Saturday, October 6, 2012

kerajaan Negeri memandang serius isu NCR


Osman Jam
Kenyataan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal pada 26 September 2012 yang mengatakan bahawa Hak NCR Bumiputera sudah tidak berkuat-kuasa sejak 13 Disember 1930 dan pemohon selepas tarikh itu tidak lagi mempunyai hak demikian; hanya merupakan tafsiran peribadi dan bukannya tafsiran rasmi atau tafsiran dipihak kerajaan BN Sabah.

Jika benarlah tafsiran yang dibuat oleh Datuk Osman Jamal, bermakna beliau telah menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930. Malah kemenangan penduduk Kg. Lakang, Paitan dalam Daerah Beluran bagi kes tuntutan Tanah Adat pada July tahun ini juga mungkin boleh diragui keputusannya jika tafsiran Datuk Osman Jamal diambil kira.
 
Musa Aman
Sebaliknya, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman sendiri pernah membincangkan perkara ini secara mendalam ketika mesyuarat kabinet negeri awal tahun ini susulan kenyataan yang sama dibuat oleh Peguam Besar Sabah Datuk Roderic Fernandez pada waktu itu. Kesudian Datuk Musa Aman membawa perkara ini ke mesyuarat kabinet negeri menunjukkan pendirian kerajaan Sabah sangat memandang serius isu Tanah Adat Negeri (NCR) dan berusaha mencari penyelesaian terbaik yang boleh menguntungkan semua pihak terutamanya penduduk pribumi negeri ini.

Maximus
Malah Datuk Maximus Ongkili sendiri memberikan jaminan bahawa sekiranya tafsiran ini benar, PBS akan bertindak dengan mendesak kerajaan supaya melakukan pindaan dalam Ordinan Tanah Sabah bagi melindungi hak penduduk pribumi di negeri ini. Selain Maximus, Tan Sri Bernard Dompok juga tidak bersetuju dengan kenyataan atau pandangan yang cuba menafikan hak-hak pribumi Sabah.

Melalui pendirian tegas pemimpin-pemimpin komponen BN Sabah ini, rakyat Sabah tidak perlu risau untuk terus mempertahankan dan menuntut hak-hak mereka walaupun ada segelintir individu yang memegang portfolio tertentu dalam kerajaan yang cuba menafikan hak-hak penduduk Sabah.

Menurut Ordinan Tanah Sabah Bab 68, sesuatu kawasan akan diiktiraf sebagai kawasan Tanah Adat jika mana-mana daripada terma berikut dipatuhi:
 
  1. Perolehan tanah menurut Pegangan Adat/Kaum (di mana termanya diterangkan di "Seksyen 65");
  2. Tanah yang ditanami dengan buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
  3. Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada pemunggut tanpa keraguan;
  4. Tanah perladangan/ternakan;
  5. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;
  6. Tanah perkuburan atau tempat keramat;
  7. Jalan masuk biasa bagi orang atau binatang. 
Bukankah kewujudan terma-terma ini dalam Odinan Tanah Sabah membuktikan bahawa hak NCR Bumiputera masih berkuat-kuasa sehingga hari ini?

Kerajaan BN Sabah pada dasarnya menyokong tuntutan penduduk terhadap Tanah Adat ini dan tidak mahu kebajikan dan hak penduduk dipinggirkan. Lantaran itu, kawasan yang dituntut berkenaan jika terbukti mematuhi salah satu daripada terma-terma diatas melalui penyiasatan yang sistematik dan telus, perlu dan akan dikembalikan kepada penuntut mengikut keluasan yang sesuai. Kawasan berkenaan tidak boleh diberi kepada penduduk atau syarikat luar tanpa persetujuan majoriti penduduk asal kawasan berkenaan.

Jika ada pihak yang berpendapat bahawa kerajaan BN Sabah tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah ini, bagaimana boleh wujudnya cadangan mengeluarkan kawasan Tanah Adat menjadi Tanah Kerajaan yang boleh dipohon penduduk sama ada dalam bentuk geran persendirian atau geran komunal? 
 
Namun, malangnya usaha perjuangan penuntut (Rakyat) dan penambah-baikan (Kerajaan) ini bukan mudah dilaksanakan memandangkan wujud media informasi, peranan NGO, Suhakam dan pembangkang yang lebih suka menggunakan kehebatan mereka untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat berbanding dengan penyelesaian atau penjelasan.

By: Borneo Bullet

14 comments:

  1. Sama juga dengan kenyataan peguam besar negeri Sabah, Roderic Fernandez. jangan pula dia ni pun akan disuruh untuk meletakkan jawatan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik peguam tu berhenti kerja saja

      Delete
  2. Komuniti Orang Asal di negeri ini yang telah menduduki tanah mereka dari zaman nenek moyang lagi seharusnya disokong oleh undang-undang untuk mempertahankan hak asasi mereka.

    ReplyDelete
  3. Sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan isu NCR yang sekian lama melanda di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Tanah adat di Sabah perlu diselesaikan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  5. Betul..Itulah yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah rakyat dapat ditangani.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan negeri tidak pernah mengetepikan tuntutan Hak Tanah Adat Negeri (NCR), malah sentiasa memberi keutamaan kepada isu yang melibatkan kepentingan masyarakat setempat itu.

    ReplyDelete
  7. Datuk Seri Musa Aman menegaskan, sebagai kerajaan yang prihatin, setiap tuntutan NCR akan dikaji dan diteliti sedalam mungkin bagi mengesahkan kesahihan tuntutan berkenaan.

    Setakat ini, sebanyak 615 kes tuntutan NCR telah didaftarkan yang mana sebanyak 207 kes tuntutan NCR telah diiktiraf, 70 kes ditolak dan sebanyak 338 kes lagi masih dalam siasatan.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan juga berjanji akan mempercepatkan proses siasatan terhadap 338 kes ini dengan menggunakan Unit Bergerak Anak Negeri..

    ReplyDelete
  9. isu NCR yang melibatkan kepentingan masyarakat tidak harus dimanipulasi oleh mana-mana pihak sebaliknya proses itu perlu ditangani bersama secara baik.

    dalam usaha menangani masalah itu kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Perhutanan menghentikan serta-merta proses persempadanan baru kawasan hutan simpan bagi membolehkan siasatan dilaksanakan dengan lancar.

    ReplyDelete
  10. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerajaan negeri juga telah mengambil inisiatif menukarkan rizab hutan kepada tanah kerajaan untuk memastikan lebih ramai orang asal mempunyai tanah..

    ReplyDelete
  11. bagi melindungi dan memelihara pemilikan tanah NCR sebanyak lima lagi kaedah dilaksanakan termasuk pemilikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah yang menyaksikan seluas 190,452 hektar tanah telah diberi hak milik.

    ReplyDelete
  12. kaedah kedua adalah dengan mewartakan tanah simpanan anak negeri yang menyaksikan seluas 53,190 hektar tanah diwartakan untuk kegunaan anak negeri.

    Kaedah seterusnya ialah dengan pemilikan tanah geran komunal, pemilikan tanah kepada agensi kerajaan untuk pembangunan ladang dan pemilikan ekuiti oleh anak negeri dalam pemilikan tanah pajakan pertanian melebihi 404 hektar..

    ReplyDelete
  13. :) penjelasan yang sepatutnya dibaca oleh semua org yang hanya tahu melalk di laman media mempersalahkan kerajaan Sabah kerana agenda pribadi mrk. Teruskan kongsikan info untuk semua. Salam perjuangan

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.