Sunday, October 28, 2012

SAS - Yong patut jawab, bukan Yee

Semakin dekat Pilihanraya Umum Ke-13, semakin tertekan nampaknya presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee berkenaan dengan isu SAS. Agaknya beliau takut isu SAS ini akan menggagalkan hasrat beliau untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah untuk kali kedua. Orang bilang, berani kerana benar, takut kerana salah. Jika benar Yong Teck Lee takut, bermakna beliau berada dipihak yang salah. Sebab itulah beliau tidak henti-henti membangkitkan isu SAS ini, bukan kerana terdorong untuk mendedahkan kebenaran, sebaliknya sekadar untuk menyelamatkan atau membersihkan diri beliau dari terus di"labelkan" sebagai pembawa bencana kepada 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit pada tahun 1996.

Berkali-kali SAPP minta supaya Kertas Putih dibentangkan di Dewan Undangan Negeri sedangkan mereka sendiri tahu bahawa usul itu tidak sepatutnya dibenarkan berdasarkan Peraturan tetap 17(1) dan17(2). Berdasarkan peraturan tetap dewan, seseorang ahli dewan tidak layak untuk meminta atau mengarahkan Kerajaan mengeluarkan Kertas Putih kerana hanya Speaker atau Menteri sahaja yang boleh berbuat demikian. Lagipun, mengikut definisi Kertas Putih yang dapat dikaitkan di semua Parlimen Komanwel, adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan sebagai penyata dasar, dan sering menggariskan cadangan bagi perubahan perundangan, yang boleh dibahaskan sebelum satu-satu Rang Undang-Undang diperkenalkan. Ia juga membolehkan Kerajaan mengumpul maklum balas sebelum dasar dilaksanakan. Bukannya "suka-suka" dikeluarkan semata-mata untuk membersihka nama Yong Teck Lee.

Datuk Yee Moh Chai
Bullet bersetuju dengan kenyataan Datuk Yee Moh Chai bila mana beliau mempersoalkan kenapa hanya pada waktu ini barulah Yong Teck Lee minta Kertas Putih dibentangkan? Jika benar Yong Teck Lee ikhlas mahu mendedahkan kebenaran, beliau sepatutnya sudah mengarahkan dokumen itu dikeluarkan ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah.

Dalam kes ini, bukan Datuk Yee Moh Chai yang perlu memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Sabah terutamanya kepada pelabur-pelabur yang mengalami kerugian, sebaliknya Datuk Yong Teck Lee lah yang perlu memberikan penjelasan kepada rakyat Sabah berdasarkan fakta-fakta yang munasabah jika beliau yakin kejatuhan nilai saham itu adalah berpunca daripada krisis kewangan Asia 1997-1998 atau disebabkan oleh beberapa pemimpin dalam BN Sabah hari ini.

Meletakkan kegagalan sendiri dibahu orang lain adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang yang pernah memegang jawatan Ketua Menteri Sabah. Jika inilah bentuk kepimpinan yang cuba ditonjolkan oleh Datuk Yong Teck Lee, layakkah beliau menduduki kerusi Ketua Meneri untuk kali kedua? Tidak mustahil, jika pimpinan beliau menghadapi masalah besar seperti ini (SAS) dikemudian hari, sepuluh jari beliau akan dimanfaatkan bukan untuk memohon maaf atau memperbetulkan kesilapan, sebaliknya untuk menuding mana-mana pihak yang beliau benci.

Fakta yang perlu rakyat Sabah tahu ialah, nilai SAS meningkat setinggi RM1.47 seunit pada tahun 1995, peningkatan ini direkodkan selepas setahun ianya diperkenalkan iaitu pada tahun 1994. Kemudian nilainya jatuh pada tahun 1996 ketika Datuk Yong Teck Lee mula mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah. Pada tahun 1997, dimana merupakan tahun kedua Datuk Yong Teck Lee menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah,  nilai SAS jatuh lagi ketahap yang paling rendah. Bukankah semua fakta-fakta ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran Datuk Yong Teck Lee?

Jesteru, tidak perlulah Datuk Yong Teck Lee bersungguh-sungguh cuba menegakkan benang yang basah. Jika beliau mahu, tanpa Kertas Putih pun beliau masih boleh mendedahkan kebenaran atau membersihkan nama beliau. Jika benar beliau tidak bersalah, kenapa beliau tidak ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Haji Rahman Ghani, CEO Syarikat Warisan Harta Sabah (WHS) yang sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar melalui Daily Express bertajuk "Massive Rm114m losses by ex-CM"? Walaupun nama DatukYong Teck Lee tidak disebut, namun secara umumnya rakyat Sabah tahu siapa Ketua Menteri Sabah pada Disember 1997.

By: Borneo Bullet

9 comments:

  1. SAPP/YTL jangan harap boleh boleh mendapat sokongan rakyat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ini YTL sibuk mengarahkan macai2nya memutar-belitkan fakta berkenaan dengan isu SAS..

      Delete
  2. Lebih baik YTL bersara saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sahaja jalan terbaik untuk YTL membersihkan dirinya.. berundur saja dari politik untuk selama2nya..

      Delete
  3. SAPP just remind people with YTL corruption

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya dalam masa 2 tahun, terlalu banyak bencana yang diundang oleh YTL ke negeri ini..

      Delete
  4. Yong tak relevan lagi, baik bersara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu dia kalah di Batu Sapi.. sudahlah tidak releven, kuat rasuah pula tu..

      Delete
  5. sampai menangis darah sekalipun, YTL tetap tidak dapat mengubah fakta bahawa kejatuhan SAS adalah disebabkan oleh beliau..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.