dedahkan sekali sumber dana pakatan Rakyat?? kenapa tidak arahkan SPRM menyiasat kemewahan pemimpin2 Pakatan Rakyat??

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.