"The opposition must go all out to win in the coming 13th general election as the opportunity to topple the Barisan Nasional (BN) will not come again,"
Sumber: No second chance to topple BN
Sumber: No second chance to topple BN
Menurut Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, pembangkang tidak akan mempunyai peluang kedua untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional jika bukan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika dilihat dari sudut pandangan pembangkang, sudah tentulah alasan mereka kononnya kerajaan BN akan menggunakan strategi kotor untuk mengekalkan kuasa. Sebaliknya, bagi Bullet, kenyataan Bumburing "no second chance" itu sendiri sudah menggambarkan situasi pembangkang yang semakin lama semakin rapuh.
Yang Bullet pelik dengan kenyataan Bumburing, kenapa dia sebut istilah "peluang kedua"? adakah bagi beliau, PRU13 ini adalah peluang keemasan bagi pembangkang untuk merampas kerajaan? jika benar PRU13 ini adalah peluang keemasan, atas sebab apa? sebab berbagai demonstrasi jalanan telah dilaksanakan? atau berbilion ringgit dana asing telah disalurkan kepada pembangkang? atau pelbagai bentuk fitnah dan pembohongan telah disebarkan? atau sebab Anwar akan bersara selepas PRU13 (jika Pakatan Kalah)?
Sepatutnya, selepas RCI ditubuhkan dan selepas penambahbaikkan sistem pilihanraya dilaksanakan, peluang pembangkang untuk memerintah negara semakin cerah, bukan sahaja pada PRU13 malah PRU yang seterusnya. Jika Pakatan boleh merampas 5 buah negeri pada PRU12, kenapa tidak untuk PRU13 dan berikutnya setelah banyak penambahbaikkan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak SPR?
Bertentangan dengan alasan Bumburing, terjemahan Bullet berkenaan dengan "no second chance" lebih tertumpu kepada kelebihan dipihak kerajaan BN. Dibawah pentadbiran Datuk Musa Aman, pertumbuhan ekonomi negeri berjaya memperlihatkan trend positif yang jelas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas dan prospek ekonomi, kestabilan politik dan tahap keselamatan di negeri ini. Aliran pelaburan yang sentiasa menggalakkan ini pasti akan memberikan impak yang besar kepada pembangunan prasarana/infrastruktur, peluang pekerjaan, peningkatan taraf hidup dan yang paling penting sekali ialah penghapusan istilah "negeri termiskin". Jika istilah ini berjaya dihapuskan, maka hilanglah modal politik pembangkang pada PRU14 nanti.
Suku pertama tahun ini sahaja, Sabah telah menerima pelaburan swasta tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM10 bilion. Dan sehingga 30 September lepas jumlah pelaburan terkumpul sektor swasta menerusi Projek Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah mencecah RM114 bilion sejak pelancarannya pada tahun 2008.
Dalam pelan pelaksanaan kedua RMK-10, Sabah diperuntukkan RM4.376 bilion bagi tahun 2012 untuk melaksanakan sebanyak 743 projek pembangunan di negeri ini. Pasti Bumburing sudah sedia maklum bahawa semua projek-projek pembangunan ini akan dinikmati oleh rakyat bukan sahaja di tahun ini malah di tahun-tahun berikutnya (selepas PRU13). Sebab itu dia kata "no second chance".
Lebih menguatkan terjemahan Bullet apabila semua program dan agenda pembangunan kerajaan untuk Sabah sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bakal menyaksikan penyeragaman harga barangan, pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia dan perluasan kawasan jelapang padi di negeri ini.
Kesemua perkembangan ini menggambarkan penyelesaian secara menyeluruh telah dirancang dan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja untuk dinikmati oleh rakyat, malah untuk menghapuskan terus bahan-bahan politik pembangkang sehingga Bumburing dengan nada terdesak terpaksa mengakui bahawa tidak ada peluang kedua untuk pembangkang jika mereka gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 yang dijangka bermula tidak lama lagi.
***kan lagi tepat jika Bumburing cakap tidak ada peluang kedua untuk dirinya.. siapa suruh lompat***
By: Borneo Bullet

all the best Sabah BN
ReplyDeleteBumburing mmg tak da peluang nak menang lagi jika bertanding.
ReplyDeleteBetul..Itu pilihan Bumburing sendiri jadi kita tidak boleh kata apa-apa mengenai perkara ini.
ReplyDeleteBumburing telah membuat pilihan dan dia harus terus jalan saja la
DeleteBumburing dengan perjuangannya yang tersendiri. Good luck saja la.
ReplyDeleteBumburing yang tidak ada peluang kedua sebenarnya.. kalau pembangkang terus membangkang, berputih mata la si Bumburing.. siapa suruh dengar cakap Anwar..
ReplyDeletelebih baik Bumburing bersara saja dari politik.. tindakan beliau melompat ketika PRU semakin hampir menunjukkan sikap tamak dan pentingkan diri sendiri.. pemimpin seperti ini tidak layak diberikan peluang kedua..
ReplyDeleteBumburing sudah berpuluh tahun dalam BN.. apa sumbangan beliau sepanjang berjuang dalam BN?? sekadar makan gaji buta?
ReplyDelete