Osman Jam |
Kenyataan Pengarah Jabatan Tanah
dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal pada 26 September 2012 yang
mengatakan bahawa Hak NCR Bumiputera sudah tidak berkuat-kuasa sejak 13
Disember 1930 dan pemohon selepas tarikh itu tidak lagi mempunyai hak demikian; hanya merupakan tafsiran peribadi dan bukannya tafsiran rasmi atau tafsiran dipihak kerajaan BN Sabah.
Jika benarlah tafsiran yang dibuat oleh Datuk Osman Jamal, bermakna beliau telah menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana
telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930. Malah kemenangan penduduk
Kg. Lakang, Paitan dalam Daerah Beluran bagi kes tuntutan Tanah Adat
pada July tahun ini juga mungkin boleh diragui keputusannya jika tafsiran Datuk Osman Jamal diambil kira.
Musa Aman |
Sebaliknya, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman sendiri pernah membincangkan perkara ini secara mendalam ketika mesyuarat kabinet negeri awal tahun ini susulan kenyataan yang sama dibuat oleh Peguam Besar Sabah Datuk Roderic Fernandez pada waktu itu. Kesudian Datuk Musa Aman membawa perkara ini ke mesyuarat kabinet negeri menunjukkan pendirian kerajaan Sabah sangat memandang serius isu Tanah Adat Negeri (NCR) dan berusaha mencari penyelesaian terbaik yang boleh menguntungkan semua pihak terutamanya penduduk pribumi negeri ini.
Maximus |
Malah Datuk Maximus Ongkili sendiri memberikan jaminan bahawa sekiranya tafsiran ini benar, PBS akan bertindak dengan mendesak kerajaan supaya melakukan pindaan dalam Ordinan Tanah Sabah bagi melindungi hak penduduk pribumi di negeri ini. Selain Maximus, Tan Sri Bernard Dompok juga tidak bersetuju dengan kenyataan atau pandangan yang cuba menafikan hak-hak pribumi Sabah.
Melalui pendirian tegas pemimpin-pemimpin komponen BN Sabah ini, rakyat Sabah tidak perlu risau untuk terus mempertahankan dan menuntut hak-hak mereka walaupun ada segelintir individu yang memegang portfolio tertentu dalam kerajaan yang cuba menafikan hak-hak penduduk Sabah.
Menurut Ordinan Tanah Sabah Bab 68, sesuatu kawasan
akan diiktiraf sebagai kawasan Tanah Adat jika mana-mana daripada terma
berikut dipatuhi:
- Perolehan tanah menurut Pegangan Adat/Kaum (di mana termanya diterangkan di "Seksyen 65");
- Tanah yang ditanami dengan buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
- Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada pemunggut tanpa keraguan;
- Tanah perladangan/ternakan;
- Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;
- Tanah perkuburan atau tempat keramat;
- Jalan masuk biasa bagi orang atau binatang.
Bukankah kewujudan terma-terma ini dalam Odinan Tanah Sabah membuktikan bahawa hak NCR Bumiputera masih berkuat-kuasa sehingga hari ini?
Kerajaan BN Sabah pada dasarnya menyokong tuntutan penduduk terhadap Tanah
Adat ini dan tidak mahu kebajikan dan hak penduduk dipinggirkan.
Lantaran itu, kawasan yang dituntut berkenaan jika terbukti mematuhi
salah satu daripada terma-terma diatas melalui penyiasatan yang sistematik dan telus, perlu
dan akan dikembalikan kepada penuntut mengikut keluasan yang sesuai. Kawasan
berkenaan tidak boleh diberi kepada penduduk atau syarikat luar tanpa persetujuan majoriti penduduk asal kawasan berkenaan.
Jika ada pihak yang berpendapat bahawa kerajaan BN Sabah tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah ini, bagaimana boleh wujudnya cadangan
mengeluarkan kawasan Tanah Adat menjadi Tanah Kerajaan yang
boleh dipohon penduduk sama ada dalam bentuk geran persendirian atau
geran komunal?
Namun, malangnya usaha perjuangan penuntut (Rakyat) dan penambah-baikan (Kerajaan) ini bukan mudah
dilaksanakan memandangkan wujud media informasi, peranan NGO, Suhakam dan
pembangkang yang lebih suka menggunakan kehebatan mereka untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat berbanding dengan penyelesaian atau penjelasan.
By: Borneo Bullet
Sama juga dengan kenyataan peguam besar negeri Sabah, Roderic Fernandez. jangan pula dia ni pun akan disuruh untuk meletakkan jawatan nanti.
ReplyDeleteLebih baik peguam tu berhenti kerja saja
DeleteKomuniti Orang Asal di negeri ini yang telah menduduki tanah mereka dari zaman nenek moyang lagi seharusnya disokong oleh undang-undang untuk mempertahankan hak asasi mereka.
ReplyDeleteSebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan isu NCR yang sekian lama melanda di Sabah.
ReplyDeleteTanah adat di Sabah perlu diselesaikan sebaik mungkin
ReplyDeleteBetul..Itulah yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah rakyat dapat ditangani.
ReplyDeleteKerajaan negeri tidak pernah mengetepikan tuntutan Hak Tanah Adat Negeri (NCR), malah sentiasa memberi keutamaan kepada isu yang melibatkan kepentingan masyarakat setempat itu.
ReplyDeleteDatuk Seri Musa Aman menegaskan, sebagai kerajaan yang prihatin, setiap tuntutan NCR akan dikaji dan diteliti sedalam mungkin bagi mengesahkan kesahihan tuntutan berkenaan.
ReplyDeleteSetakat ini, sebanyak 615 kes tuntutan NCR telah didaftarkan yang mana sebanyak 207 kes tuntutan NCR telah diiktiraf, 70 kes ditolak dan sebanyak 338 kes lagi masih dalam siasatan.
Kerajaan juga berjanji akan mempercepatkan proses siasatan terhadap 338 kes ini dengan menggunakan Unit Bergerak Anak Negeri..
ReplyDeleteisu NCR yang melibatkan kepentingan masyarakat tidak harus dimanipulasi oleh mana-mana pihak sebaliknya proses itu perlu ditangani bersama secara baik.
ReplyDeletedalam usaha menangani masalah itu kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Perhutanan menghentikan serta-merta proses persempadanan baru kawasan hutan simpan bagi membolehkan siasatan dilaksanakan dengan lancar.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerajaan negeri juga telah mengambil inisiatif menukarkan rizab hutan kepada tanah kerajaan untuk memastikan lebih ramai orang asal mempunyai tanah..
ReplyDeletebagi melindungi dan memelihara pemilikan tanah NCR sebanyak lima lagi kaedah dilaksanakan termasuk pemilikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah yang menyaksikan seluas 190,452 hektar tanah telah diberi hak milik.
ReplyDeletekaedah kedua adalah dengan mewartakan tanah simpanan anak negeri yang menyaksikan seluas 53,190 hektar tanah diwartakan untuk kegunaan anak negeri.
ReplyDeleteKaedah seterusnya ialah dengan pemilikan tanah geran komunal, pemilikan tanah kepada agensi kerajaan untuk pembangunan ladang dan pemilikan ekuiti oleh anak negeri dalam pemilikan tanah pajakan pertanian melebihi 404 hektar..
:) penjelasan yang sepatutnya dibaca oleh semua org yang hanya tahu melalk di laman media mempersalahkan kerajaan Sabah kerana agenda pribadi mrk. Teruskan kongsikan info untuk semua. Salam perjuangan
ReplyDelete