Meroyan tak henti-henti la pembangkang selepas ini apabila isu yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak 2008 tidak sempat dimanfaatkan pada PRU13 nanti. Hancur luluh harapan pembangkang apabila Peguam Negara memutuskan tidak ada unsur rasuah yang membabitkan Datuk Musa Aman dengan ahli perniagaan Micheal Chia Tien Foh, sekaligus menafikan penglibatan Datuk Musa Aman dalam skandal pembalakan haram serta penggubahan wang haram sebagaimana yang disensasikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, media serta NGO tajaan mereka.
Dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkenaan dengan tuduhan ini, maka berakhirlah persoalan yang selama ini menjadi teka-teki dikalangan rakyat Sabah. Penjelasan ini bukan sahaja membuktikan bahawa Datuk Musa Aman tidak bersalah, malah membuktikan bahawa penyebaran pembohongan seperti ini sudah menjadi rutin harian pemimpin-pemimpin pembangkang.
Jika kita imbas kembali siri tuduhan skandal penggubahan wang haram ini, banyak situasi yang tidak memihak kepada pihak yang membuat tuduhan. Terutama sekali berkenaan dengan siasatan ICAC. Seperti yang kita sedia maklum, ICAC adalah sebuah badan pencegahan rasuah yang paling telus di Asia Tenggara. Pegawai-pegawai mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekalipun individu yang hendak disiasat itu merupakan pemimpin tertinggi sesebuah negara. Jesteru, kenapa pegawai-pegawai ICAC ini hanya menjalankan siasatan terhadap Micheal Chia dan Richard Barnes? sedangkan suspek utama ialah Datuk Musa Aman sebagaimana yang "dikempenkan" oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Bukankah kegagalan ICAC menyiasat Datuk Musa Aman ini menunjukkan bahawa pihak ICAC juga sependapat dengan SPRM dimana tidak wujud unsur-unsur rasuah antara Datuk Musa Aman dengan Micheal Chia?
Sebagai sebuah badan pencegah rasuah yang memiliki reputasi cemerlang, agak dangkal bila ada pihak yang mengatakan badan ini tunduk dengan desakan pihak tertentu di negara ini.

Walau sebanyak manapun dokumen yang didedahkan, jika kesahihan dokumen itu diragui, tetap tidak akan mampu membuktikan seseorang itu bersalah. Siasatan ICAC dan SPRM bukan berdasarkan jumlah dokumen, sebaliknya berdasarkan kesahihan dokumen serta prosedur-prosedur siasatan yang lain. Lebih menguatkan lagi dakwaan ini selepas Laman Pembocor Maklumat Sarawak Report sebelum ini pernah “terkantoi” menggunakan dokumen SSM palsu atau yang telah diubah suai untuk menjatuhkan kerajaan Taib Mahmud (dokumen pembohongan Sarawak Report (DISINI)).
Menyedari dokumen ciptaan Sarawak Report tidak memberikan apa-apa kesan, mulalah mereka beralih tumpuan kepada landskap Sabah dengan membuat tuduhan kononnya hutan di negeri ini berada dalam keadaan kritikal semata-mata untuk mewujudkan perkaitan antara skandal pembalakan dengan tuduhan asal mereka iaitu skandal pengubahan wang haram. Namun sekali lagi usaha mereka gagal selepas pasangan diraja Britain Putera William dan isterinya Kate melahirkan rasa puas hati terhadap kerja-kerja konservasi alam sekitar melalui usahasama antara kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman dengan NGO tempatan dan antarabangsa sempena lawatan pasangan diraja ini di Lembah Danum pada pertengahan bulan lalu.
“Sudah jatuh, ditimpa tangga”, itulah ibarat yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib malang Sarawak Report dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang apabila kes yang difailkan di Mahkamah Switzerland yang berbentuk permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC juga kini sudah ditarik balik atas alasan sama iaitu ketiadaan unsur-unsur rasuah yang melibatkan Datuk Musa Aman.
Perkembangan ini sudah tentu membuatkan segelintir pihak khususnya pembangkang berada dalam keadaan tertekan kerana sedikit demi sedikit bahan politik mereka berjaya ditepis oleh kerajaan Barisan Nasional. Seperti biasa, pasti akan keluar berbagai-bagai kenyataan merapu dari pemimpin-pemimpin pembangkang serta media tajaan mereka mengenai perkembangan ini.

By: Borneo Bullet
Well said! Another futile and failed attempt to smudge the good image of our chief minister.
ReplyDeletebiasanya perjuang yang tidak ikhlas tidak akan sampai kemana juga tu.. sebab itulah pembangkang hingga hari ini masih terus membangkang walaupun dibantu oleh kuasa asing..
DeleteSarawak report hanya melaporkan laporan bohong saja
ReplyDeleteSarawak Report ditugaskan oleh Pakatan Rakyat untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah.. sebab itu laman web ini beroperasi diluar negara.. supaya kerajaan malaysia tidak boleh mengambil apa2 tindakan undang2 terhadap pemiliknya..
DeletePembangkang kaki pembohong dan pembelit
ReplyDeletetengok muka Anwar diatas pun sudah cukup untuk menggambarkan betapa buruknya permainan politik yang dirancang oleh beliau semata2 mahu menduduki kerusi PM..
Delete"Seperti biasa, pasti akan keluar berbagai-bagai kenyataan merapu dari pemimpin-pemimpin pembangkang serta media tajaan mereka mengenai perkembangan ini."
ReplyDeletememang betulpun.. sehingga hari ini masih ada kenyataan2 merapu pemimpin2 pembangkang bagi menguatkan tuduhan mereka yang telah terbukti bohong semata2..