Sunday, October 7, 2012

SPRM akui siasatan sudah selesai

Mohd Shukri Abdull
“The investigation against Musa is on corruption (not abuse of power) and we have completed the investigation, but the panel has instructed us to get more evidence,”


Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull, pihaknya perlu mendapatkan lebih banyak bahan bukti untuk mendakwa Datuk Musa Aman. Bermakna sejak tahun  1996 (tahun dimana bermulanya rasuah Datuk Musa Aman menurut Sarawak Report) sehingga tahun 2012, badan pencegah rasuah ini masih kehulu-kehilir mencari bahan bukti?

Malah pihak SPRM sendiri mengakui bahawa siasatan sudah selesai. Bermakna badan ini telah gagal membuktikan bahawa Datuk Musa Aman terlibat dengan skandal rasuah pembalakan. Adakah disebabkan desakan bertubi-tubi pihak pembangkang, maka SPRM terpaksa berusaha membuktikan pihak yang tidak bersalah sebagai bersalah?

Ketiadaan atau kekurangan bahan bukti selepas 16 tahun isu ini dimainkan cukup untuk membuktikan bahawa Datuk Musa Aman tidak terlibat dengan skandal pembalakan atau skandal pengubahan wang haram sebagaimana yang dimomokkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dan juga NGO tajaan mereka.

Jika pemimpin-pemimpin pembangkang masih terus mendesak SPRM supaya membuktikan yang tidak bersalah sebagai bersalah, kenapa tidak desak SPRM untuk terus mencari bahan bukti bagi kes RM4 bilion Jeffrey Kitingan dan skandal SAS Datuk Yong Teck Lee? atau mungkin MP PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayub sendiri perlu arahkan pihak polis untuk terus mencari bahan bukti bagi kes liwat Anwar sekalipun perbicaraan kes itu sudah selesai.

Rakyat Sabah jangan mudah terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang. Niat mereka hanya satu, iaitu untuk merampas kuasa, bukannya menegakkan kebenaran. Dipihak mereka sendiri banyak berlaku penyelewengan, penindasan, diskriminasi dan ketidak-cekapan pentadbiran.

Walau berpuluh tahun pun isu ini dimainkan, cukuplah hanya sekali Datuk Musa Aman menafikan tuduhan ini dan menegaskan bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

By: Borneo Bullet

10 comments:

  1. Siasatan sudah selesai dan Musa tidak terbukti bersalah tapi tetap ada pihak yang masih tidak berpuas hati.

    ReplyDelete
  2. Isu macam ni hanya alat yang digunakan untuk kepentingan politik semata2.

    ReplyDelete
  3. Bila satu isu dikitar banyak kali, jelas menunjukkan yang pembangkang sudah kehabisan modal untuk berpolitik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang tidak akan behenti menghasut rakyat untuk membenci kerajaan

      Delete
  4. Sebenarnya memang benar siasatan sudah selesai sebenarnyan mengenai isu Datuk Musa Aman dengan kes Rasuah ini. SPRM sendiri mengatakan semua ini. Tapi menjadi masalah sebenarnya ada pihak yang kecewa dan tidak berpuas hati dan sebab itulah memberikan kenyataan yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ICAC pun sudah tutup kes tu sebenarnya. Tapi pemabangkang saja yang sengaja riuh rendahkan isu.

      Delete
  5. Pembangkang tidak payah bising2 lagi. Kes pun sudah selesai

    ReplyDelete
  6. sejak kebelakangan ini, pembangkang semakin meroyan bila mereka mengetahui hasil siasatan badan pencegahan rasuah memihak kepada Datuk Musa Aman..

    ReplyDelete
  7. jiak benar Datuk Musa Aman rasuah, kenapa pemimpin2 pembangkang tidak mampu dedahkan bukti2 yang menunjukkan Datuk Musa rasuah?? kenapa perlu bergantung dengan laporan palsu Sarawak Report?

    ReplyDelete
  8. semakin jelas sikap double standar Pakatan Rakyat apabila mereka mengkritik hebat hasil siasatan SPRM bila pemimpin2 BN terlepas.. sebaliknya mereka tutup mata dan telinga bila pemimpin2 mereka sendiri bergelumang dengan rasuah..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.